"Aku jadi jahat sebab semuanya sudah ditakdirkan. Memang dah tertulis aku tak akan jadi orang baik nak buat macam mana."
Mudah sekali menyalahkan takdir sedangkan manusia itu diberi pilihan dan kehendak terhadap sesuatu perbuatan. Hanya sahaja setiap pilihannya itu sudah berada dalam pengetahuan-Nya.
Jadi baik atau jahat pilihan sendiri. Manusia jadi baik atau jahat kerana usahanya sendiri ke arah itu.
Jika hanya menyalahkan takdir, mengapa anda setiap hari keluar bekerja sedangkan rezeki telah ditetapkan?
Mengapa anda selalu mencari hal yang menggembirakan dan menjauhi perkara yang menyakitkan sedangkan bahagia dan derita semuanya takdir Allah?
Mengapa anda berusaha mencari pasangan hidup sedangkan jodoh sudah tertulis?
Renung-renungkan.
...................
Ustaz Ad-Dien Abdul Kadir
telegram.me/addien90
FB Page Jalan-jalan Cari Ilmu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan