Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Khamis, 7 November 2019

MENJELASKAN BEBERAPA ISU BERHUBUNG ZAKAT KEPADA NON MUSLIM

5:50:00 PTG 0
MENJELASKAN BEBERAPA ISU BERHUBUNG ZAKAT KEPADA NON MUSLIM

 ZAKAT

Apabila kita lihat ulasan kalangan masyarakat awam, kita dapati ada beberapa salah faham tentang isu zakat kepada non-muslim. Berikut beberapa perkara yang perlu kita fahami bersama; 

1. Pendapat zakat boleh diberikan kepada non-muslim dengan syarat-syaratnya merupakan pendapat dalam kalangan fuqaha (ahli fekah). Ia bukan rekaan baharu.  Kitab-kitab Fekah sejak dahulu menyebut perkara ini.  Paling mudah di zaman ini baca kitab Fiqh al-Zakah فقه الزكاة karangan Dr Yusof al-Qaradawi. Beliau juga menyokong pendapat tersebut. 

2.Penentuan kadar zakat dan siapa yang berhak menerimanya ialah dari pihak Ulul Amri atau pemerintah yang mengurus zakat itu sendiri. Ia bukan ditentukan oleh pihak non-muslim. Pastinya Ulul Amri itu hendaklah bijak dalam urustadbir pembahagian. Maka sepatutnya tidak perlu ada kerisauan dalam hal ini. 

3. Pemberian zakat dalam bab ini bertujuan untuk menjinakkan jiwa atau memberikan persepsi yang baik terhadap Islam.  Ini hakikatnya satu dakwah yang berkesan.  Zakat itu bukan sahaja dijelmakan dalam bentuk wang,  juga dalam bentuk makanan, bantuan ubatan dan seumpamanya. Umpamanya, apabila pihak pengurusan zakat membantu mangsa-mangsa banjir atau kebakaran, mungkin dalam kalangan mereka terdapat non-muslim. Amatlah tidak wajar untuk mangsa-mangsa lain yang muslim menerima makanan atau bantuan sedangkan mangsa-mangsa non-Muslim pula tidak diberikan makanan atau bantuan yang sama. Ia memberi persepsi yang buruk terhadap Islam. Ini juga tidak mencerminkan sifat Islam yang merahmati semua pihak. 

4. Di Malaysia, non-muslim itu bukan hanya tertumpu kepada kaum tertentu sahaja seperti kaum Cina dan India. Di sana terdapat kaum-kaum lain yang belum muslim seperti Bangsa Siam di Perlis. Dayak, Iban, Orang Asal dan seumpamanya. Maka jangan kita anggap semua mereka sama seperti kaum yang sudah kaya sehingga tidak perlu keprihatinan kita yang ada kelebihan. 

5. Tujuan zakat kepada non-muslim ialah untuk melembutkan jiwa kepada ajaran Islam yang baik dan harmoni. Ia agenda dakwah kepada memahami ajaran Islam yang tidak memusuhi mereka. Itu salah satu fungsi zakat. Bukan semua duit zakat untuk diberikan pada fakir miskin. Fakir dan miskin hanya dua daripada lapan golongan yang layak.  Wang zakat juga 'amilin zakat, untuk muallaf (golongan yang baru muslim atau masih kafir yang mahu jinakkan jiwa mereka), untuk hamba yang mahu ditebus bayarannya, untuk yang parah berhutang, untuk jalan ALLAH dan untuk yang terputus perjalanan. Hal itu perlu difahami dengan baik. Ramai yang kurang pengetahuan menganggap zakat hanya untuk fakir miskin sahaja.

FB Dr Maza

Rabu, 6 November 2019

Syahadah Di Bumi Labuan Cerita Oleh Ustaz Firdaus Wong

6:31:00 PG 0
Syahadah Di Bumi Labuan Cerita Oleh Ustaz Firdaus Wong

Ustaz Firdaus Wong

Alhamdulilah. Allahuakbar. Seorang penganut Kristian memeluk Islam di Labuan. Sila baca bagaimana hebatnya aturan Allah Subhana Wa Ta’ala sehingga hambaNya itu memeluk Islam. 
.
Setiba di Labuan, mengikut perancangan asal saya akan dibawa untuk minum di sebuah kedai tetapi QadarAllah, kedai itu yang kebiasaannya buka pada Ahad pula ditutup. Maka kami meneruskan perjalanan ke kedai lain untuk minum dulu dan apabila melalui Terminal Jeti Labuan, azan dari Surau Nurul Islam berkumandang dan kami berhenti untuk solat Maghrib.
.
Seusai solat Maghrib, saya dimaklumkan bahawa ustaz yang sepatutnya memberikan ceramah tidak hadir dan mereka meminta saya untuk mengisi kekosongan di mana saya berbesar hati dapat berkongsikan sedikit ilmu dengan jemaah.
.
Terdapat satu pintu utama ke surau dan satu pintu belakang dan saya keluar menerusi pintu belakang. Setelah selesai memakai kasut, seorang individu menyapa saya untuk bergambar dan seusai bergambar, beliau memberitahu kepada saya bahawa beliau meminati ceramah saya serta mengikuti Facebook saya sejak setahun lalu dan mengatakan beliau beragama Kristian. 
.
Dalam hati, saya terkejut seorang penganut agama Kristian meminati ceramah saya. Saya mengajaknya untuk minum sementara saya menunggu sahabat selesai solat Isyak.
.
Semasa minum, beliau memaklumkan beliau sepatutnya perlu ke Miri petang tadi tetapi beliau terpaksa ditunda atas sebab teknikal. Sewaktu beliau di kawasan jeti, beliau ternampak saya membuat ‘FB Live’ dari Surau Nurul Islam Labuan dan terus ke situ untuk mendengar ceramah saya luar. 
.
Beliau memberitahu saya bahawa beliau telah mendalami Islam dan amat meminati Islam lalu saya bertanya kepada dia ada apa yang dia tidak suka pada Islam setelah beliau membelajarinya selama ini dan adalah apa-apa perkongsian saya di Facebook yang beliau merasa kurang puas hati sebagai penganut Kristian dan beliau mengatakan tiada apa yang beliau tidak suka tentang Islam dan tiada apa yang saya kongsikan di Facebook yang tidak disukainya. Alhamdulilah.
.
Lalu saya memberanikan diri bertanya kepadanya, apakah yang saya boleh bantu beliau untuk segera memeluk Islam lalu beliau menjawab dengan bertanya, ‘Apa yang ustaz boleh bantu saya?’. 
.
Saya memberitahu beliau bahawa saya boleh membantu beliau memeluk Islam dengan membimbing beliau mengucap dua kalimah dan mendapatkan bantuan sahabat saya dari Badan Kebajikan Islam Petronas (BAKIP) Labuan untuk membawanya ke pejabat agama esok untuk pendaftaran memeluk Islam. Alhamdulilah beliau bersetuju dan saya membimbingnya mengucapkan dua kalimah syahadah di restoran sahaja.
.
Semasa kami dalam perjalanan untuk usrah bersama sukarelawan BAKIP Labuan, beliau menghantar mesej menerusi WhatsApp kepada saya yang membuatkan saya tersentuh dan semakin kagum dengan aturan Allah Subhana Wa Ta’ala;
.
‘Ustaz, terima kasih jadikan (saya) seorang (beragama) Islam....terima kasih banyak-banyak. Sebenarnya saya berdoa (agar) ustaz yang Islamkan saya selama ini..tak sangka makbul juga.’
.
SubhanAllah. Allahuakbar. Hebat aturan Allah. Bagaimana kami yang sepatutnya minum di kedai yang biasanya dibuka hari Ahad tetapi tutup dan bagaimana dalam perjalanan singgah solat di surau yang ustaz yang sepatutnya memberikan kuliah tidak dapat hadir lalu saya diberikan peluang mengisi kekosongan.
.
Bagaimana beliau yang sepatutnya ke Miri tetapi ditunda dan QadarAllah ternampak FB Live saya dan kemudian hadir mendengar dan akhirnya beliau dikurniakan hidayah oleh Allah untuk kembali kepada Islam.
.
Syukur Allah jadikan saya sebagai asbab untuk beliau kembali kepada Islam. Tiada kebetulan kerana yang ada hanyalah suratan takdir yang sebagai seorang yang beriman kita beriman bahawa ada hikmah tersirat dalam setiap insiden dan aturanNya. Alhamdulilah.
.
Selamat kembali ke agama fitrahmu wahai saudaraku. Alhamdulilah. Allahuakbar.
.
#islam #dakwah #muslim #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #firdauswonglabuan #firdauswongbroazimlabuan #syahadahlabuan

FB Ustaz Firdaus Wong

Selasa, 5 November 2019

BAGAIMANA ALLAH MENCIPTA LANGIT DAN BUMI

5:28:00 PTG 0
BAGAIMANA ALLAH MENCIPTA LANGIT DAN BUMI


BAGAIMANA ALLAH MENCIPTA LANGIT DAN BUMI

Allah menciptakan langit dan bumi selama enam hari. Dimulai dari hari ahad dan berakhir dengan hari jum’at. Dengan alasan inilah hari jum’at menjadi hari raya bagi umat Islam1. Di hari itu Allah ta’ala selesai menciptakan langit dan bumi. Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Allah lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam hari, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy…” (Qs. As Sajadah : 3).
Meskipun para ulama berbeda pendapat mengenai enam hari masa penciptaan langit dan bumi. Mayoritas ulama menyatakan bahwa yang dimaksud dengan enam hari adalah ukuran hari hari biasa. Adapun pendapat yang lain menyatakan bahwa enam hari disitu berbeda dengan hitungan hari hari biasa, melainkan setiap harinya seperti 1000 tahun hari hari biasa2.
Penciptaan bumi di dahulukan sebelum penciptaan langit. Sebagaimana ditunjukan oleh firman Allah (yang artinya), Dia-lah Allah, yang menciptakan segala yang ada di bumi untuk kamu kemudian Dia naik ke atas dan menjadikan tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Al Baqoroh : 29)
Karena ibarat sebuah bangunan, pondasi atau asas dibuat terlebih dahulu sebelum atap. Maka bumi adalah asas atau pondasi dan langit adalah atapnya.3 Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Allah-lah yang menjadikan bumi bagi kamu tempat menetap dan langit sebagai atap” (Qs. Ghofir : 64.
Langit diciptakan dengan tujuh lapisan. Begitu juga dengan bumi. Meskipun kata bumi selalu disebutkan dalam bentuk tunggal dalam Al Qur’an. Tidak sebagaimana langit yang seringkali disebutkan dalam lafadz jamak. Namun ada sebuah ayat yang menunjukan bahwa bumi pun tujuh lapis sebagaimana langit. Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahwasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu.” (Qs. At Tholak : 12).
Dan dikuatkan dengan sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam“Barangsiapa berbuat kezaliman (menyerobot tanah orang lain meski hanya) sejengkal tanah, maka Allah akan menimbunnya dengan tujuh lapis bumi”4.
Kemudian Allah memisahkan antara langit dan bumi, sehingga angin pun bertiup, hujan pun turun, tumbuhlah berbagai macam tumbuhan, gunung gunung ditancapkan ditempatnya, Allah menjadikan makhluk ciptaan berpasang pasangan, diciptakan kehidupan dari air, diciptakannya matahari sebagai penerang, dan bintang bintang serta rembulan sebagai hiasan. Semua itu bukti kebesaran Allah ta’ala.5
Jarak antara langit dan bumi adalah lima ratus tahun perjalanan. Begitu juga antara satu lapisan langit dengan lapisan selanjutnya. Disebutkan dalam hadits riwayat Abbas bin Abdul Mutthalib Radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Tahukah kalian berapa jarak antara langit dan bumi? Kami berkata, “Allah dan RosulNya lebih mengetahui”kemudian beliau bersabda, “Jarak keduanya adalah perjalanan lima ratus tahun, dan antara satu langit dengan langit selanjutnya perjalanan lima ratus tahun, dan tebal setiap langit adalah perjalanan lima ratus tahun, dan diantara langit ketujuh dengan arsy ada laut yang jarak antara dasar dan atasnya adalah seperti jarak antara langit dan bumi, dan Allah diatas itu semua, tidak tersembunyi baginya amalan manusia….6

Keyakinan orang yahudi; Allah selesai menciptakan langit dan bumi di hari Jum’at dan beristirahat di hari Sabtu

Orang Yahudi mencela Allah. Mereka mengatakan Allah ta’ala selesai menciptakan langit dan bumi di hari jum’at dan beristirahat di hari Sabtu7. Mereka menyangka bahwa Allah ta’ala kelelahan setelah menciptakan langit dan bumi sehingga memerlukan istirahat, Maha Suci Allah atas apa yang mereka tuduhkan.
Allah pun membantah ucapan mereka. Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Dan sesungguhnya telah Kami ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam masa, dan Kami sedikitpun tidak ditimpa keletihan” (Qs Qaf : 38).
Allah ta’ala Maha Kuasa atas segala sesuatu. Jika Allah berkehendak, bisa saja langit dan bumi diciptakan dengan sekejap. Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.” (Qs. Yasin : 82).
Namun Allah memiliki Nama Al Hakim; Maha Bijaksana. Semua ketentuan Allah mengandung hikmah. Dengan proses penciptaan langit dan bumi Allah ingin menunjukan kepada makhluk Nya akan keagungan Allah. Dan mengajarkan bahwa segala sesuatu membutuhkan proses. Dengan ini manusia belajar bersabar.

Penciptaan lautan dan sungai-sungai

Diantara tanda tanda kekuasaan Allah di bumi adalah diciptakanannya lautan dan sungai sungai. Dengan lautan seseorang bisa berlayar mencari rizki. Disediakan ikan ikan yang segar untuk makanan manusia. Didalamnya terdapat berlian dan mutiara yang indah dan berharga. Semua itu diciptakan hanya untuk manusia.
Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah kapal-kapal di tengah (yang berlayar) di laut seperti gunung-gunung” “Jika Dia menghendaki, Dia akan menenangkan angin, maka jadilah kapal-kapal itu terhenti di permukaan laut. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaannya) bagi setiap orang yang banyak bersabar dan banyak bersyukur” (As Syuro : 32-33).
Tidakkah kamu memperhatikan bahwa sesungguhnya kapal itu berlayar di laut dengan nikmat Allah, supaya diperlihatkan-Nya kepadamu sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan)-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi semua orang yang sangat sabar lagi banyak bersyukur.” (Qs. Lukman : 31).
Dan Dia-lah, Allah yang menundukkan lautan (untukmu), agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai; dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari karunia-Nya, dan supaya kamu bersyukur.” (Qs. An Nahl : 14).
Lautan dan sungai sungai adalah dua ciptaan yang menjadikan bumi semakin indah. Tidak heran ketika Allah menyebutkan syurga selalu dikaitkan dengan sungai sungai yang mengalir di bawahnya. Karena memang, tanpa sungai kehidupan akan terasa gersang. Dengan sungai dan lautan pula, udara menjadi bersih tidak tercemari oleh bangkai hewan. Makanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam ketika ditanya tentang bangkai ikan laut, beliau bersabda, “Dia (air laut) itu suci airnya dan halal bangkai (hewan) nya.”8
Wallahu ‘Alam bis Shawab


Simak selengkapnya disini. Klik https://muslim.or.id/25618-bagaimana-allah-menciptakan-langit-dan-bumi.html