SELALULAH MERENDAH DIRI - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Sabtu, 11 Ogos 2018

SELALULAH MERENDAH DIRI

ْSeorang pegawai operasi kanan perempuan yang bekerja di kilang daging. 


Suatu hari, semasa dia hendak menyelesaikan tugasan harian, dia masuk ke bilik daging sejuk beku untuk memeriksa baki stok bekalan daging, 

akan tetapi nasib nya tidak baik, tiba2 pintu bilik sejuk itu tertutup dan dia terkunci dari dalam tanpa apa-apa alat untuk membantunya. Dia berusaha menolak pintu bilik sejuk namun tidak berganjak, pintu setebal 10inci itu terlalu utuh baginya. 

Walaupun dia menjerit dan mengetuk pintu sekuat hati, tiada seorang pun yang dapat mendengarnya. Dia mulai panik. Kebanyakan pekerja sudah lama pulang, dan adalah mustahil untuk mendengar apa-apa di dalam bilik sejuk pada kawasan di luar bilik sejuk. 


1 jam berlalu dia mencari apa2 alat yg dapat membantunya keluar namun sia2 dalam bilik itu hanya terdapat daging semata-mata, badannya semakin lemah kerana kesejukan. 

3 jam kemudian dia semakin hampa, badannya semakin lemah suhu badannya turun mendadak. Muka semakin pucat, tangan menggeletar nak berdiri pun tak mampu.


5 jam kemudian, dia mula berfikir akan mati kesejukan dalam bilik sejuk itu, air matanya menitis memikirkan nasibnya, adakah begini cara kematiannya? Nafasnya mula tercungap-cungap.... sedang dia dalam helaan nafas kematian, tiba2 tuppp... terdengar pintu bilik terbuka, seorang security guard di kilang tersebut membuka pintu bilik sejuk itu. Nasib nya baik kerana dia terselamat dari kematian pada hari itu. Security guard itu terkejut melihatnya terbaring kaku kesejukan, lantas membawanya keluar dan menyelimutinya,

Beberapa ketika... Setelah itu, perempuan itu bertanya pada security guard itu bagaimana dia boleh membuka pintu bilik sejuk itu walaupun ia bukan rutin pekerjaan hariannya.  


Pakcik security guard itu menjawab : "Saya telah bekerja di kilang ini selama 35 tahun. Sejak usia saya 20an terdapat ratusan pekerja keluar dan masuk setiap hari. Hanya kamu dan segelintir pekerja sahaja yang akan menyapa saya pada sebelah pagi dgn ucapan mesra  "Assalamualaikum".

Dan ucapan yg senada serta selamat tinggal  kepada saya pada sebelah malam.

Kebanyakan pekerja lain, melayan saya seperti saya tidak pernah wujud.


Tetapi malam ini, saya berasa pelik kerana saya belum terima ucapan  "Assalamualaikum" dan "selamat tinggal" serta "jumpa lagi esok" dari kamu.

Jadi, saya merasakan saya perlu check di sekitar kilang.

Setiap hari saya akan mengharap sapaan "salam" dan "selamat tinggal" dari kamu. Dengan itu, kamu mengingatkan saya bahawa masih ada insan yang saling merasai dihargai oleh seseorang.

Dengan tidak mendengar ucapan terakhir hari ini, saya dapat mengagak mungkinkah kamu masih di sekitar kawasan kilang atau ada sesuatu yang telah terjadi.

Sebab itu, saya mencari kamu di merata tempat.


Ditakdirkan oleh Allah telah menggerakkan hati saya untuk memeriksa bilik sejuk itu, sebab saya pernah melihat kamu disitu, dan saya bertindak dgn naluri yg Allah cetuskan... kalau ikutkan logik memang x masuk akal dah... tambah lagi tengah malam begini...

Perempuan itu sujud syukur kerana Allah masih meminjamkn nyawa padanya.


Pengajaran untuk diri kita:-


Jadilah seorang yang merendah diri, penyayang dan hormat pada setiap individu di sekeliling. Cubalah untuk memberi kesan kepada setiap orang yang melalui perjalanan hidup dgn anda, kerana anda tidak tahu apa akan terjadi di masa depan.


Biarlah cerita ini menjadi satu inspirasi tinggi sesama manusia. 


"Tak hilang bisa ular yg menyusuri akar".


Sila kongsi dan viral motivasi ini jika bermanafaat. Wallahu'aklam.

Tiada ulasan: