Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Selasa, 11 Jun 2019

JAGA AURAT KELUARGA KETIKA UPLOAD GAMBAR

8:27:00 PG 0
JAGA AURAT KELUARGA KETIKA UPLOAD GAMBAR
JAGA AURAT KELUARGA KETIKA UPLOAD GAMBAR
Pada hari raya, ramai yang mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri dengan memuat naik gambar diri dan keluarga.

Ini tidaklah dihalang jika wanita sekadar berkongsi foto mereka sesama keluarga atau dengan rakan-rakan perempuan sahaja.

Namun, yang dikesalkan ialah apabila gambar-gambar mereka dipertontonkan kepada umum, termasuk kepada lelaki asing, seolah-olah perintah menjaga pandangan gugur pada hari raya.

Sedangkan, Wakī‘ b. al-Jarrāḥ sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abī al-Dunyā dalam tiga kitabnya – al-‘Ilm, al-Wara‘, dan Dhamm al-Malāhī – daripada gurunya yang thiqah, Rajā’ b. al-Sind, berkata,

“kami bersama Sufyān al-Thawrī pada hari raya, lalu beliau mengatakan,

‘sesungguhnya perkara pertama yang kita lakukan pada hari ini ialah menundukkan pandangan.’” 

Tetapi, ini pada zaman mereka di mana wanita, walaupun keluar beramai-ramai, masih menjaga penampilan.

Adapun kita pada hari ini berhadapan dengan wanita-wanita yang berpesta melanggar larangan bertabarruj serta tegahan berpakaian ketat, singkat, dan jarang ditambah pula dengan kegalakan bergambar semata-mata untuk menyambut hari raya, menjadikan suruhan agar lelaki menjaga pandangan yang sebelum ini sudah pun mustahil, menjadi semakin mustahil untuk diamalkan.

Daripada tulisan akhi Muhammad Izzat Al-Kutawi.

Isnin, 10 Jun 2019

APA ITU REZEKI

11:48:00 PG 0
APA ITU REZEKI

APA ITU REZEKI
Rezeki tu bukan bermakna kau dapat apa kau nak. Tapi bila kau terima apa yang Tuhan beri. 

Kau belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itu rezeki dia. 

Kau tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pula rezeki dia. 

Allah swt  hantar Musa ke rumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka. 

Allah hantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda

Pelajari sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh. Rezeki masing-masing tak sama. Semua ada pro dan kontranya! 

Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah dapat pahala. Tapi mudah juga dapat dosa. 

Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjawab dan risiko nak menjawab depan Allah nanti. 

Jadi, sebelum kau terus mengeluh tentang itu ini, kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi. 

Kau dapat apa kau nak, tak semestinya kau boleh terus bergembira. Kau tak dapat apa kau nak, tak semestinya kau tak boleh bahagia. 

Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kau titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kau ke syurga. 

Jadi ingat lah,

" Rezeki tu bukan bermakna kau dapat apa kau nak. Tapi bila kau terima apa yang Tuhan beri. "

Kau hanya akan bahagia kalau kau terima. 

Percaya dan terima lah,

Di samping kita berusaha ,bertawakal.redha lah apa yang ada.

Apa yg kita dpt apa yg kita nikmat Hari ini.

Bersyukurlah agar kita org 
Yg terhindar Dari sifat angkuh dan sombong.

Moga kita trhindar Dari org² yg rugi dan ditipulalai.

-Aamiin Yaa Rabb
CnP dari Info FTR
#Dakwah_Itu_Cinta


Selasa, 4 Jun 2019

Mengapa Takbir Raya Sebut Perang Ahzab?

6:38:00 PTG 0
Mengapa Takbir Raya Sebut Perang Ahzab?

1. Sedar atau tidak, dalam lafaz takbir raya kita sering diingatkan tentang peristiwa Perang Ahzab. Peristiwa ini termaktub di dalam lafaz:


صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ


“Allah telah membenarkan janjinya, membantu hambanya, dan mengalahkan pakatan al-Ahzab dengan sendirinya.” (HR Muslim)


2. Menurut al-Imam al-Nawawi, perkataan Ahzab di dalam lafaz takbir ini merujuk kepada Perang Khandaq atau dikenali juga dengan Perang Ahzab. Kata al-Nawawi:


والمراد بالأحزاب الذين اجتمعوا يوم الخندق وتحزبوا على رسول الله


“Dan yang dimaksudkan dengan al-Ahzab (di dalam lafaz ini) adalah mereka yang berpakat di dalam Perang Khandaq untuk memerangi Rasulullah.” (al-Nawawi, Sharh Muslim).


3. Jadi, mengapa Takbir Raya ini mengingatkan kita tentang Perang Ahzab ini? 

Perang Ahzab berlaku ketika serangan orang kafir itu datang dari segenap pelusuk untuk menghapuskan perjuangan Islam. Firman Allah:


إِذْ جَاءُوكُم مِّن فَوْقِكُمْ وَمِنْ أَسْفَلَ مِنكُمْ


“Dan ketika mereka datang dari atas dan bawah kamu.” (al-Ahzab: 10)


4. Bererti Perang Ahzab ini mengingatkan kepada kita tentang situasi yang sangat genting yang pernah dihadapi oleh Rasulullah serta para pejuang Islam. Peringatan ini kekal sehingga hari ini.


Hari ini umat Islam ditekan dan di asak dari atas dan bawah. Tekanan berlaku dalam bentuk fizikal (seperti peperangan ke atas umat Islam) begitu juga tekanan mental dari aspek serangan ideologi seperti Liberalisme, pluralisme dan sekularisme.


5. Ketika asakan serta tekanan dikenakan ke atas kaum Muslim dalam Perang Ahzab, kumpulan Munafiq pula datang menimbulkan keraguan dari dalam. Perkara ini direkodkan oleh Allah dalam firmannya:


وَإِذْ قَالَتْ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ يَا أَهْلَ يَثْرِبَ لا مُقَامَ لَكُمْ فَارْجِعُوا


Dan juga masa itulah golongan Munafiq antara mereka berkata: "Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini), oleh itu baliklah". (al-Ahzab: 13)


6. Ayat ini mengingatkan kita bagaimana kumpulan Munafiq ini datang untuk meragukan kaum Muslimin tentang perjuangan mereka, malah menakutkan Muslim tentang ancaman serta risiko yang bakal dikenakan kepada mereka.


Begitulah juga yang berlaku hari ini, terdapat kumpulan Muslim yang meragukan kefahaman tentang Islam, mereka mencampur-adukkan fahaman Liberalisme dan pluralisme ke dalam pemikiran Muslim.


7. Bukan sahaja Takbir ini mengingatkan kita tentang kesusahan perjuangan Rasulullah membawa Tauhid, ia juga adalah ikrar kita untuk memerangi kekufuran sekalipun dibenci oleh orang kafir. Ia termaktub dalam lafaz:


وَلَا نَعْبُدُ إلَّا اياه مُخْلِصِينَ له الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ


“dan kami tidak menyembah selain Allah, dalam keadaan ikhlas dan bagiNya adalah agama (kami patuh ajaran agama), sekalipun dibenci oleh orang kafir.”


8. Anehnya hari ini, terdapat dikalangan kita yang lebih menjaga hati si kafir berbanding menjaga hak Allah. Mereka lebih lunak bersama orang kafir namun bersikap keras tehadap saudara Muslim.


Sedarlah kita bahawa inilah takbir yang kita ikrarkan setiap hari perayaan. Orang beriman tidak bimbang dibenci kafir ketika berjuang meletakkan Islam yang tertinggi.


Semoga Allah membimbing kita semua.


Dr. Ahmad Sanusi Azmi

https://telegram.me/drahmadsanusiazmi