Orang yang Allah beri ujian keluarga bukan orang yang biasa-biasa. Mereka insan terpilih kerana ia ujian ramai Nabi terdahulu. Jika mampu menempuhnya dengan iman dan sabar, pasti anda orang yang luar biasa.
Nabi Adam terpisah dengan isteri. Diuji anak-anak bermusuhan hingga terbunuh.
Nabi Nuh diuji dengan isteri dan anak yang menentang serta tidak taat kepadanya.
Nabi Ibrahim diuji terpisah dengan anak dan isteri bertahun lamanya sejak anaknya bayi.
Nabi Ismail membesar tanpa kasih sayang seorang ayah sejak bayi hingga dewasa.
Nabi Yaakub sejak kecil adik-beradiknya iri hati dengannya. Bila sudah punya anak, anaknya pula saling dengki mendengki hingga mahu membunuh.
Nabi Yusuf dicemburui adik-beradik sendiri. Dibuang oleh abangnya hingga dia terusir dari keluarga sejak kecil. Akhirnya membesar seorang diri di negara asing.
Nabi Musa sejak lahir terpisah dengan ibunya. Dibesarkan pula oleh keluarga angkat yang terkenal jahat iaitu Firaun. Setelah dewasa, terpaksa berhadapan dengan tentangan keluarga angkat yang membesarkannya sejak lahir.
Nabi Isa dilahirkan tanpa ayah. Hanya ada ibu. Membesar dalam keadaan dituduh anak "haram" dan mendengar kutukan orang terhadap ibunya.
Nabi Muhammad? Yatim piatu sejak kecil. Tak pernah melihat wajah ayahnya. Hanya sebentar sempat bersama ibunya. Apabila dibesarkan oleh datuknya, datuknya pula meninggal tak lama selepas itu. Semasa awal dakwah, ditentang pula oleh pakcik sendiri.
Selepas berkahwin, selang beberapa tahun meninggal pula isterinya. Dikurniakan anak lelaki 3 orang namun kesemuanya meninggal dunia.
...............
Kesemua ujian keluarga yang kita hadapi telah pun dihadapi oleh Nabi-Nabi kita terdahulu. Setiap seorang daripada mereka diuji dengan masalah keluarga yang pelbagai ragam.
Adakah mereka berputus asa? Tidak. Mereka bersedih namun tetap meneruskan hidup. Tetap berusaha membina kekuatan dan tidak putus-putus berdoa kepada Allah.
Bila kecawa mulai memuncak, segera ingat kembali betapa kuat ujian keluarga Nabi diasak. Mudah-mudahan dengan petunjuk Nabi, kita berjaya mengharungi badai dan kembali temui sinar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Apatah lagi kita manusia kerdil & jahil ini, sudah tentunya diuji berbagai ujian serta terus menguji keimanan kita pada yang maha Esa.
Catat Ulasan