Syahadah Di Bumi Labuan Cerita Oleh Ustaz Firdaus Wong - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Rabu, 6 November 2019

Syahadah Di Bumi Labuan Cerita Oleh Ustaz Firdaus Wong


Ustaz Firdaus Wong

Alhamdulilah. Allahuakbar. Seorang penganut Kristian memeluk Islam di Labuan. Sila baca bagaimana hebatnya aturan Allah Subhana Wa Ta’ala sehingga hambaNya itu memeluk Islam. 
.
Setiba di Labuan, mengikut perancangan asal saya akan dibawa untuk minum di sebuah kedai tetapi QadarAllah, kedai itu yang kebiasaannya buka pada Ahad pula ditutup. Maka kami meneruskan perjalanan ke kedai lain untuk minum dulu dan apabila melalui Terminal Jeti Labuan, azan dari Surau Nurul Islam berkumandang dan kami berhenti untuk solat Maghrib.
.
Seusai solat Maghrib, saya dimaklumkan bahawa ustaz yang sepatutnya memberikan ceramah tidak hadir dan mereka meminta saya untuk mengisi kekosongan di mana saya berbesar hati dapat berkongsikan sedikit ilmu dengan jemaah.
.
Terdapat satu pintu utama ke surau dan satu pintu belakang dan saya keluar menerusi pintu belakang. Setelah selesai memakai kasut, seorang individu menyapa saya untuk bergambar dan seusai bergambar, beliau memberitahu kepada saya bahawa beliau meminati ceramah saya serta mengikuti Facebook saya sejak setahun lalu dan mengatakan beliau beragama Kristian. 
.
Dalam hati, saya terkejut seorang penganut agama Kristian meminati ceramah saya. Saya mengajaknya untuk minum sementara saya menunggu sahabat selesai solat Isyak.
.
Semasa minum, beliau memaklumkan beliau sepatutnya perlu ke Miri petang tadi tetapi beliau terpaksa ditunda atas sebab teknikal. Sewaktu beliau di kawasan jeti, beliau ternampak saya membuat ‘FB Live’ dari Surau Nurul Islam Labuan dan terus ke situ untuk mendengar ceramah saya luar. 
.
Beliau memberitahu saya bahawa beliau telah mendalami Islam dan amat meminati Islam lalu saya bertanya kepada dia ada apa yang dia tidak suka pada Islam setelah beliau membelajarinya selama ini dan adalah apa-apa perkongsian saya di Facebook yang beliau merasa kurang puas hati sebagai penganut Kristian dan beliau mengatakan tiada apa yang beliau tidak suka tentang Islam dan tiada apa yang saya kongsikan di Facebook yang tidak disukainya. Alhamdulilah.
.
Lalu saya memberanikan diri bertanya kepadanya, apakah yang saya boleh bantu beliau untuk segera memeluk Islam lalu beliau menjawab dengan bertanya, ‘Apa yang ustaz boleh bantu saya?’. 
.
Saya memberitahu beliau bahawa saya boleh membantu beliau memeluk Islam dengan membimbing beliau mengucap dua kalimah dan mendapatkan bantuan sahabat saya dari Badan Kebajikan Islam Petronas (BAKIP) Labuan untuk membawanya ke pejabat agama esok untuk pendaftaran memeluk Islam. Alhamdulilah beliau bersetuju dan saya membimbingnya mengucapkan dua kalimah syahadah di restoran sahaja.
.
Semasa kami dalam perjalanan untuk usrah bersama sukarelawan BAKIP Labuan, beliau menghantar mesej menerusi WhatsApp kepada saya yang membuatkan saya tersentuh dan semakin kagum dengan aturan Allah Subhana Wa Ta’ala;
.
‘Ustaz, terima kasih jadikan (saya) seorang (beragama) Islam....terima kasih banyak-banyak. Sebenarnya saya berdoa (agar) ustaz yang Islamkan saya selama ini..tak sangka makbul juga.’
.
SubhanAllah. Allahuakbar. Hebat aturan Allah. Bagaimana kami yang sepatutnya minum di kedai yang biasanya dibuka hari Ahad tetapi tutup dan bagaimana dalam perjalanan singgah solat di surau yang ustaz yang sepatutnya memberikan kuliah tidak dapat hadir lalu saya diberikan peluang mengisi kekosongan.
.
Bagaimana beliau yang sepatutnya ke Miri tetapi ditunda dan QadarAllah ternampak FB Live saya dan kemudian hadir mendengar dan akhirnya beliau dikurniakan hidayah oleh Allah untuk kembali kepada Islam.
.
Syukur Allah jadikan saya sebagai asbab untuk beliau kembali kepada Islam. Tiada kebetulan kerana yang ada hanyalah suratan takdir yang sebagai seorang yang beriman kita beriman bahawa ada hikmah tersirat dalam setiap insiden dan aturanNya. Alhamdulilah.
.
Selamat kembali ke agama fitrahmu wahai saudaraku. Alhamdulilah. Allahuakbar.
.
#islam #dakwah #muslim #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #firdauswonglabuan #firdauswongbroazimlabuan #syahadahlabuan

FB Ustaz Firdaus Wong

Tiada ulasan: