Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Isnin, 9 Oktober 2017

ALLAH MEMBALUT HADIAHNYA

10:58:00 PG 0
ALLAH MEMBALUT HADIAHNYA
ALLAH MEMBALUT HADIAHNYA
Manusia jika ingin memberi hadiah,pasti akan membalutnya dengan pembungkus hadiah yang cantik, bereben dan sebagainya. Hadiah yang berharga tidak akan diberi tanpa berbalut.

Begitu juga Allah apabila ingin memberi hadiahNya. Allah juga membalut anugerah-Nya yakni dengan sesuatu yang dipanggil kepahitan, kesedihan dan kegagalan.

Kadang-kadang Allah tidak memberi sesuatu yang diminta, namun Allah memberi sesuatu yang lebih bernilai daripada itu. Tetapi itu tidak ketara kerana Tuhan 'membalut' anugerahNya.

Namun yakinlah Allah akan beri itu lebih bernilai berbeza dengan apa yang kita inginkan. Inilah yang akan menyebabkan hati kita menjadi tenang.

Ya, pembalut hadiah kita semestinya lebih murah daripada hadiah di dalamnya. Sama juga hadiah dan anugerah yang Allah ingin berikan. Biasanya hadiah jauh lebih mahal dan bernilai jika dibandingkan dengan “pembalutnya”.

Justeru, bersabarlah sebentar ketika membuka hadiah untuk mengetahui isi dalamnya seterusnya menikmati hadiah itu.

Begitulah, marilah bersabar sebentar menerima kepahitan dan kegagalan semata-mata untuk menikmati anugerah yang masih menjadi rahsia...tetapi pastilah lebih indah dan bernilai berbanding apa yang kita sangkakan.

InsyaAllah, amin. Salam Jumaat yang barakah. Mari banyakkan selawat. Dan selamat membuka hadiah kurniaan Allah kepada kita pada hari ini.

Oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Sabtu, 7 Oktober 2017

LEBIH BAIK MATI KELAPARAN DARIPADA MAKAN UANG HARAM

9:47:00 PTG 0
LEBIH BAIK MATI KELAPARAN DARIPADA  MAKAN  UANG HARAM
LEBIH BAIK MATI KELAPARAN DARIPADA  MAKAN  UANG HARAM
*NAK, JANGAN KAU PERMALUKAN AYAHMU DI AKHIRAT NANTI, LANTARAN PERBUATANMU INI* *AYAH LEBIH SENANG KAU MATI DALAM KEADAAN LAPAR, DARIPADA ENGKAU HIDUP DENGAN MEMAKAN BARANG YANG HARAM!*.

*Ada* sahabat Rasul صلى الله عليه و سلم yang bernama Abu Dujanah. Ia mempunyai kebiasaan tergesa-gesa meninggalkan jama'ah seusai Shalat Subuh, tidak seperti halnya sahabat yang lain yang menunggu hingga Rasulullah berdoa.

*Suatu ketika* Rasulullah صلى الله عليه و سلم menegurnya, “Wahai Abu Dujanah, tidakkah kau memiliki permintaan kepada Allah?” Kenapa engkau tidak menunggu sampai aku berdoa? Abu Dujanah menjawab, "Ya Rasulullah, tentu aku mempunyai permintaan kepada Allah".

*Rasul*صلى الله عليه و سلم berkata :
"Lalu mengapa engkau segera pulang?”.

*Abu Dujanah* pun menjelaskan udzurnya :
“Bukannya aku tidak mau mendengarkan doamu ya Rasul...Namun aku ini memiliki anak kecil di rumah yang sedang lapar, tidak satupun makanan ada di rumahku, bahkan tidak jarang kami seharian menahan lapar".

" *Aku* memiliki tetangga yang memiliki pohon kurma yang batangnya condong ke rumahku, maka jika malam angin bertiup kencang, pasti buah-buahnya jatuh ke halaman rumahku".

" *Pernah* suatu hari usai Shalat Subuh, aku menunggu sampai mendengarkan engkau membacakan doa, namun yang terjadi ketika aku sampai di rumah, aku lihat anakku sedang memungut kurma tetanggaku yang jatuh di halaman rumahku, dan ia memakannya karena lapar".

" *Maka* segera aku keluarkan kurma itu dari mulutnya. Aku tidak mau anakku memakan yang bukan haknya. Aku katakan kepadanya, “Nak, jangan kau permalukan ayahmu di akhirat nanti, lantaran perbuatanmu ini...Ayah lebih suka engkau mati dalam keadaan lapar, daripada engkau hidup dengan memakan barang haram".

*Mendengar* kisah Abu Dujanah, Rasulullah صلى الله عليه و سلم dan para sahabat meneteskan air mata. Sambil menangis, Rasulullah memberikan penawaran kepada si pemilik pohon kurma dengan imbalan pohon-pohon kurma di Surga.

*Ternyata* si pemilik yang Munafik itu menolaknya. Kemudian segera Sayyidina Abu Bakar melakukan penawaran berikutnya :
“Hai fulan, kubeli pohon kurmamu dengan 10 pohon kurma terbaikku di kota Madinah.”

*Mendengar* penawaran yang menguntungkan itu, si Munafik menyetujuinya. Sayyidina Abu Bakar berhasil membelinya, lalu memberikannya kepada Abu Dujanah.

*Begitulah* orang-orang yang bertakwa akan senantiasa mendapatkan jalan keluar dan penolong di setiap kesulitannya.

Sumber: Kitab ‘Lanatuth-Thalibin Bab Luqatah, Juz 3, hal : 239.

*Allahumma Shalli 'Alaa Sayyidina Muhammad Wa 'Alaa Aali Sayyidina Muhammad*.

Semoga bermanfaat.

Pencuri Dalam Solat

9:46:00 PTG 0
Pencuri Dalam Solat
Pencuri Dalam Solat


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ أَسْوَأَ النَّاسِ سَرِقَةً الَّذِي يَسْرِقُ صَلَاتَهُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ يَسْرِقُهَا قَالَ لَا يُتِمُّ رُكُوعَهَا وَلَا سُجُودَهَا

Dari Abu Sa'id Al Khudri RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya seburuk-buruk manusia adalah pencuri yang mencuri dalam solatnya, " para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya?" baginda bersabda: "Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya." (HR Ahmad No: 11106) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Solat perlu dilaksanakan dengan sempurna sama ada pada rukun perkataan, perbuatan mahupun niat.

2. Seburuk-buruk manusia ialah orang yang tidak sempurna perbuatan rukuk dan sujud ketika solat, ia dianggap pencuri dalam solat.

3. Rukuk yang sempurna dengan kedua telapak tangan diletakkan di lutut dengan jari-jari tangan terbuka dan meluruskan punggung dan leher dengan kadar 90 darjah, sedangkan sikunya renggang dari lambung (bagi lelaki) - berserta tomakninah.

4. Sujud yang sempurna dilakukan di atas tujuh anggota iaitu dahi, kedua-dua belah tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua hujung kaki - berserta tomakninah (berhenti seketika).

Ayuh pastikan kita tidak menjadi pencuri dalam solat.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

06hb Okt 2017
15hb Muharam 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Amalan Paling Utama Ialah Solat Di Awal Waktu

9:44:00 PTG 0
Amalan Paling Utama Ialah Solat Di Awal Waktu
Amalan Paling Utama Ialah Solat Di Awal Waktu
Amalan Paling Utama Ialah Solat Di awal Waktu

عَنْ الْقَاسِمِ بْنِ غَنَّامٍ عَنْ عَمَّتِهِ أُمِّ فَرْوَةَ وَكَانَتْ مِمَّنْ بَايَعَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْأَعْمَالِ أَفْضَلُ قَالَ الصَّلَاةُ لِأَوَّلِ وَقْتِهَا

Dari Al Qasim bin Ghannam dari bibinya Ummu Farwah dan dia termasuk orang yang ikut serta berbaiah kepada Nabi SAW bahawasanya ia berkata; "Nabi SAW pernah ditanya, "Amalan apakah yang paling utama?" baginda menjawab: "Solat pada awal waktu."[HR. Tirmidzi No: 155]. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Keutamaan amalan kepada seorang Muslim ialah solat di awal waktu

2. Sakit dan kematian tidak diduga ketibaannya. Menyegerakan kewajipan yang fardu seperti solat apabila masuk waktu boleh menjadi pendinding kelalaian solat. Kita tidak tahu bila saatnya kita akan dijemput menghadap Allah. Yang paling dibimbangi, maut menjemput sebelum sempat solat kerana tidak menunaikannya pada awal waktu

3. Orang yang melalaikan waktu solat akan dimasukkan ke dalam neraka wail. Firman Allah:

فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ (4 ) الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ) 5(

(kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya (al-Maun: 4-5).

Saidina Abbas menerangkan: Wail adalah satu wadi (kawasan lembah yang dalam antara dua gunung dalam neraka jahanam). Ia menjadi tempat kediaman bagi orang yang melewat-lewatkan solat dari waktunya.

Ayuh jaga solat di awal waktu kerana kematian boleh dating secara tiba-tiba.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

07hb Okt 2017
16hb Muharam 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Khamis, 5 Oktober 2017

Berselawat Menghilangkan Dukacita dan Menghapuskan Dosa.

8:45:00 PG 0
Berselawat Menghilangkan Dukacita dan Menghapuskan Dosa.
السلام عليكم ورحمة الله...

Renungan Hadith Pilihan : *Berselawat Menghilangkan Dukacita dan Menghapuskan Dosa.*
عَنْ الطُّفَيْلِ بْنِ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا ذَهَبَ ثُلُثَا اللَّيْلِ قَامَ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ اذْكُرُوا اللَّهَ اذْكُرُوا اللَّهَ جَاءَتْ الرَّاجِفَةُ تَتْبَعُهَا الرَّادِفَةُ جَاءَ الْمَوْتُ بِمَا فِيهِ جَاءَ الْمَوْتُ بِمَا فِيهِ قَالَ أُبَيٌّ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أُكْثِرُ الصَّلَاةَ عَلَيْكَ فَكَمْ أَجْعَلُ لَكَ مِنْ صَلَاتِي فَقَالَ مَا شِئْتَ قَالَ قُلْتُ الرُّبُعَ قَالَ مَا شِئْتَ فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ قُلْتُ النِّصْفَ قَالَ مَا شِئْتَ فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ قَالَ قُلْتُ فَالثُّلُثَيْنِ قَالَ مَا شِئْتَ فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ قُلْتُ أَجْعَلُ لَكَ صَلَاتِي كُلَّهَا قَالَ إِذًا تُكْفَى هَمَّكَ وَيُغْفَرُ لَكَ ذَنْبُكَ
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Maksud hadith :-
*Daripada At-Tufail bin Ubai bin Ka'ab dariripada ayahnya berkata: Bila dua pertiga malam berlalu, Rasulullah SAW bangun lalu bersabda: "Wahai manusia, ingatlah Allah, ingatlah Allah, tiupan pertama datang dan diiringi oleh tiupan kedua, kematian datang dengan yang ada padanya, kematian datang dengan membawa segala kelanjutannya, kematian datang dengan membawa segala kelanjutannya." Berkata Ubai: Wahai Rasulullah, aku sering berselawat untuk baginda, lalu seberapa banyak aku boleh berselawat untuk baginda? Rasulullah SAW menjawab: "Terserah." Aku bertanya: Seperempat? Rasulullah SAW menjawab: "Terserah, jika kau tambahi itu lebih baik bagimu." Aku bertanya: Setengah? Baginda menjawab: ""Terserah, jika kau tambahi itu lebih baik bagimu." Aku bertanya: Dua pertiga?"Terserah, jika kau tambahi itu lebih baik bagimu." Aku berkata: Aku akan menjadikan seluruh doaku untuk baginda. Baginda bersabda: "Kalau begitu, kau dicukupkan daripada sifat dukacitamu dan dosamu diampuni."* Berkata Abu Isa: Hadith ini hasan sahih. (Hadith riwayat At-Tirmizi : 2457)

Ahad, 1 Oktober 2017

MENCARI ANAK2 YATIM & ASNAF

12:32:00 PTG 0
MENCARI ANAK2 YATIM & ASNAF

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Dengan rasa rendah hati, kami ingin memohon bantuan rakan2 jika ada yang mengenali mana2 anak yatim atau anak asnaf (dari keluarga miskin) beragama Islam yang hidupnya benar2 susah berdasarkan beberapa syarat di bawah:
1. Warganegara Malaysia yg berdokumen (sijil kelahiran anak tersebut dan sijil kematian bapa.
2. Lelaki sahaja berumur antara 9-12 tahun.
3. Ibu atau warisnya kesempitan hidup.
4. Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan.
5. Boleh tinggal di asrama penuh
6. Bercita2 tinggi untuk memperbaiki taraf pendidikan akademik, agama dan akhlak yang mulia. 
Anak2 akan ditempatkan di Kompleks Pembangunan Insan, Yayasan Anak2 Yatim Wardatul Jannah di Seksyen 9, Kota Damansara, P. Jaya, Selangor. Yayasan ini berdaftar dengan JPM Malaysia dan sudah beroperasi selama 7 tahun.
Kemudahan2 lengkap dan moden turut disediakan dengan tanggungan saraan hidup, pendidikan dan lain2 SECARA PERCUMA. Di antara kemudahan2 yg disediakan adalah seperti berikut:
1. Bersekolah di sekolah kerajaan yg berhampiran.
2. Kelas mengaji dan menghafaz Al-Quran di sebelah petang di asrama tersebut.
3. Kelas tuisyen mata pelajaran tertentu di sebelah malam
4. Keperluan asas makan dan minum, pakaian, perubatan dan pengangkutan
5. Pakaian sekolah, sukan dan persatuan
6. Membuka akaun bank peribadi bagi anak2 untuk tabungan. 
7. Kemudahan sukan, riadah dan lawatan sambil belajar.
8. Anak2 dibenarkan pulang ke rumah semasa cuti sekolah dan perayaan.
9. Lawatan oleh keluarga dibenarkan pada hujung minggu
10. Bantuan oleh pihak Yayasan kepada anak2 melanjutkan pelajaran ke institusi tinggi pendidikan jika berjaya.
Sekiranya rakan2 ada yang mengenali atau mengetahui adanya anak2 yg memenuhi syarat di kawasan anda, bolehlah kiranya mesej pada mana2 nama di bawah untuk urusan susulan. Mohon disegerakan kerana tempat adalah terhad. Terima kasih atas kerjasama anda. Mudah mudahan usaha bersama kita ini akan dibarkati Allah swt. 
Sila hubungi:
1. Hj. Talib Yatim.
HP. 019 2248970
2. Hjh. Mahanum Abdullah.
HP. 019 2388966
PEMEGANG AMANAH

Dato' Shakir Husein Kalid
Datin Ani Mawar Abdullah
Tn.Haji Abd Talib Md Yatim
Tn.Haji Arul Hisham Abdul Rahim
Dato' Hj. Mamat Ariffin Abdullah

PENASIHAT UNDANG-UNDANG

NASIR ZIHNI YUSOF ZAKI
Nik Saghir & Ismail,
Advocates & Solicitors,
Level G2 & Mezzanine Plaza Permata,
6 Jalan Kampar,
50400 Kuala Lumpur.

JURUAUDIT

ZURAIDAH & PARTNERS
30 Tingkat 1,
Jalan Camar 4/3,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya.

*Nota Tambahan*:
Mohon juga tuan/puan warwarkan mesej ini ke individu2 dan group2 lain. 
Wassalam.

Jumaat, 29 September 2017

KISAH SEORANG WANITA YANG DI UJI BERAT DAN TIDAK MENGELUH

9:29:00 PTG 0
KISAH SEORANG WANITA YANG DI UJI BERAT DAN TIDAK MENGELUH

Pada suatu hari, Abul Hassan pergi ke Baitul Haram. Ketika tawaf, tiba-tiba dia melihat seorang perempuan cantik yang wajahnya begitu bersinar dan berseri.

’’Demi Allah, aku belum pernah melihat perempuan secantik itu dan wajahnya selalu terlihat gembira. Apa- kah perempuan itu
tidak pernah bersusah dan bersedih hati?” kata Abul Hassan.

Perempuan itu mendengar apa yang diucapkan Abul Hassan,

lalu dia bertanya.
”Apa yang kaukatakan, Saudaraku?” tanya perempuan itu. ’’Demi Allah, aku selalu terbelenggu oleh perasaan sedih dan duka kerana kerisauan. Tidak ada seorang pun yang mau
peduli dengan apa yang kurasakan ini.”

’’Persoalan apa yang membuatmu risau?” tanya Abul Hassan.

”Aku memiliki dua orang anak yang sudah dapat bermain sendiri dan satu anak lagi yang masih kususui. Suatu hari suamiku sedang menyembelih kambing korban. Ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anak pertamaku berkata kepada adiknya, ’Hai adikku, mahukah aku tunjukkan kepadamu bagaimana ayah menyembelih kambing?’ ’Ya, aku mahu,’ jawab adiknya. Sang kakak lalu menyuruh adiknya berbaring dan
kemudian menyembelih leher adiknya.” Perempuan itu bercerita.

”Lalu apa yang terjadi?” Abul Hassan ingin tahu.

’’Sang kakak ketakutan melihat darah yang keluar dari leher adiknya. Dia kemudian lari ke atas bukit. Nahas baginya kerana dia dimangsa oleh binatang buas. Ayahnya kemudian mencari anaknya hingga dia pun mati terjatuh ditebing tinggi dan ketika aku letakkan bayiku untuk mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju periuk yang berisi air panas. Ditariknya periuk itu dan tumpahlah air panas menyiram tubuhnya hingga melepuh seluruh kulit badannya. Kejadian itu terdengar oleh anakku yang telah menikah dan tinggal di daerah lain. Ia pun jatuh dan pengsan hingga menemui ajalnya. Kini, aku tinggal sebatang kara.”

Abul Hassan tertegun mendengar cerita si perempuan cantik itu.

’’Bagaimana kau dapat bersabar menghadapi semua musibah hebat itu?” tanyanya kemudian.

”Tak seorang pun dapat akan membezakan antara sabar dan mengeluh, melainkan dia menemukan di antara keduanya dan menemukan jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaikinya, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Adapun mengeluh, maka ia tidak mendapat ganti atau sia-sia belaka,” jawab perempuan itu. “Kesabaran harus dimiliki setiap orang ketika menerima musibah dan cubaan dari Allah kerana Allah akan mengganti kesabarannya di dunia dengan-Nya menjadi kekasih-Nya dan ketika di akhirat akan menggantinya dengan syurga.”

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Khamis, 28 September 2017

Puasa Tasu’a (puasa 9hb Muharram)

6:24:00 PTG 0
Puasa Tasu’a (puasa 9hb Muharram)
Puasa Tasu’a (puasa 9hb Muharram)
Puasa Tasu’a (puasa 9hb Muharram)

عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُا حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Abdullah bin Abbas RA, beliau menceritakan: Ketika Nabi SAW melaksanakan puasa Asyura dan memerintahkan para sahabat untuk puasa. Kemudian ada sahabat yang berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya hari Asyura adalah hari yang diagungkan orang yahudi dan nasrani. Kemudian Nabi SAW bersabda: “Tahun depan, Insha Allah kita akan berpuasa pada hari ke sembilan.” Namun, belum sampai tahun depan, Nabi SAW diwafatkan. (HR. Muslim No: 1916) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Antara hari yang digalakan berpuasa pada bulan Muharam ialah puasa hari Tasu'a (9hb Muharam) iaitu sehari sebelum hari Asyura (10hb Muharam)

2. Puasa dua hari iaitu puasa sunat Tasu'a (9hb Muharam) dan puasa sunat Asyura (10hb Muharam) adalah untuk membezakan amalan berpuasa seorang Muslim dengan puasa orang Yahudi dan Keristian.

Marilah kita tunaikan puasa Sunat Tasu'a (9hb Muharam) yang jatuh pada hari Sabtu 30hb Sept. dan puasa Sunat Asyura (10hb Muharam) pada hari Ahad 1hb Okt. Moga Allah akan mengampukani dosa-dosa kita setahun yang lalu.

Mungkinkah Muharam ini tidak akan kita temui pada tahun hadapan?

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

28hb Sept 2017
07hb Muharam 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Rabu, 27 September 2017

Bagaimana Cara Nak Rasa Duit Gaji Sentiasa Cukup

11:27:00 PTG 0
Bagaimana Cara Nak Rasa Duit Gaji Sentiasa Cukup

Bila dah terima gaji, bagaimana cara nak rasa duit gaji tu sentiasa cukup je walaupun sedikit?
🌷..🌷..
Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:

1.Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!
🌺🌻🌺🌻

2.Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!
..🌴..🌴

3.Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!
🌸..🌸..

4.Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!
🌷💐🌷💐

5.Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.
🍁🌺🍁🌺

6.Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu dahulu sblm bsdkah atau nk bntu Orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat! Kerana sabit dlm hadis Rasul saw
☀☁☀☀☁☀

7.Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan2 & saudara-mara...

*Marilah kita banyakkan berselawat ke atas Rasulullah SAW, nabi yg kita rindui...
..اللهم صل على محمد و على ال محمد .. ...
Jenaka Ustaz Azhar .....
Kadang-kadang Allah hantar seekor kucing untuk menjadi guru dan menguji kita supaya kita muhasabah.
Jika seekor kucing datang meminta makanan, tapi kita halau dia, itu tanda kita kedekut dengan rezki yang
Allah beri pada kita. Padahal kucing tu minta sedikit sahaja dari sisa makanan kita. Kita ada duit beribu-ribu, apa ruginya beli sebungkus nasi beri pada kucing. Kadang-kadang kucingbawa lari
seekor ikan kembong yang kita beli di pasar. Anggaplah itu rezeki untuk kucing tu. Tak payahlah kejar kucing tu keliling kampung! Dia bukan ambil semua, seekor saja. Lainlah kalau kucing tu bawa lari peti sejuk, boleh la kejar sebab mahal.Kita cita-cita nak syurga firdaus, tapi kita kedekut pahit.

Muhasabahlah diri kita.Jika nak jadi cepat kaya, murah rezeki,panjang umur, dan terang dalam kubur nanti, selalulah kita beri makan pada binatang. Setiap makanan kita beri makan binatang itu dikira sedekah.
( Ustaz Azhar Idrus)

Rasulullah SAW
bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah
tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."(HR. Al- Bukhari)

ㅤ ㅤ ❤ㅤ ❤ ❤
ㅤ♥ Subhanallah ♥
♥ Alhamdulillah ♥
♥ Lailahaillallah ♥
ㅤ♥ Allahuakbar ♥
ㅤ ㅤ ❤ ㅤ ❤ ❤
Share msg ini... kalau anda bukan dari golongan yg kedekut ..👍👍👍

Selasa, 26 September 2017

Isu Kongsi Mesin Basuh Dengan Bukan Muslim

5:06:00 PTG 0
Isu Kongsi Mesin Basuh Dengan  Bukan Muslim

Sebuah artikel yang saya plagiat dari blogger Pelik.com. Minta kebenaran.

Baru- baru ini viral dikatakan terdapat sebuah kedai dobi khas untuk orang islam di Muar. Ia mendapat kecaman netizen disebabkan Islam ini dianggap sesuatu yang leceh dan konservatif.

Ada soalan dari netizen yang bertanya kepada Ustaz Rozaimi. Jom baca umtuk pencerahan.


Assalamualaikum Dr. Ustaz Rozaimi. Kalau tidak keberatan, saya ingin bertanyakan soalan yg bukan berkaitan hadis. Tapi ingin dapatkan kepastian, apakah hukum berkongsi menggunakan mesin basuh pakaian bersama dengan non muslim…bukan berkongsi basuh pakaian bersama, tapi hanya mesin basuh yg sama sahaja. Baru baru ni ada kenalan saya mengatakan ianya tidak boleh digunakan. Memandangkan saya di luar negara, sy sentiasa menggunakan mesin basuh tersebut..timbul rasa was2 dalam hati…adakah pakaian2 tersebut boleh dibawa solat?

Jawapan:
Waalaikumussalam wbt.
1- Kami telah membaca mesej panjang yang tersebar itu. Ia satu mesej yang tidak patut disebarkan dan sesungguhnya ia menimbulkan kegelisahan dan was-was yang banyak kepada umat Islam.

2- Hukum asal sesuatu adalah suci. Ia kekal suci selagi mana tiada bukti menunjukkan ia bernajis. Maka begitu jugalah mesin basuh ini, ia kekal suci kecuali terdapat bukti jelas menunjukkan ia tidak suci.

3- Andaian-andaian non-Muslim sentuh anjing, babi, berak tak basuh, kesan darah haidh etc etc adalah andaian-andaian semata-mata. Ia tidak mengubah status quo sesuatu iaitu ia suci. Andaian dan syak wasangka tidak boleh mengubah status asal sesuatu benda iaitu suci.

Kaedah feqh menyatakan: Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak.

Disebabkan sikap suka berlebih-lebihan beginilah nanti timbul isu: Boleh ke salam dengan non-Muslim sebab boleh jadi mereka pegang anjing, babi. Nanti jangan sampai ada mualaf tidak benarkan ibu bapa yang bukan Muslim cium pipi mereka atas alasan sebab mak ayah makan khinzir, minum arak etc. Adakah ini Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

4- Sikap memberat-beratkan sehingga begini adalah sikap melampaui batas yang bercanggah dengan ajaran Islam.

فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا، وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَىْءٍ مِنَ الدُّلْجَةِ ‏”‏‏.‏
Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda bersabda: Sesungguhnya agama ini mudah. Tidaklah sama sekali seseorang memberat-beratkan urusan agama melainkan ia akan menewaskannya. Lakukan dengan cara yang betul, lakukan semampu mungkin, dan bergembiralah. Mohonlah pertolongan pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, no: 39].

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ ‏”‏ ‏.‏ قَالَهَا ثَلاَثًا ‏.‏
Daripada Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Binasalah orang yang melampau. Baginda menyebutnya 3 kali. [Sahih Muslim, Kitab al-Ilm, no: 2670].

5- Penulis mesej itu jelas bukanlah orang yang faham tentang hukum-hakam feqh. Jauhilah daripada menyebarkan mesej-mesej tanpa asas sebegitu. Bertaubatlah daripada mengeluarkan fatwa hukum-hakam tanpa ilmu kerana ia bukan sahaja menyesatkan diri sendiri, bahkan menyesatkan dan menimbulkan kegelisahan kepada orang ramai.

Semoga kita jelas dengan isu dan permasalahan ini.

Wallahua’lam.

-ADMIN-

Sumber: Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle