Doa Selepas Azan - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Ahad, 6 Ogos 2017

Doa Selepas Azan


Doa Selepas Azan

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Dari Jabir bin 'Abdullah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berdoa setelah mendengar azan: (Ya Allah. Rabb Pemilik seruan yang sempurna ini, dan Pemilik solat yang akan didirikan ini, berikanlah wasilah (perantara) dan keutamaan kepada Muhammad. Bangkitkanlah ia pada kedudukan yang terpuji sebagaimana Engkau telah janjikan) '. Maka ia berhak mendapatkan syafaatku pada hari kiamat." (HR Bukhari No: 579) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Antara adab selepas mendengar azan ialah berdoa dengan lafaz:

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ

2. Orang yang berdoa dengan doa diatas selepas azan, akan memperoleh syafaat Rasulullah.

3. Berdoa selepas azan antara waktu mustajab doa.

Rasulullah SAW bersabda:

قُلْ كَمَا يَقُولُونَ فَإِذَا انْتَهَيْتَ فَسَلْ تُعْطَهْ

“Ucapkanlah sebagaimana disebutkan oleh muazin. Lalu jika sudah selesai dikumandangkan azan, berdoalah, nescaya doanya akan dikabulkan.” (HR. Abu Daud: No. 524) Status: Hadis Hasan

Marilah kita merebut peluang mendapat syafaat Rasulullah SAW dengan berdoa selepas azan.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri

Tiada ulasan: