Berkata Sayyidina Umar bin Abd Aziz :- "Kami sempat hidup bersama para salaf, dan tidaklah mereka melihat bahawa ibadat itu adalah pada puasa dan tidak juga pada solat. Namun ibadat itu adalah menahan diri dari menikam kehormatan manusia. Kerana orang yg bersolat di waktu malam dan berpuasa di waktu siang, andai ia tidak menjaga lidahnya maka ia pasti akan muflis di hari kiamat".
Berkata al Imam Ghazali :- "Perbuatan mengumpat itu adalah petir yg memusnahkan perbuatan2 taat. Orang yg mengumpat itu tak ubah seperti orang yg memasang 'manjanik' (alat pelontar ketika perang), lalu dilontarnya kebaikan2 yg ia buat ke timur dan barat, ke kiri dan ke kanan".
Berkata as Syirazi :- "Aku telah berjaga malam bersama ayahku, dan orang2 sekeliling kami semuanya tidur. Lalu aku berkata: "Tidaklah dari mereka ini yg bangun walau utk solat 2 rakaat!". Lalu ayahku berkata : "Kalau kamu tidur adalah lebih baik dari terjerumusnya kamu di dalam menghina manusia".
Ketahuilah boleh jadi kamu dikalangan orang2 yg solat bahkan amat khusyuk didalam solatmu, namun apabila datang di hari akhirat kamu adalah seorang yg kosong tidak punya apa2 !.
Boleh jadi kamu pernah menginfaq separuh dari harta yg kamu miliki, bahkan kamu sorok infaqmu itu dari pengetahuan orang, namun apabila datang di hari akhirat kamu adalah seorang yg kosong tidak memiliki apa2 !.
Boleh jadi kamu adalah orang2 yg sentiasa berpuasa di siang hari, menghidupkan malam hari, dan berjuang menegak agama disepanjang hayat seikhlas mana sekalipun, namun apabila datang di hari akhirat kamu adalah seorang yg kosong seakan2 tidak pernah berbuat apa2 kebaikan !.
Sebenarnya perkara ini, ramai dari kita sudah mengetahuinya. Namun sebahagian dari kita, tak kira orang biasa atau pemimpin atau ahli politik, atau lebih2 lagi para ustaz2 yg lebih tahu hukum hakam, masih ramai lagi yg gemar mengotorkan bibir2 mereka dgn kata2 buruk & penghinaan walau atas tujuan nak memberi teguran & nasihat. Yakni seakan2 tidak pernah takut & terkesan dengan kesudahan buruk yg bakal menanti orang2 yg gemar berkata2 dgn kalam buruk utk memperendahkan orang lain, menghina orang lain, membunuh karektor orang lain, menikam kehormatan orang lain, dan seumpamanya.. Sampai bila nak buat begitu? Takkan sampai mati!?. Kerana itu kita mesti tetap sentiasa mengungkapkan soal ini agar kita tidak selalu lupa..
Wahai umat Islam:-
Ketikamana kamu melihat insan-insan pendosa, janganlah sesekali kamu merasa kamu adalah lebih mulia dari mereka.
Ketahuilah olehmu bahawa diri mereka itu sebenarnya adalah sedang diuji, dan kamu pula telah terselamat kerana kasih & rahmat Allah padamu.
Maka janganlah kamu lupa mendoakan ke atas mereka supaya diberikan hidayah, dan ke atas dirimu juga supaya kekal diberikan keteguhan.
Janganlah pula kamu mendoakan mereka dengan keburukan. Mungkin kamu menyangka tidak pernah berbuat demikian. Namun kalimah-kalimah keji yg sering dilontarkan kpd mereka yg senantiasa meniti di bibirmu itu, sebenarnya adalah satu doa jua yg secara tidak sedar bukan sahaja semakin menghitamkan hati mereka, bahkan semakin menghitamkan hatimu juga.
Bencilah sikap & kejahatannya. Dan janganlah dibenci diri & zatnya. Kerana seburuk-buruk seorang muslim itu sekalipun, di dalam dirinya masih ada sesuatu yg sgt bernilai & amat berharga, iaitu kalimah 'Lailahaillah Muhammadurrasulullah'..
Oleh: Ibn Shihab al Dimashqy al Hanafi
(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain
1 ulasan:
semoga lihat kita semua sentiada dilindungiNya dari mengata sesuatu yg tidak baik.
Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html
Entry terkini :
http://ejulz.blogspot.com/2018/07/hindari-sifat-malas.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/5-julai-2018-bday-furqan.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/mood-blogwalking.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/nasi-lemak-isteri-tercinta.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/ranking-alexa-5-jul-2018.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/giveaway-nak-hadiah-jawab-dulu-by.html
Catat Ulasan