APA ITU REZEKI - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Isnin, 10 Jun 2019

APA ITU REZEKI


APA ITU REZEKI
Rezeki tu bukan bermakna kau dapat apa kau nak. Tapi bila kau terima apa yang Tuhan beri. 

Kau belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itu rezeki dia. 

Kau tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pula rezeki dia. 

Allah swt  hantar Musa ke rumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka. 

Allah hantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda

Pelajari sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh. Rezeki masing-masing tak sama. Semua ada pro dan kontranya! 

Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah dapat pahala. Tapi mudah juga dapat dosa. 

Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjawab dan risiko nak menjawab depan Allah nanti. 

Jadi, sebelum kau terus mengeluh tentang itu ini, kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi. 

Kau dapat apa kau nak, tak semestinya kau boleh terus bergembira. Kau tak dapat apa kau nak, tak semestinya kau tak boleh bahagia. 

Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kau titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kau ke syurga. 

Jadi ingat lah,

" Rezeki tu bukan bermakna kau dapat apa kau nak. Tapi bila kau terima apa yang Tuhan beri. "

Kau hanya akan bahagia kalau kau terima. 

Percaya dan terima lah,

Di samping kita berusaha ,bertawakal.redha lah apa yang ada.

Apa yg kita dpt apa yg kita nikmat Hari ini.

Bersyukurlah agar kita org 
Yg terhindar Dari sifat angkuh dan sombong.

Moga kita trhindar Dari org² yg rugi dan ditipulalai.

-Aamiin Yaa Rabb
CnP dari Info FTR
#Dakwah_Itu_Cinta


Tiada ulasan: