Dikisahkan Bahawa Suatu Hari Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-‘Atthos رØمه الله تعالى Datang Ke Kota Syibam. Beliau Masuk Ke Sebuah Masjid Untuk Melakukan Solat Berjema'ah, Akan Tetapi Sudah Ketinggalan Beberapa Raka'at Hingga Beliau Terpaksa Masbuk. Menjadi Kebiasaan Beliau, Iaitu Beliau Agak Cepat Dalam Solatnya, Pun Begitu Beliau Melaksanakan Seluruh Rukun-Rukunnya Secara Sempurna.
Maka Ada Seorang Makmum Yang Belum Mengenal Beliau, Melihat Perbuatan Solat Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-‘Atthos رØمه الله تعالى, Iaitu Seakan-Akan Tergesa-Gesa. Dan Orang Tersebut Merasa Solat Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-‘Atthos رØمه الله تعالى Itu Kurang Sempurna. Oleh Kerana Itu Dia Menunggu Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-‘Atthos رØمه الله تعالى Selesai Solat Untuk Menegurnya.
Setelah Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-‘Atthos رØمه الله تعالى Memberi Salam Mengakhiri Solatnya, Orang Itu Langsung Menegur Dengan Kasar Atau Mengherdik Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-‘Atthos رØمه الله تعالى: Solat Seperti Apa Ini ? Engkau Kira Ketika Ini Dirimu Berhadapan Dengan Siapa Dalam Solatmu ? Dan Engkau Lakukan Solat Ini Untuk Siapa ?
Mendengar Hal Ini Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-‘Atthos رØمه الله تعالى Lantas Menjawab: Semoga Allah Memberimu Balasan Yang Baik, Engkau Telah Menunjukkan Kepadaku Sesuatu Yang Tidak Pernah Aku Sedari Sebelumnya, Mungkin Engkau Melihat Kesalahan Dalam Rukuk Atau Sujudku, Maka Sekarang Aku Akan Mengulangi Solatku Di Hadapanmu Dan Engkau Betulkanlah Andaikata Ada Yang Salah Dalam Rukun Atau Bacaannya.
Lalu Orang Itu Menjawab: Kalau Begitu Itu Lebih Baik. Orang Ini Punya Niat Yang Baik Dan Ia Bangga Lantaran Merasa Telah Mengajarinya.
Maka Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-‘Atthos رØمه الله تعالى Mengulangi Solatnya. Beliau Membaca Dengan Suara Yang Agak Kuat, Membaca Fatihah, Surat Pendek, Lalu Rukuk Dan Iktidal Dengan Sempurna, Membaca Doa Yang Telah Diajarkan Oleh Sayyidina ‘Ali Bin Abi Thalib رضي الله عنه Dalam Sujud Beliau, Dan Semuanya Dibaca Dengan Suara Jelas Didengari.
Orang-Orang Yang Melintasinya Berasa Hairan Dengan Solat Itu Dan Mereka Tidak Faham Dengan Solat Ini. Setelah Salam Orang Itu Berkata Kepada Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-‘Atthos رØمه الله تعالى: Ini Suatu Solat Yang Sempurna Bahkan Lebih Baik Dari Solatku, Apalagi Doanya Lebih Banyak Yang Mana Aku Sendiri Tidak Menghafalnya.
Lalu Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-‘Atthos رØمه الله تعالى Berkata: Sekali Lagi Aku Memohon Maaf Dan Mengucapkan Terimakasih, Kerana Engkau Telah Menunjukkan Kepadaku Perbuatan Yang Baik, Aku Sendiri Juga Ragu Mungkin Masih Ada Kesalahan Dalam Solatku.
Setelah Selesai Berbicara, Lalu Orang Itu Keluar Dari Masjid, Maka Ada Beberapa Orang Yang Bertanya Kepada Orang Itu: Apa Yang Telah Engkau Bicarakan Kepada Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-‘Atthos ? Orang Itu Merasa Hairan Dan Dan Bertanya: Al-Habib Ahmad ??? Siapa ? Mereka Berkata: Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-‘Atthos. Mendengar Hal Ini, Orang Itu Terus Rasa Gementar Dan Berkata: Inna Lillahi Wa Innaa Ilaihi Roji'un. Aku Tidak Tahu Yang Beliau Itu Adalah Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-‘Atthos.
Dia Terus Berlari Menuju Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-‘Atthos رØمه الله تعالى, Disertai Dengan Tangisan Yang Tersedu-Sedu Penuh Penyesalan Dan Meminta Maaf Kerana Bersikap Sedemikian Terhadap Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-‘Atthos رØمه الله تعالى. Dan Al-Habib Ahmad Bin Hasan Al-‘Atthos رØمه الله تعالى Pun Menjawab Dengan Lemah-Lembut: Usah Engkau Menangis, Kerana Engkau Telah Menunjukkan Kebaikan Untukku. Engkau Sama Sekali Tidak Mencelaku Dan Engkau Hanya Mengajarkan Solat Kepadaku, Kerana Itu Semoga Allah Ta’ala Mengurniakanmu Limpahan Balasan Kebaikan.
SILA SHARE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan