Islam Is Great : doa

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan

Khamis, 19 Mac 2020

Tasbih Zikir Menghadapi Musibah

5:03:00 PTG 0
Tasbih Zikir Menghadapi Musibah
Tasbih Zikir Menghadapi Musibah


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضى الله عنه قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏ كَلِمَتَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ  خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ثَقِيلَتَانِ فِي الْمِيزَانِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ 

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: Dua kalimah yang dicintai Al-Rahman. Ia ringan di atas lidah. Ia berat di atas timbangan. Maha Suci Allah, pujian untukNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung. (HR Bukhari No: 7563) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Dua kalimah yang dicintai Allah adalah kalimah tasbih:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ 
Maha Suci Allah, pujian untukNya

سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Maha Suci Allah yang Maha Agung

2.  Kalimah tasbih ini adalah zikir yang diajar oleh Rasulullah SAW untuk kita lazimi.

3.  Kedua-dua tasbih ini amat mudah untuk diucapkan namun ganjaran timbangannya amat berat.

4.  Imam al-Syafie berkata:  Aku tidak melihat sesuatu yang lebih bermanfaat berbanding tasbih ketika berlakunya wabak. (Hiyatul Awliya' 9:16).

5.  Dalam suasana Negara kita menghadapi penularan wabak Covid 19 ini, marilah kita perbanyakkan zikir tasbih kita.

Rabu, 25 Disember 2019

SOLAT TAUBAT

4:39:00 PTG 1
SOLAT TAUBAT

SOLAT TAUBAT

Solat taubat Kena buat selalu.Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih. Pastu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati mcm seronok.Tak nak lagi buat dosa-dosa lama. Haa.. tu inshaALLaH tanda taubat ALLaH dah terima.

Solat ni elok buat malam-malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam. Bersihkan diri. Amek wudhu. Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).
Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu.. Isitghfar pendek je.. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu bebetul tenang.. Pastu baru niat..

‎أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Ussoli sunnatan taubati rok 'ataini liLLaHi Ta'ala"
[Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala]

Baca do'a Iftitah dan al-Fatihah mcm biasa.

Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x
(Kalau ada yg tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je)

Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x.

Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do'a Nabi Yunus a.s.

"La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”
Bacalah 10x atau 20x atau 30x.. Ikut suka.
Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.. Kita berada dlm keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama.. Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.

Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yg panjang sikit..

"AstaghfiruLLaHhal'adziim /
AstaghfiruLLaHhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih."

Baca seberapa banyak yg kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah...

Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do'a.. Bila berdo'a, kita kena bebetul menyesal dgn dosa2 kita.. Mohon ALLaH ampunkan dan terima taubat kita..

Sebagai permulaan, guna do'a sendiri dlm bahasa melayu.. Luahkan apa yg terbuku kat hati tu.. Menangislah.. Merayulah.. Mohon ALLaH ampunkan dosa tu.. Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dgn ALLaH.. Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.. Kejap lagi kita mati.. Agak-agaknya apa kita akan mohon pada ALLaH?

Istigfar dan baca doa. Dalam bahasa melayu pon takpa. Dah selesai berdo'a, tutup do'a kita tu dengan;

"Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar"

Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.. Tengok apa yg boleh kita perbaiki lepas ni.
In syaa Allah...

FB Majlis Ilmu

Sabtu, 21 Disember 2019

Zikir dan Doa Yang Afdhal

9:34:00 PG 1
Zikir dan Doa Yang Afdhal
Zikir dan Doa Yang Afdhal


حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَبِيبِ بْنِ عَرَبِيٍّ قَالَ: حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ كَثِيرٍ الأَنْصَارِيُّ قَالَ: سَمِعْتُ طَلْحَةَ بْنَ خِرَاشٍ قَالَ: سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: أَفْضَلُ الذِّكْرِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَفْضَلُ الدُّعَاءِ الحَمْدُ لِلَّهِ

Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Habib bin Arabi berkata, telah menceritakan kepada kami Musa bin Ibrahim bin Katsir al-Ansari berkata, Aku mendengar Talhah bin Hirasyh berkata: Aku mendengar Jabir bin Abdullah berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Zikir yang paling afdal (utama) ialah, “Tidak ada Tuhan selain Allah,” dan doa paling afdal ialah, “Segala puji bagi Allah.” (Sunan Tirmidzi No: 3383) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Zikrullah dan berdoa adalah suatu tuntutan dan keperluan kepada setiap Muslim

2.  Zikir yang utama adalah kalimah:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

3.  Doa yang paling afdhal adalah kalimah:

الحَمْدُ لِلَّهِ

Ertinya : Segala pujian hanyalah untuk Allah ataupun
Segala syukur dan terima kasih hanyalah untuk Allah.

Kalimah Alhamdulillah juga adalah lafaz lisan yang diucapkan sebagai pujian dan bersyukur seseorang di atas segala nikmat yang Allah Ta’ala berikan kepadanya.

4.  Kalimah Alhamdulillah lebih baik dari harta yang dimiliki oleh seseorang walaupun sepenuh langit dan bumi.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ  قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " لَوْ أَنَّ الدُّنْيَا كُلَّهَا بِحَذَافِيرِهَا بِيَدِ رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي "  ثُمَّ قَالَ : " الْحَمْدُ لِلَّهِ  لَكَانَتِ الْحَمْدُ لِلَّهِ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ كُلِّهِ

Anas ra juga meriwayatkan , bahawa Nabi saw. Bersabda: Seandainya dunia serta semua isinya berada ditangan seseorang dari ummatku kemudian ia mengucapkan Alhamdulillah, nescaya kalimat itu (Alhamdulillah) yang diucapkan itu lebih baik dari dunia dan isinya (Dailami 3/359 No: 5083)

Marilah kita memperbanyakkan lafaz  zikir dan doa yang utama ini.

Zikir Dibaca Pagi dan Petang Menjauhkan Kecelakaan

9:32:00 PG 0
Zikir Dibaca Pagi dan Petang Menjauhkan Kecelakaan
Zikir Dibaca Pagi dan Petang Menjauhkan Kecelakaan


عَنْ أَبَانَ بْنِ عُثْمَانَ قَال سَمِعْتُ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ

Daripada Aban bin Utsman ia berkata; saya mendengar Utsman bin 'Affan RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang hamba setiap pagi dan petang hari mengucapkan; BISMILLAAHILLADZII LAA YADHURRU MA'AS MIHI SYAI UN FIL ARDHI WA LAA FIS SAMAAI WA HUWAS SAMII'UL 'ALIIM (Dengan menyebutkan nama Allah yang tidak ada sesuatupun dengan menyebut namaNya yang boleh memudaratkan di bumi mahupun di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha mengetahui) sebanyak tiga kali melainkan ia tidak akan diganggu oleh sesuatupun." (Sunan Tirmidzi No: 3310) Status: Hadis Hasan Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim dituntut untuk sentiasa berzikir mengingati Allah.

2.  Pelbagai jenis zikrullah boleh dibaca, sama ada mengikut peristiwa, perkara yang ingin dilakukan atau masa tertentu.

3.  Ada zikrullah yang digalakkan untuk dibaca pada pagi dan petang, antaranya:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

(Dengan menyebutkan nama Allah yang tidak ada sesuatupun dengan menyebut namaNya yang boleh memudaratkan di bumi mahupun di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha mengetahui)

4.  Barangsiapa yang membaca zikir di atas pada pagi dan petang hari sebanyak 3 kali, dengan izin Allah, dia akan dijauhi dari sesuatu kecelakaan.

Ayuh kita amalkan bacaan zikir ini yang boleh dibaca sebaik-baiknya selepas solat Asar dan Subuh.

Selasa, 19 November 2019

AMALAN MEMBUAT 70 MALAIKAT PENAT MENULIS..WOW!!

9:55:00 PTG 2
AMALAN MEMBUAT 70 MALAIKAT PENAT MENULIS..WOW!!

Jumaat, 1 November 2019

DOA HINDAR HUTANG

10:36:00 PG 0
DOA HINDAR HUTANG
DOA HINDAR HUTANG

عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ مُكَاتَبًا جَاءَهُ فَقَالَ إِنِّي قَدْ عَجَزْتُ عَنْ كِتَابَتِي فَأَعِنِّي قَالَ أَلَا أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ عَلَّمَنِيهِنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ كَانَ عَلَيْكَ مِثْلُ جَبَلِ صِيرٍ دَيْنًا أَدَّاهُ اللَّهُ عَنْكَ قَالَ قُلْ اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Daripada Ali RA, bahawa seorang hamba mukatab (yang mengadakan perjanjian pembebasan dengan tuannya) datang kepadanya dan berkata; aku tidak mampu membayar pembebasanku, maka tolonglah aku! Ali berkata; mahukah aku ajarkan kepadamu beberapa kalimat yang telah Rasulullah SAW ajarkan kepadaku, yang seandainya engkau memiliki hutang sebesar gunung Shir nescaya Allah akan membayarkannya untukmu? Ali berkata; ucapkanlah; ALLAAHUMMAKFINII BIHALAALIKA 'AN HARAAMIK, WA AGHNINII BIFADHLIKA 'AMMAN SIWAAK (Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki Mu yang halal (dan jauhkan aku) dari yang haram. Cukupkanlah aku dengan kurnia Mu dan jauhkan aku dari bergantung pada selain Mu.  (HR Tirmizi No: 3486) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Berhutang untuk sesuatu keperluan adalah dibenarkan dalam Islam.

2.  Menjadi kewajipan kepada orang yang berhutang untuk menjelaskan hutang dengan kadar segera atau yang dipersetujui oleh pemberi hutang.

3.  Berusahalah menghindarkan diri daripada berhutang antaranya dengan banyak berdoa dengan doa ini:

اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

4.  Perlu diingatkan kepada orang yang berhutang, jangan sampai kita jadi muflis kerana hutang di dunia terpaksa dibayar dengan pahala ibadat kepada orang yang kita berhutang di akhirat nanti.

مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ دِينَارٌ أَوْ دِرْهَمٌ قُضِىَ مِنْ حَسَنَاتِهِ لَيْسَ ثَمَّ دِينَارٌ وَلاَ دِرْهَمٌ

“Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya (pahala di hari kiamat nanti) kerana di sana (di akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.” (HR. Ibnu Majah No: 2414) Status: Hadis Sahih

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

Ahad, 27 Oktober 2019

Al-FATIHAH untuk DIRI SENDIRI

8:28:00 PG 0
Al-FATIHAH untuk DIRI SENDIRI

Al-FATIHAH untuk DIRI SENDIRI

Pernahkah anda menghadiahkan Al-Fatihah untuk DIRI anda sendiri...? 

Jika belum, lakukanlah mulai hari ini karena ini adalah makanan yang baik bagi ROH kita, iaitu zikir-zikir dan Al-Fatihah. Ia adalah sebaik² hadiah untuk Ruhani kita.

CARA MENGAMALKANNYA :

Setiap pagi apabila kita bangun dari tidur...

1. "Beri salam" pada diri sendiri dahulu

2. Lalu panggil nama PENUH kita dengan lembut 3 kali

3. kemudian sentuh dada kiri kita ( jantung ) sambil mengucapkan : 

" ALHAMDULILLAH "

4. Kemudian katakanlah :
 Aku hadiahkan Al-Fatihah ini untuk diriKu sendiri, lahir dan batinku, Yaa Allah jagalah hamba-Mu ini, lindungi hamba-Mu, Jadikanlah hamba Penjemput rezeki Allah yang berlimpahan seperti air sungai yang mengalir tiada hentinya..
 Aamiin Ya Allah. 

Lalu  baca surah" Al-Fatihah 1x.

Lakukan sekarang kerana mungkin sudah lama atau tidak pernah anda menghadiahkan Al-Fatihah pada diri sendiri, lakukan sekarang dan nikmatilah RASAnya…

Rasulullah S.A.W bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." 
(HR. Al-Bukhari)
Aamiin ya Rabbal'alamin

Semoga bermanfaat dunia akhirat... Aamiin