Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Sabtu, 29 Februari 2020

Amalan Yang Memasukkan Ke syurga

9:00:00 PG 0
Amalan Yang Memasukkan Ke syurga
Amalan Yang Memasukkan Ke syurga


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَأَنْبِئْنِي بِعَمَلٍ إِنْ عَمِلْتُ بِهِ دَخَلْتُ الْجَنَّةَ قَالَ أَفْشِ السَّلَامَ وَأَطِبْ الْكَلَامَ وَصِلْ الْأَرْحَامَ وَقُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلْ الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya ia mendatangi Nabi SAW seraya berkata; Ya Rasulullah, Beritakanlah kepadaku tentang amalan yang jika aku kerjakan maka aku akan masuk syurga?" maka baginda bersabda: "Sebarkanlah salam, ucapkanlah perkataan yang baik, sambunglah hubungan silaturahim dan solatlah di waktu malam ketika manusia sedang nyenyak tidur, maka engkau akan masuk syurga dengan selamat." (HR Ahmad No: 9996) Status: Isnad Tsiqah

Pengajaran:

1.  Satu daripada kaedah mempelajari Islam ialah bertanya kepada mereka yang arif dan mahir seperti mana sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW.

2.  Antara amalan yang jika di kerjakan boleh menjadi asbab seseorang masuk syurga ialah menyebarkan ucapan salam kepada orang Islam yang kita kenal mahupun yang tidak dikenali.

3.  Menuturkan sesuatu perkataan yang baik  merupakan amalan yang dijanjikan syurga.

4.  Memelihara hubungan silaturahim juga adalah amalan yang wajib kepada orang mukmin dan menjadi antara prasyarat jaminan syurga.

5.  Solat sunat di waktu malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur adalah antara amalan yang akan memasukkan seorang Muslim ke syurga dengan selama

Jumaat, 28 Februari 2020

Hutang Penghalang Masuk Syurga

10:00:00 PG 0
Hutang Penghalang Masuk Syurga
Hutang Penghalang Masuk Syurga


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Jiwa seorang mukmin itu bergantung dengan hutangnya hingga dijelaskan" (HR Tirmizi No: 999) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Hutang untuk keperluan adalah suatu yang diharuskan

2.  Setiap hutang perlu ditulis dan ada saksi agar ketiadaan kita nanti memudahkan pembayarannya melalui harta yang ditinggalkan ataupun oleh ahli warisnya.

3.  Urusan seseorang akan tergantung, tidak ada hukuman baginya iaitu tidak boleh ditentukan apakah dia selamat ataukah binasa, sehingga hutangnya dilunaskan.

4.  Hutang dengan manusia menjadi penghalang kepada seseorang untuk masuk syurga.

Pastikan jika kita berhutang, sila catatkan dan diketahui oleh pasangan atau ahli waris. Segerakan pembayaran hutang. Moga Amal kita tidak tergantung dan jangan sampai menjadi penghalang kita ke syurga

Khamis, 27 Februari 2020

FITNAH, MENGUMPAT ADALAH AKTIVITI PALING SERONOK

12:31:00 PTG 0
FITNAH, MENGUMPAT ADALAH AKTIVITI PALING SERONOK



*Alhamdulillah segala pujian milik ALLAH, Salawat dan salam keatas Nabi Muhammaad s.a.w,ahli keluarga dan para sahabat r.a*

MENGUMPAT,FITNAH,BUKA AIB ORANG, MENGUTUK orang sana sini adalah antara aktiviti yang paling seronok dilakukann tak kira lelaki dan wanita.Bercakap pasal keburukan orang.
Mahunya tak seronok lepas itu, satu persatu keburukan orang itu kita keluarkan,itulah hasutan syaitan.Dulu,semua kena berkumpul dekat satu tempat bawah pokok,kedai kopi atau dimana saja untuk lepak sambil mengumpat dan ambil angin. *Sekarang dah moden,laman sosial seperti facebook, twitter, blog atau group* *whatsapp dan telegram kini sudah menjadi medan untuk* *mengumpat,fitnah mengutuk orang dan berbagai lagi* Ini antara fitnah akhir zaman tapi ramai yang masih belum sedar dan tidak mahu sedar.Tanya diri sendiri tak sayang pahala?
Tak takut dosa,Tak takut ALLAH?Penat solat lima kali sehari,solat sunat lagi,baca Al-quran,
puasa,puasa sunat, mulut zikir,sedekah, tutup aurat dengan sempurna, solat awal waktu dan segala amal baik yang dibuat, *Tapi apa gunanya jika akhirnya bagi percuma pahala dekat orang lain yang kita umpat, fitnah ,kutuk dan sebagainya* Hati yang hidup, akan rasa risau bila buat dosa.Hati yang mati, buat dosa rasa macam benda biasa.
wallhu'alam
*Allahumma Shalli Alaa Muhammad Wa Alaa Aali Muhammad*
➖➖➖➖➖➖➖➖
*Semua orang boleh menuntut ilmu, tapi tidak semua boleh perolehi keberkatan ilmu*
hazizi51/2020
*berlakuadilpadahakoranglain*