Dalam islam, bersabar tu penting. Ikut hati binasa. Dunia ambil kesempatan terhadap islam akibat perbuatan pelajar ini memenggal kepala cikgunya sebab karektor hina Nabi Muhammad s.a.w.
Bukannya kita diam, kita takut. Tapi merancang perancangan yang bijak. Presiden Perancis ni pun bongok. Bende boleh selesai awal-awal kau diam, apa dah jadi....
1. Kes serangan ke atas pejabat Charlie Hebdo masuk untuk pendengaran kes di mahkamah.
2. Untuk mengenang ulangtahun serangan tersebut, Charlie Hebdo sekali lagi menaikkan karikatur yang menggambarkan Nabi (bukan karikatur biasa tetapi digambarkan seorang lelaki berbogel sambil tertonggeng menunjukkan punggungnya).
3. Gambar ini diletakkan pada kain rentang besar yang disangkut pada sebuah bangunan.
4. Ia menjadi punca kemarahan, kecaman dan kritkan umat Islam.
5. Presiden Macron mempertahankan tindakan itu atas dasar kebebasan bersuara.
6. Seorang guru yang juga aktivis hak kebebasan bersuara di sebuah bandar di Perancis telah menunjukkan karikatur tersebut di dalam kelasnya.
7. Ditanyakan siapa diantara murid beliau yang beragama Islam dan merasa terhina dengan karikatur tersebut. Jika ada yang merasa terhina, guru tersebut menyuruh mereka keluar kelas kerana tidak layak berada dalam kelasnya.
8. Ibubapa kepada murid-murid Muslim tersebut telah membuat laporan polis dan laporan kepada pihak sekolah tetapi tidak diendahkan.
9. 10 hari selepas berlaku kejadian dalam kelas itu, seorang remaja telah mengekori guru ini, menyembelih dan memenggal kepala beliau dan memuatnaik gambar tersebit di twitter
10. Remaja tersebut ditembak mati oleh pihak polis setelah dikatakan enggan menyerah diri dan cuba menyerang pihak polis.
11. Kematian guru tersebut telah diraikan Presiden Macron sebagai seorang wira negara dan telah menyelar tindakan ekstremis dan mengatakan Islam mempunyai masalah besar dalam ajarannya.
12. Tindakan Macron yang dilihat sebagai tidak membendung kedua-dua tindakan ekstrimis (karikatur dan penyembelihan) dan hanya mengutamakan kejadian penyembelihan itu sebagai sesuatu yang tidak adil.
13. Pengusaha-pengusaha pasaraya di Dunia Arab telah memulakan gerakan memboikot barangan Perancis dengan mengeluarkan produk mereka dari rak-rak kedai.
14. Presiden Turki, Erdogan telah menyelar Macron dengan mengatakan Macron mempunyai masalah kesihatan mental.
Jadinya ini sedikit sebanyak kronologi peristiwa bagi mereka yang tak ikuti sangat apa jadi di Perancis sebab agak 'absorbed' dengan apa yang berlaku dalam negara kita sendiri.
Yang menjadikan isu lebih hangat sebenarnya adalah tindakan Perancis yang kuat menyelar akhbar dan kerajaan lain yang memberikan respons negatif terhadap Macron dan kerajaan Perancis macam yang kita dapat lihat dalam surat ni.
Rata-ratanya bertanya - "Kalau kau dikir menyelar Nabi junjungan kami tu sebagai 'freedom of speech and expression', apakehenya kau melompat macam beruk bila orang selar Presiden kau dan kerajaan kau?"
*ayuh warga semua kita boikot barangan Perancis*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan