Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Selasa, 19 Januari 2021

APA ITU REZEKI

9:07:00 PG 0
APA ITU REZEKI
Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan.
.
Kamu belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itulah rezeki dia.
.
Kamu tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia.
.
Allah hantar Musa kerumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka.
.
Allah menghantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda.
.
Pelajari lah sesuatu dari kisah kisah seperti itu. Sungguh. Kamu akan faham bahawa rezeki masing masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya!
.
Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa.
.
Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko nak menjawab dihadapan Allah nanti.
.
Jadi, sebelum kamu terus mengeluh tentang itu ini, kamu kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.
.
Kamu dapat apa yang kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kamu tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu tak boleh bahagia.
.
Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kamu ke syurgaNya.
.
Justeru, Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tetapi bila kamu terima apa yang Allah beri.
.
Kamu hanya akan bahagia kalau kamu terima dengan redha.
.
Semoga manfaat ❤🙌

✍️Telegram.me/TipsRezekiDuniaAkhirat

JANGAN DENGKI DENGAN ORANG

9:05:00 PG 0
JANGAN DENGKI DENGAN ORANG
Dalam hidup ini, jangan kita dengki dgn orang...jangan buat orang sakit hati dgn kita...jangan buat orang derita...jangan buat org menangis sebab kita...

Jangan pulak kita rasa bahagia bila dapat buat orang jadi susah dengan perbuatan kita, kata2 kita...

Sebab satu hari nanti, Allah akan balas balik, Allah akan tarik balik nikmat yang kita ada tu, DIA akan uji kita lebih hebat daripada apa yg kita dah buat kat orang lain tu...

Jadi, apa kita nak buat? Kalau nampak org lain lebih dr kita, berlapang dada, itu rezeki dia...kalau nampak org lain kurang dr kita, bersyukurlah, doakan dia...kalau kita ada dgr apa2 berita ttg org lain, jgn sebar...kalau kita ada salah dgn sapa2, minta maaf...sebab lambat laun, Allah akan balas utk setiap apa yg kita buat...buat baik, dibalas baik...buat jahat?

Tiba satu saat pasti Kau akan dikembalikan pada Allah. Kau akan diberi balasan sempurna dengan setiap apa yang telah kau kerjakan.

Untuk jiwa yang rasa gundah. Untuk hati resah kerana ujian hidup yang tidak nampak cahaya di hujungnya bersabar lah...Allah sentiasa ada untuk hambanya yang sabar...

Ingatlah Setiap perbuatan samada baik atau pun buruk..
Zahir mahu pun tersembunyi..semuanya akan mendapat pembalasan setimpal dari Allah samada di dunia mahupun akhirat....

Di dunia mungkin ada yang boleh berlakon dengan pura-pura menjadi baik demi untuk menyembunyikan segala keburukannya & sanggup menyalahkan orang-orang yang telah berbuat baik padanya hingga ada yang terpedaya....

Namun Allah itu Maha Adil....

Pembalasan Allah itu setimpal dengan setiap perbuatan manusia.Takutlah pada azab Allah & ingatlah sesungguhnya doa orang-orang yang dizalimi itu sungguh mustajab

Ayat ini buat saya terasa sayu dan mata berkaca.....allahu tertusuk dengan pujukan dari langit sebelum hamba hamba kesayangan-NYA pulang ke pangkuanNya.

“Dan takutlah pada hari kamu semua dikembalikan kepada Allah. KEMUDIAN SETIAP ORANG DIBERI BALASAN YANG SEMPURNA sesuai dengan apa yang TELAH DILAKUKANNYA, dan mereka tidak dizalimi (dirugikan)” Al Baqarah:281.


Jumaat, 30 Oktober 2020

KRONOLOGI RINGKAS BOIKOT PRODUK PERANCIS 2020

6:56:00 PTG 0
KRONOLOGI RINGKAS BOIKOT PRODUK PERANCIS 2020


Dalam islam, bersabar tu penting. Ikut hati binasa. Dunia ambil kesempatan terhadap islam akibat perbuatan pelajar ini memenggal kepala cikgunya sebab  karektor hina Nabi Muhammad s.a.w.

Bukannya kita diam, kita takut. Tapi merancang perancangan yang bijak. Presiden Perancis ni pun bongok. Bende boleh selesai awal-awal kau diam, apa dah jadi....


Kronologi ringkas berkenaan kempen boikot Perancis yang sedang melanda Dunia Arab dan Turki.

1. Kes serangan ke atas pejabat Charlie Hebdo masuk untuk pendengaran kes di mahkamah.

2. Untuk mengenang ulangtahun serangan tersebut, Charlie Hebdo sekali lagi menaikkan karikatur yang menggambarkan Nabi (bukan karikatur biasa tetapi digambarkan seorang lelaki berbogel sambil tertonggeng menunjukkan punggungnya).

3. Gambar ini diletakkan pada kain rentang besar yang disangkut pada sebuah bangunan.

4. Ia menjadi punca kemarahan, kecaman dan kritkan umat Islam.

5. Presiden Macron mempertahankan tindakan itu atas dasar kebebasan bersuara.

6. Seorang guru yang juga aktivis hak kebebasan bersuara di sebuah bandar di Perancis telah menunjukkan karikatur tersebut di dalam kelasnya.

7. Ditanyakan siapa diantara murid beliau yang beragama Islam dan merasa terhina dengan karikatur tersebut. Jika ada yang merasa terhina, guru tersebut menyuruh mereka keluar kelas kerana tidak layak berada dalam kelasnya.

8. Ibubapa kepada murid-murid Muslim tersebut telah membuat laporan polis dan laporan kepada pihak sekolah tetapi tidak diendahkan.

9. 10 hari selepas berlaku kejadian dalam kelas itu, seorang remaja telah mengekori guru ini, menyembelih dan memenggal kepala beliau dan memuatnaik gambar tersebit di twitter

10. Remaja tersebut ditembak mati oleh pihak polis setelah dikatakan enggan menyerah diri dan cuba menyerang pihak polis.

11. Kematian guru tersebut telah diraikan Presiden Macron sebagai seorang wira negara dan telah menyelar tindakan ekstremis dan mengatakan Islam mempunyai masalah besar dalam ajarannya.

12. Tindakan Macron yang dilihat sebagai tidak membendung kedua-dua tindakan ekstrimis (karikatur dan penyembelihan) dan hanya mengutamakan kejadian penyembelihan itu sebagai sesuatu yang tidak adil.

13. Pengusaha-pengusaha pasaraya di Dunia Arab telah memulakan gerakan memboikot barangan Perancis dengan mengeluarkan produk mereka dari rak-rak kedai.

14. Presiden Turki, Erdogan telah menyelar Macron dengan mengatakan Macron mempunyai masalah kesihatan mental.

Jadinya ini sedikit sebanyak kronologi peristiwa bagi mereka yang tak ikuti sangat apa jadi di Perancis sebab agak 'absorbed' dengan apa yang berlaku dalam negara kita sendiri.

Yang menjadikan isu lebih hangat sebenarnya adalah tindakan Perancis yang kuat menyelar akhbar dan kerajaan lain yang memberikan respons negatif terhadap Macron dan kerajaan Perancis macam yang kita dapat lihat dalam surat ni.

Rata-ratanya bertanya - "Kalau kau dikir menyelar Nabi junjungan kami tu sebagai 'freedom of speech and expression', apakehenya kau melompat macam beruk bila orang selar Presiden kau dan kerajaan kau?"

*ayuh warga semua kita boikot barangan Perancis*