Diceritakan oleh salah seorang Murid Beliau :
"Pada suatu Malam di Bulan Ramadhan, Abuya Sayyid Muhammad Al-Maliki sangat sibuk dengan banyak perkara, sehingga Beliau baru sedia untuk beristirehat pada pukul 2 pagi hari".
"Ketika Beliau sedia untuk beristirehat tiba-tiba Beliau berkata :
"Andai saja ada Nasi Briyani yang masih panas".
"Saya pun tersenyum kerana menganggap kalimat Abuya tersebut hanya sebuah gurauan, tetapi sepertinya Abuya memang sedang membayangkan Nasi Briyani, mungkin kerana kesibukan Beliau sejak selesai Tarawih tadi membuat Beliau merasa lapar".
"Beberapa saat kemudian terdengar suara loceng pintu gerbang berbunyi, kami pun terkejut kerana ada tetamu tengah malam begini".
"Tak lama kemudian penjaga pintu gerbang datang memberi tahu bahawa ada seseorang yang ingin bertemu dengan Abuya, saya lupa siapa orang tersebut, yang pasti dia orang Makkah Murid Abuya".
"Dengan perasaan hairan Abuya mengizinkan tetamu itu masuk".
"Tetamu tersebut masuk membawa nampan(talam) besar yang tertutup, nampan itu diletakkan di hadapan Abuya yang sedang duduk di kursi".
"Setelah berborak sebentar, tetamu tersebut minta diri untuk pulang, suasana masih sedikit tegang kerana kami merasa bahawa itu "Tidak wajar" seorang Murid Abuya berani menemui Beliau ditengah malam hanya untuk memberikan makanan".
"Abuya menyuruh seorang dari kami untuk membuka nampan(talam) besar tersebut, ternyata isinya adalah Nasi Biryani yang masih panas!".
"Kami semua tersenyum dan tiba-tiba sedar dan ingat kalau sepuluh minit yang lalu Abuya menginginkan Nasi Biryani".
"Namun tiba-tiba Abuya Beristighfar berulang-ulang, murung dan Wajah Beliau nampak sangat sedih".
"Beliau kemudian berkata:
"Andai saja tadi aku menginginkan Ampunan Allah saja, andai saja tadi aku tidak menginginkan Nasi Briyani."
"Abuya merasa Allah Swt telah Mengabulkan keinginan Beliau...Beliau sangat sedih dan menyesal kerana keinginan itu adalah Kenikmatan Dunia, iaitu berupa Makanan".
"Penyesalan itu membuat Abuya menjadi tidak selera makan, Beliau nampak sedih seperti kehilangan sesuatu yang amat Berharga".
Allahumma Shalli 'Alaa Sayyidina Muhammad Wa 'Alaa Aali Sayyidina Muhammad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan