Berakhlak sekalipun terhadap musuh - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Selasa, 24 April 2018

Berakhlak sekalipun terhadap musuh

Berakhlak sekalipun terhadap musuh

Tahukah anda ketika Baitul Maqdis ditawan oleh Tentera Salib pada abad ke 12, seramai 70, 000 umat islam dibunuh oleh mereka tanpa belas kasihan sebagaimana disebutkan oleh Ibn Athir, Ibn Jauzi dan sejarawan yang lain.

Emas dan perak dirampas, dan mereka dibiarkan lari bertempiaran keluar daripada Kota Baitul Maqdis, Palestin. Tentera Salib berjanji untuk membiarkan mereka hidup.

Namun keesokannya, mereka dibunuh beramai-ramai baik lelaki mahupun wanita Muslim. Mayat mereka dicampak dan disusun seperti piramid lalu dibakar.

Ketika Salahuddin al-Ayyubi menakluk semula Baitul Maqdis pada tahun 1187M, hampir 100,000 orang Kristian telah ditawan. Jika orang biasa yang hidup penuh dendam dan sejarah hitam, pasti kesemua musuh yang ditawan ini dibunuhnya.

Namun Salahuddin al-Ayyubi memaafkan dan membebaskan mereka semua termasuk pembesar mereka. Bukan itu sahaja, mereka semua dihantar  pulang ke Kota Kristian berdekatan dengan diiringi tentera Muslim untuk melindungi keselamatan mereka.

Bagi warga emas atau mereka yang lemah, dibenarkan menaiki kuda. Malah  Salahuddin turut membekalkan wang dan bekalan untuk keperluan perjalanan mereka.
......

Ini sejarah yang kamu perlu tahu.

Tiada ulasan: