Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Ahad, 6 Ogos 2017

BELAJAR DARI KATA-KATA HIKMAH IMAM AS-SYAFIE

10:19:00 PTG 0
BELAJAR DARI KATA-KATA HIKMAH IMAM AS-SYAFIE

"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung perihnya kebodohan."

- (Imam asSyafie)


"Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafannya sedang ditenun".

- (Imam asSyafie)


"Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang"

- (Imam asSyafie)


"Jangan cintai orang yang tidak mencintai Allah. Kalau Allah saja ia tinggalkan, apalagi kamu"

- (Imam asSyafie)


"Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia".

- (Imam Syafie)


"Doa disaat tahajud  adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran."

- (Imam Syafie)


"Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”

- (Imam Syafie)


"Seorang sufi tidak menjadi sufi jika ada pada dirinya 4 perkara: malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan".

- (Imam asSyafie)


"Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu''

- (Imam asSyafie)


"Jadikan akhirat dihatimu, dunia di tanganmu, dan kematian di pelupuk  matamu"

- (Imam asSyafie)

AKHLAK ULAMA AHLULBAIT TATKALA MENERIMA TEGURAN

10:16:00 PTG 0
AKHLAK ULAMA AHLULBAIT TATKALA MENERIMA TEGURAN

Dikisahkan Bahawa Suatu Hari Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-‘Atthos رحمه الله تعالى Datang Ke Kota Syibam. Beliau Masuk Ke Sebuah Masjid Untuk Melakukan Solat Berjema'ah, Akan Tetapi Sudah Ketinggalan Beberapa Raka'at Hingga Beliau Terpaksa Masbuk. Menjadi Kebiasaan Beliau, Iaitu Beliau Agak Cepat Dalam Solatnya, Pun Begitu Beliau Melaksanakan Seluruh Rukun-Rukunnya Secara Sempurna.

Maka Ada Seorang Makmum Yang Belum Mengenal Beliau, Melihat Perbuatan Solat Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-‘Atthos رحمه الله تعالى, Iaitu Seakan-Akan Tergesa-Gesa. Dan Orang Tersebut Merasa Solat Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-‘Atthos رحمه الله تعالى Itu Kurang Sempurna. Oleh Kerana Itu Dia Menunggu Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-‘Atthos رحمه الله تعالى Selesai Solat Untuk Menegurnya.

Setelah Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-‘Atthos رحمه الله تعالى Memberi Salam Mengakhiri Solatnya, Orang Itu Langsung Menegur Dengan Kasar Atau Mengherdik Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-‘Atthos رحمه الله تعالى: Solat Seperti Apa Ini ? Engkau Kira Ketika Ini Dirimu Berhadapan Dengan Siapa Dalam Solatmu ? Dan Engkau Lakukan Solat Ini Untuk Siapa ?

Mendengar Hal Ini Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-‘Atthos رحمه الله تعالى Lantas Menjawab: Semoga Allah Memberimu Balasan Yang Baik, Engkau Telah Menunjukkan Kepadaku Sesuatu Yang Tidak Pernah Aku Sedari Sebelumnya, Mungkin Engkau Melihat Kesalahan Dalam Rukuk Atau Sujudku, Maka Sekarang Aku Akan Mengulangi Solatku Di Hadapanmu Dan Engkau Betulkanlah Andaikata Ada Yang Salah Dalam Rukun Atau Bacaannya.

Lalu Orang Itu Menjawab: Kalau Begitu Itu Lebih Baik. Orang Ini Punya Niat Yang Baik Dan Ia Bangga Lantaran Merasa Telah Mengajarinya.

Maka Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-‘Atthos رحمه الله تعالى Mengulangi Solatnya. Beliau Membaca Dengan Suara Yang Agak Kuat, Membaca Fatihah, Surat Pendek, Lalu Rukuk Dan Iktidal Dengan Sempurna, Membaca Doa Yang Telah Diajarkan Oleh Sayyidina ‘Ali Bin Abi Thalib رضي الله عنه Dalam Sujud Beliau, Dan Semuanya Dibaca Dengan Suara Jelas Didengari.

Orang-Orang Yang Melintasinya Berasa Hairan Dengan Solat Itu Dan Mereka Tidak Faham Dengan Solat Ini. Setelah Salam Orang Itu Berkata Kepada Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-‘Atthos رحمه الله تعالى: Ini Suatu Solat Yang Sempurna Bahkan Lebih Baik Dari Solatku, Apalagi Doanya Lebih Banyak Yang Mana Aku Sendiri Tidak Menghafalnya.

Lalu Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-‘Atthos رحمه الله تعالى Berkata: Sekali Lagi Aku Memohon Maaf Dan Mengucapkan Terimakasih, Kerana Engkau Telah Menunjukkan Kepadaku Perbuatan Yang Baik, Aku Sendiri Juga Ragu Mungkin Masih Ada Kesalahan Dalam Solatku.

Setelah Selesai Berbicara, Lalu Orang Itu Keluar Dari Masjid, Maka Ada Beberapa Orang Yang Bertanya Kepada Orang Itu: Apa Yang Telah Engkau Bicarakan Kepada Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-‘Atthos ? Orang Itu Merasa Hairan Dan Dan Bertanya: Al-Habib Ahmad ??? Siapa ? Mereka Berkata: Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-‘Atthos. Mendengar Hal Ini, Orang Itu Terus Rasa Gementar Dan Berkata: Inna Lillahi Wa Innaa Ilaihi Roji'un. Aku Tidak Tahu Yang Beliau Itu Adalah Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-‘Atthos.

Dia Terus Berlari Menuju Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-‘Atthos رحمه الله تعالى, Disertai Dengan Tangisan Yang Tersedu-Sedu Penuh Penyesalan Dan Meminta Maaf Kerana Bersikap Sedemikian Terhadap Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-‘Atthos رحمه الله تعالى. Dan Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-‘Atthos رحمه الله تعالى Pun Menjawab Dengan Lemah-Lembut: Usah Engkau Menangis, Kerana Engkau Telah Menunjukkan Kebaikan Untukku. Engkau Sama Sekali Tidak Mencelaku Dan Engkau Hanya Mengajarkan Solat Kepadaku, Kerana Itu Semoga Allah Ta’ala Mengurniakanmu Limpahan Balasan Kebaikan.

SILA SHARE

Adab Mendengar Azan

10:10:00 PTG 0
Adab Mendengar Azan

Beradab Mendengar Azan Akan Mendapat Syafaat

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا سَمِعْتُمْ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِي الْوَسِيلَةَ فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ لَا تَنْبَغِي إِلَّا لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ فَمَنْ سَأَلَ لِي الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ

Dari Abdullah bin Amru bin al-Ash bahawa dia mendengar Nabi SAW bersabda, "Apabila kalian mendengar muazzin (mengumandangkan azan) maka ucapkanlah seperti yang dia ucapkan, kemudian berselawatlah atasku, kerana orang yang berselawat atasku dengan satu selawat, nescaya Allah akan berselawat atasnya dengannya sepuluh kali, kemudian mintalah kepada Allah wasilah untukku, kerana ia adalah suatu tempat di syurga, tidaklah layak tempat tersebut kecuali untuk seorang hamba dari hamba-hamba Allah, dan saya berharap agar saya menjadi hamba tersebut. Dan barangsiapa memintakan wasilah untukku, maka ia akan beroleh syafaat." (HR Muslim No: 577)

Pengajaran:

Orang yang mendengar azan yang dilaungkan oleh bilal atau muazin akan mendapat syafaat dari Rasulullah SAW. Untuk mendapat syafaat itu, kita perlu menjaga adab apabila mendengar azan, antaranya ialah:

a. Mengikut lafaz yang diucapkan oleh muazin (dengan kadar perlahan) selepas setiap lafaz.

b. Berselawat selepas azan dilaungkan (orang yang berselawat sekali, Allah akan berselawat [memberi ampun kepadanya] sebanyak 10 kali).

c. Berdoa selepas azan agar diberikanlah kedudukan dan keutamaan kepada Nabi Muhammad SAW.

Marilah kita menjaga adab ketika azan dilaungkan agar kita mendapat syafaat Rasulullah SAW.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

04hb Ogos 2017
11hb Zulkaedah 1438H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Coretan Kematian

10:08:00 PTG 1
Coretan Kematian

Telah meninggal dunia beberapa minggu yg lalu seorang penulis wanita dari Kuwait Nadiah al Jar rahimahallah...

Saat hampir dgn kematiannya ia menulis perkongsiannya ini di dalam buku hariannya :

"Bila kematianku tiba aku tidak bimbang dan cemas tentang jasadku yang kaku...
Kaum muslimin pastilah akan menunaikan apa apa yang sudah seharusnya mereka kerjakan... Melepaskan seluruh pakaianku... memandikanku... mengkafankanku mengeluarkanku dari rumahku... membawaku ke rumahku yang baru ( kuburku )...orang ramai akan datang menghantarku kesana...di antara mereka bahkan ada yang membatalkan aktiviti harian mereka hari itu demi pengkebumianku ini...

Seluruh milikku tidak ada satu pun yang aku bawa... kunci2ku kitab2ku... bag2ku kasut2ku... baju2ku... dan semua yang lainnya...keluargaku kata sepakat untuk menyedekahkannya agar bermanfaat bagiku...

Yakinlah... dunia tidak akan bersedih karena kematianku... alam semesta tetap akan berputar seperti biasanya... akan berlanjutan seterusnya... Pekerjaanku akan di gantikan oleh orang lain.. Harta bendaku akan menjadi warisan... Sedangkan di alam kubur semua menjadi perhitungan dan tanggung jawabku... yang banyak ataupun sedikit... bahkan yang kecil yang tak berharga sekalipun...tetap di hitung.

Hal pertama yang akan hilang seketika aku mati adalah nama yang dengannya aku dipanggil di dunia ini... sejurus aku mati mereka memanggilku dengan sebutan JASAD...waktu solat mereka menyebutku JENAZAH...ketika menguburku mereka menyebutku MAYYIT. Jelas sekali kala itu... bahwa nasabku... sukuku... status sosialku dan ketenaranku tidak berarti apa apa lagi. Sama sekali tidak layak di AGUNG AGUNG kan...

Alangkah kecil nya dunia ini dan alangkah bodohnya kita yang selama ini menganggapnya penting / besar...
Untuk kamu yang masih hidup...
Kesedihan kamu atasku dapat di bagi 3 golongan...

1. Orang2 yang hanya mengenalku biasa biasa saja akan mengasihaniku sesaat.

2. Rakan rakan akrab akan bersedih dan merasa kehilangan selama beberapa minggu...setelahnya mereka akan kembali pada kehidupannya semula.

3. Keluarga / ahlul bait... akan bersedih berbulan2... mungkin setahun... setelahnya aku pun akan tinggal sebagai kenangan...

Berakhirlah kisahku di antara manusia...

Bermulalah kisah hidup ku di ALAM AKHIRAT. Telah hilang dariku kecantikanku... hartaku...keluargaku... semuanya... inilah hidup yang sesungguhnya...

Apakah yang sudah engkau persiapkan sebagai bekal akhiratmu hari ini ?? Anda yang masih hidup ini perhatikan lah... amalan2 wajib mu... sunnah2 mu... sedekah rahsiamu...amal solehmu...mudah2 an diakhirat engkau selamat...

Bila engkau membantuku menyampaikan pesan2 ku ini sebagai peringatan sesama manusia...
Insya Allah akan engkau temukan pahala di dalam timbangan amalmu kelak di akhirat .. (وذكّر فإن الذكرى تنفعُ المؤمنين)

C&P

Doa Selepas Azan

10:06:00 PTG 0
Doa Selepas Azan

Doa Selepas Azan

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Dari Jabir bin 'Abdullah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berdoa setelah mendengar azan: (Ya Allah. Rabb Pemilik seruan yang sempurna ini, dan Pemilik solat yang akan didirikan ini, berikanlah wasilah (perantara) dan keutamaan kepada Muhammad. Bangkitkanlah ia pada kedudukan yang terpuji sebagaimana Engkau telah janjikan) '. Maka ia berhak mendapatkan syafaatku pada hari kiamat." (HR Bukhari No: 579) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Antara adab selepas mendengar azan ialah berdoa dengan lafaz:

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ

2. Orang yang berdoa dengan doa diatas selepas azan, akan memperoleh syafaat Rasulullah.

3. Berdoa selepas azan antara waktu mustajab doa.

Rasulullah SAW bersabda:

قُلْ كَمَا يَقُولُونَ فَإِذَا انْتَهَيْتَ فَسَلْ تُعْطَهْ

“Ucapkanlah sebagaimana disebutkan oleh muazin. Lalu jika sudah selesai dikumandangkan azan, berdoalah, nescaya doanya akan dikabulkan.” (HR. Abu Daud: No. 524) Status: Hadis Hasan

Marilah kita merebut peluang mendapat syafaat Rasulullah SAW dengan berdoa selepas azan.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri

UJIAN KIFARAH DOSA ?

10:04:00 PTG 0
UJIAN KIFARAH DOSA ?

Apabila kita diuji,

Hati berbisik. Orang sekeliling menasihati.

"Allah uji sebab nak hapus dosa"

Ya betul... Tapi,

Kita makin sedih.
Makin kecewa.
Makin meratapi dosa.

ALLAH jua diajukan soalan.

Kenapa dan Mengapa.

Wahai sahabat,
Berhenti sejenak... dan tukarkan fikiran kita yang negatif itu.

Allah sudah berjanji,

INNA MA'AL USRI YUSRO..
(setiap kesusahan itu BERSAMA kesenangan)

✏ Nabi Muhammad Saw juga diuji. Bahkan lebih hebat daripada kita... lalu adakah kerana DOSA ??
_(Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad)

✏ Nabi Zakaria dipotong badannya hingga terputus dua... adakah kerana DOSA ??

✏ Sumayyah dicampak ke dalam parit api. Hingga habis sekeluarga... adakah kerana DOSA ??

✏ Bilal bin Rabah juga terseksa di duniya. Dihenyakkan batu besar diatas dada... adakah kerana DOSA ??

Bukan.. bukan..bukan..Bukan kerana DOSA semata2...

Allah uji untuk,
Menaikkan darjat.
ALLAH uji sebab DIA kasihkan kita.

Kerana ALLAH rindu airmata kita...

Indah bukan..

Bila kita menangis, Malaikat tadah air mata dan simpan di Akhirah. Air mata keinsafan kita yang rindukan dan takutkan Allah mampu memadamkan api neraka.

Sahabat yang dikasihi,

Jangan prejudis pada Allah apabila diuji.
Jangan menghukum diri apabila diduga.
Sebaiknya ambil wudhu'.. solat dua rakaat.. selepas salam.. istighfar dan selawat..

Senyum memandang ke langit, biarlah airmata berlinang... bisik dalam hati sedalam dalamnya.

"Ya Allaaaaahhhhhh.. terima kasih kerana TIDAK MELUPAKAN aku.."

Allah itu ADIL..
Allah itu PENUH KASIH SAYANG..
Allah itu PENCIPTA kita..

Siapa lagi nak UJI kita kalau bukan Allah .
Siapa lagi nak SAYANG kita kalau bukan Allah .
Siapa lagi nak MULIAKAN kita kalau bukan Allah .

Jangan berhenti MENGGALI kasih sayang Allah.
ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Bersabarlah setiap kali diuji.
Bukan Allah membenci, cuma merindui rintihan hati.

Kita hamba yang sering lupa diri.
Kita suka menunding jari.

Warkah indah buat santapan rohaniku jua kupanjangkan utk sahabat2ku yang disayangi & saudara-maraku yang amat ku kasihi tersayang.....

C&P

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Sedekah

10:02:00 PTG 0
Sedekah

Jika seseorang itu memberi sedekah, dan dia tahu bahawa sedekahnya itu sampai kpd Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahkannya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.

Adakah kamu tahu antara kebaikan2 sedekah itu?

Sila ambil perhatian kepada points number 17 hingga 19

Rujukan dari hadis2

1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT

2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dgn memberi makanan kepada orang

3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah menjauhi api neraka jahanam

4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang2 yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut

6. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikan

7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT

8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda

9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa2 yang telah dibuat

10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada anda

11. Orang2 yang memberi sedekah ialah orang2 yang baik dan sesiapa yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT

12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT Inn Syaa Allah

13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang2 yang disayang oleh masyarakat

14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati

15. Sedekah mampu melepaskan anda drpd kesusahan dan doa2 akan dimakbulkan Allah SWT Inn Syaa Allah

16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia

17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang itu dan boleh memberi kejayaan hidup

18. Sedekah adalah ubat

19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas

20. Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang2 atau burung2

Yang akhir sekali.....

Sedekah yang paling baik adalah jika anda memberikan mesej yang baik ini kepada orang lain dan diniatkan sebagai sedekah..```

Ahad, 30 Julai 2017

JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG

12:46:00 PG 0
JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG
JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG
Mesej dari cikgu saya dari satu group whatsapp, yang sangat indah yang perlu dikongsi:

Assalamualaikum Wbt
Renungan bersama...

JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik.

Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.

Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, Kerana yang menyukai mu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yg kamu lakukan.

Dan yang membenci mu tidak percaya tentang kebaikan yg masih ada pd dirimu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. Hari ini dan semalam adalah hari yg berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya.

Kita Bukan Siapa-Siapa Untuk Menilai Siapa Siapa..

Eratkan silaturahim,
Walau sekadar berdoa untuk semua sahabatmu.

Ketika kita menanam padi, rumput pun ikut tumbuh..
Tapi ketika kita menanam rumput, tidak pernah padi turut tumbuh....

Dalam kita melakukan “ kebaikan ”, kadang-kadang ada yang buruk turut ikut sama..

Tapi Ketika kita melakukan “ keburukan ”, tidak ada kebaikan turut ikut serta..

Jangan bosan untuk berbuat baik walaupun kadang-kadang kita tidak sempurna.

Jika melawat ke hospital, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat kesihatan.
Jika melawat ke penjara, kita akan menyedari betapa besarnya nikmat kebebasan.
Jika kita ke kubur, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat hidup.

Pesakit akan keluar wad bila sakitnya sembuh.
Manakala banduan akan keluar penjara bila tamat tempoh hukumannya.
Tetapi kubur TIADA JALAN KELUAR.

Sentiasa ingat mati dan Buatlah persiapan untuk kematian...

Copy paste