Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Ahad, 12 Ogos 2018

9 PERKARA SEORANG AYAH TAK PERNAH BERITAHU KITA

9:07:00 PG 0
9 PERKARA SEORANG AYAH TAK PERNAH BERITAHU KITA
9 PERKARA SEORANG AYAH TAK PERNAH BERITAHU KITA

Berikut adalah beberapa perkara yang tak pernah ayah beritahu kita, walaupun mereka dalam keadaan susah sekalipun.

1. AYAH TAK CUKUP DUIT

Setiap bulan, mereka akan memikirkan keperluan rumah, keperluan dapur, anak-anak, isteri, dan akhir sekali barulah keperluan mereka. Kita mungkin tak tahu, dalam poket ayah cuma ada RM10 sewaktu kita telefon minta wang semasa di universiti.

Bila awal bulan, memang seronok dapat gaji. Tapi bila ditolak-tolak kesemuanya, semua harapan untuk membeli apa saja kemahuan mereka terpaksa ditunda lagi. Hinggalah mereka melupakan terus hasrat tersebut sampai ke hari ini.

2. AYAH KECEWA BILA TAK DAPAT BELIKAN MAINAN YANG KITA MINTA

Ayah mahu gembirakan kita. Kalau boleh, satu kedai mainan mahu diberikan kepada kita. Tapi tentulah ada masanya dia perlu mendidik kita.

Ada masanya pula, kewangan tak mengizinkan. Ayah rasa bersalah sangat bila tak dapat bawa balik mainan yang diminta oleh kita adik-beradik. Kalau dapat duit lebih, benda itulah yang pertama sekali ayah nak beli. Bukan barang lain.

3. AYAH MAHU DEKAT DENGAN KITA

Ayah mungkin nampak kekok apabila berbual dengan kita. Tapi sebenarnya mereka mahu hadir dalam hati kita. Kalau boleh, mereka mahu menghentikan masa supaya mereka dapat sentiasa ada dengan anak-anak dan melihat semua seperti apa yang dilihat oleh mata ibu – langkah pertama kita, perkataan pertama kita, dan berkongsi detik gembira dengan kita.

4. AYAH DAH CUBA SEHABIS BAIK UNTUK KELUARGA

Kita mungkin tak perasan, ayah buat ‘overtime’ sebab mahu cukupkan belanja rumah atau beli barang yang kita asyik sebutkan. Walaupun mereka sibuk bekerja, percayalah dalam hati mereka kerja tersebut adalah diniatkan untuk mencukupkan keperluan keluarga, termasuklah kita.

Tapi sebagai manusia, ayah juga pernah tersalah langkah. Mungkin ia menyebabkan kita berdendam, terutamanya kalau ada janji mereka yang tidak ditepati. Entah kenapa, kita rasa ayah tak boleh buat silap. Sedangkan, mereka dah cuba sedaya-upaya, tapi segala ketentuan bukanlah di tangan mereka. Kalau kita sedih, apatah lagi mereka.

5. AYAH PENAT

Ayah penat. Kadang-kadang ayah sibuk ambil dan hantar anak ke sekolah sampai lupa makan tengahari. Ayah jamah saja apa yang sempat. Masalah ayah, kita tak jarang tanya. Sebab kalau tanya pun, mesti ayah kata tak ada. Lama-lama, kita pun lupa nak tanya lagi.

Bagaimana ayah dapat lakukan rutin ini setiap hari, itu rahsia dia. Dengan kudrat itulah ayah membesarkan kita hingga hari ini. Ya, hari ini. Walaupun kita dah kahwin dan berkeluarga, ayah masih tanya sama ada kita cukup makan pakai.

6. AYAH MAHU KITA JADI LEBIH BAIK BERBANDING DIRINYA

Bila dah dewasa dan bekerja, baru kita tahu tekanan itu datang dari mana. Tapi seingat kita, ayah selalu nampak tenang dan ayah tak pernah mengeluh. Ayah hebat.

Tapi, dia tak mahu kita jadi seperti mereka. Dia mahu kita jadi lebih baik berbanding dirinya.

7. AYAH MAHU KITA BOLEH HIDUP TANPANYA SUATU HARI NANTI

Apa yang ayah larang selama ini ada sebabnya yang tersendiri. Apa yang ayah suruh buat pun samalah juga. Pokok pangkalnya, dia mahu kita boleh berdikari. Mereka tahu kita perlu hidup tanpa mereka satu hari nanti.

Jadi, diharapkan ilmu dan didikan yang diberikan kepada kita dapat menjadikan kita berfikir. Mungkin kita tak faham pada waktu itu, tapi kita akan faham nanti. Apa yang kita nak kata, katalah. Ayah tak risau tanggapan kita walaupun ada masanya dia berkecil hati.

Sebenarnya, bukan dia tak peduli perasaan kita. Tapi ayah berpandangan jauh dan cuba menunaikan tanggungjawab mereka sebaik mungkin.

8. AYAH TAK MENYESAL KORBANKAN SEMUANYA UNTUK KITA

Apabila ayah semakin tua, ayah lega tengok anak-anak berjaya. Tapi sebenarnya, yang kurang menyerlah pun, ayah sayang juga. Tak ada lebih, tak ada kurang. Kita saja yang menuduh ayah yang bukan-bukan.

Apa pun, ayah tak jemu mendoakan kita setiap hari untuk menampung kekurangan mereka terhadap kita. Ayah tak pernah menyesal berkorban untuk kita walaupun ada masanya kita tidak menjadi seperti apa yang mereka harapkan.

9. AYAH SAYANGKAN KITA

Tiada kata yang dapat menerangkan bagaimana ayah menyayangi kita. Mereka tak pandai menyusun ayat, mereka tak pandai meyakinkan kita melalui kata-kata. Hanya Tuhan yang mampu menilai semua pengorbanan ayah terhadap kita.

ITULAH PENGORBANAN AYAH!

Kadang-kadang kita memang tak nampak semua perkara ini hinggalah kita dewasa.

Begitu banyak beban dan pengorbanan ayah tidak mungkin terucap dengan kata-kata kerana cintanya terhadap kita. Jadi, hargailah ayah kita walau apa pun sejarah kita dengan mereka. Ayah tidak pernah meminta masa yang lebih....tapi hanya sekelumit masa bersamanya dah cukup.

Ya Allah,
Berikan Syurga yang indah Buat Ayah.
Aamiin.

Sabtu, 11 Ogos 2018

SELALULAH MERENDAH DIRI

7:55:00 PTG 0
SELALULAH MERENDAH DIRI

ْSeorang pegawai operasi kanan perempuan yang bekerja di kilang daging. 


Suatu hari, semasa dia hendak menyelesaikan tugasan harian, dia masuk ke bilik daging sejuk beku untuk memeriksa baki stok bekalan daging, 

akan tetapi nasib nya tidak baik, tiba2 pintu bilik sejuk itu tertutup dan dia terkunci dari dalam tanpa apa-apa alat untuk membantunya. Dia berusaha menolak pintu bilik sejuk namun tidak berganjak, pintu setebal 10inci itu terlalu utuh baginya. 

Walaupun dia menjerit dan mengetuk pintu sekuat hati, tiada seorang pun yang dapat mendengarnya. Dia mulai panik. Kebanyakan pekerja sudah lama pulang, dan adalah mustahil untuk mendengar apa-apa di dalam bilik sejuk pada kawasan di luar bilik sejuk. 


1 jam berlalu dia mencari apa2 alat yg dapat membantunya keluar namun sia2 dalam bilik itu hanya terdapat daging semata-mata, badannya semakin lemah kerana kesejukan. 

3 jam kemudian dia semakin hampa, badannya semakin lemah suhu badannya turun mendadak. Muka semakin pucat, tangan menggeletar nak berdiri pun tak mampu.


5 jam kemudian, dia mula berfikir akan mati kesejukan dalam bilik sejuk itu, air matanya menitis memikirkan nasibnya, adakah begini cara kematiannya? Nafasnya mula tercungap-cungap.... sedang dia dalam helaan nafas kematian, tiba2 tuppp... terdengar pintu bilik terbuka, seorang security guard di kilang tersebut membuka pintu bilik sejuk itu. Nasib nya baik kerana dia terselamat dari kematian pada hari itu. Security guard itu terkejut melihatnya terbaring kaku kesejukan, lantas membawanya keluar dan menyelimutinya,

Beberapa ketika... Setelah itu, perempuan itu bertanya pada security guard itu bagaimana dia boleh membuka pintu bilik sejuk itu walaupun ia bukan rutin pekerjaan hariannya.  


Pakcik security guard itu menjawab : "Saya telah bekerja di kilang ini selama 35 tahun. Sejak usia saya 20an terdapat ratusan pekerja keluar dan masuk setiap hari. Hanya kamu dan segelintir pekerja sahaja yang akan menyapa saya pada sebelah pagi dgn ucapan mesra  "Assalamualaikum".

Dan ucapan yg senada serta selamat tinggal  kepada saya pada sebelah malam.

Kebanyakan pekerja lain, melayan saya seperti saya tidak pernah wujud.


Tetapi malam ini, saya berasa pelik kerana saya belum terima ucapan  "Assalamualaikum" dan "selamat tinggal" serta "jumpa lagi esok" dari kamu.

Jadi, saya merasakan saya perlu check di sekitar kilang.

Setiap hari saya akan mengharap sapaan "salam" dan "selamat tinggal" dari kamu. Dengan itu, kamu mengingatkan saya bahawa masih ada insan yang saling merasai dihargai oleh seseorang.

Dengan tidak mendengar ucapan terakhir hari ini, saya dapat mengagak mungkinkah kamu masih di sekitar kawasan kilang atau ada sesuatu yang telah terjadi.

Sebab itu, saya mencari kamu di merata tempat.


Ditakdirkan oleh Allah telah menggerakkan hati saya untuk memeriksa bilik sejuk itu, sebab saya pernah melihat kamu disitu, dan saya bertindak dgn naluri yg Allah cetuskan... kalau ikutkan logik memang x masuk akal dah... tambah lagi tengah malam begini...

Perempuan itu sujud syukur kerana Allah masih meminjamkn nyawa padanya.


Pengajaran untuk diri kita:-


Jadilah seorang yang merendah diri, penyayang dan hormat pada setiap individu di sekeliling. Cubalah untuk memberi kesan kepada setiap orang yang melalui perjalanan hidup dgn anda, kerana anda tidak tahu apa akan terjadi di masa depan.


Biarlah cerita ini menjadi satu inspirasi tinggi sesama manusia. 


"Tak hilang bisa ular yg menyusuri akar".


Sila kongsi dan viral motivasi ini jika bermanafaat. Wallahu'aklam.

AMALAN CEGAH GANGGIAN JIN

7:30:00 PG 0
AMALAN CEGAH GANGGIAN JIN


1. Konsiten membaca ayatul Kursi selepas solat, tiap kali sebelum tidur dan ketika diganggu oleh makhluk halus.


2. Sentiasa membaca doa perlindungan daripada syaitan dalam ayat 97-98 Surah Al-Mukminun 


3. Amalkan membaca Surahh Al-Baqarah setiap hari, baca ikut kemampuan dan jangan paksa diri. 


4. Sering membaca ta’awwuz ketika hendak melakukan sesuatu kerja.


5.Amalkan setiap pagi dan petang membaca al-Mu’awwizat (surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas) dengan duduk mengadap kiblat sambil menadah tangan seperti orang berdoa selepas dibaca hendaklah dihembus pada tangan dan sapukanlah pada seluruh anggota badan yang terjangkau oleh tangan. Mohonlah perlindungan daripda gangguan jin dan syaitan.


6. Tingkatkan kekuatan dalaman dengan melaksanakan ibadah qiyammulail kerana syaitan akan kepanasan apabila mendekati manusia yang sentiasa melakukan amalan qiyammulail.


7. Bakar dan tanam semua tulisan, buku, tangkal dan azimat yang pernah diterima. 


8. Jangan berjumpa pengamal saka (bomoh) bagi tujuan pengubatan atau atas apa hajat sekalipun. Jin saka yang ada pada bomoh akan menganggu kita dan menambah beban yang sedia ada. 


9. Amalkan zikir-zikir khusus untuk bina benteng pertahanan badan melawan gangguan. Jangan hanya amalkan ayat-ayat ruqyah tetapi tidak bina benteng pertahanan badan dengan membaca zikir secara konsisten. 


10. Mendapatkan rawatan gangguan daripada pengamal perubatan ruqyah yang berasaskan syariat  dan bukannya pengamal perubatan yang menggunakan khadam jin atau berdampingan dengan jin dan syaitan.


11. Boleh juga memasangkan vcd bacaan ruqyah di rumah anda sebagai tambahan usaha di atas.


12. Berhati-hati dalam mendapatkan rawatan, jauhi perawat yang menipu. Elakkan percaya kata-kata perawat yang boleh tahu "siapa yang sihir kita" "jin ada berapa ekor dalam badan". Hentikan percaya perawat yang hanya dgn melihat secara luaran fizikal, dan boleh berkata "dalam perut kamu ada 10.ekor ular... kamu kena rawat ni