Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan.
.
Kamu belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itulah rezeki dia.
.
Kamu tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia.
.
Allah hantar Musa kerumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka.
.
Allah menghantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda.
.
Pelajari lah sesuatu dari kisah kisah seperti itu. Sungguh. Kamu akan faham bahawa rezeki masing masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya!
.
Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa.
.
Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko nak menjawab dihadapan Allah nanti.
.
Jadi, sebelum kamu terus mengeluh tentang itu ini, kamu kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.
.
Kamu dapat apa yang kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kamu tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu tak boleh bahagia.
.
Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kamu ke syurgaNya.
.
Justeru, Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tetapi bila kamu terima apa yang Allah beri.
.
Kamu hanya akan bahagia kalau kamu terima dengan redha.
.
Semoga manfaat ❤🙌
✍️Telegram.me/TipsRezekiDuniaAkhirat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan