JAGA AURAT KELUARGA KETIKA UPLOAD GAMBAR - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Selasa, 11 Jun 2019

JAGA AURAT KELUARGA KETIKA UPLOAD GAMBAR

JAGA AURAT KELUARGA KETIKA UPLOAD GAMBAR
Pada hari raya, ramai yang mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri dengan memuat naik gambar diri dan keluarga.

Ini tidaklah dihalang jika wanita sekadar berkongsi foto mereka sesama keluarga atau dengan rakan-rakan perempuan sahaja.

Namun, yang dikesalkan ialah apabila gambar-gambar mereka dipertontonkan kepada umum, termasuk kepada lelaki asing, seolah-olah perintah menjaga pandangan gugur pada hari raya.

Sedangkan, Wakī‘ b. al-Jarrāḥ sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abī al-Dunyā dalam tiga kitabnya – al-‘Ilm, al-Wara‘, dan Dhamm al-Malāhī – daripada gurunya yang thiqah, Rajā’ b. al-Sind, berkata,

“kami bersama Sufyān al-Thawrī pada hari raya, lalu beliau mengatakan,

‘sesungguhnya perkara pertama yang kita lakukan pada hari ini ialah menundukkan pandangan.’” 

Tetapi, ini pada zaman mereka di mana wanita, walaupun keluar beramai-ramai, masih menjaga penampilan.

Adapun kita pada hari ini berhadapan dengan wanita-wanita yang berpesta melanggar larangan bertabarruj serta tegahan berpakaian ketat, singkat, dan jarang ditambah pula dengan kegalakan bergambar semata-mata untuk menyambut hari raya, menjadikan suruhan agar lelaki menjaga pandangan yang sebelum ini sudah pun mustahil, menjadi semakin mustahil untuk diamalkan.

Daripada tulisan akhi Muhammad Izzat Al-Kutawi.

Tiada ulasan: