عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ
Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Jiwa seorang mukmin itu bergantung dengan hutangnya hingga dijelaskan" (HR Tirmizi No: 999) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Hutang untuk keperluan adalah suatu yang diharuskan
2. Setiap hutang perlu ditulis dan ada saksi agar ketiadaan kita nanti memudahkan pembayarannya melalui harta yang ditinggalkan ataupun oleh ahli warisnya.
3. Urusan seseorang akan tergantung, tidak ada hukuman baginya iaitu tidak boleh ditentukan apakah dia selamat ataukah binasa, sehingga hutangnya dilunaskan.
4. Hutang dengan manusia menjadi penghalang kepada seseorang untuk masuk syurga.
Pastikan jika kita berhutang, sila catatkan dan diketahui oleh pasangan atau ahli waris. Segerakan pembayaran hutang. Moga Amal kita tidak tergantung dan jangan sampai menjadi penghalang kita ke syurga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan