عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضى الله عنه قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم كَلِمَتَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ثَقِيلَتَانِ فِي الْمِيزَانِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: Dua kalimah yang dicintai Al-Rahman. Ia ringan di atas lidah. Ia berat di atas timbangan. Maha Suci Allah, pujian untukNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung. (HR Bukhari No: 7563) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Dua kalimah yang dicintai Allah adalah kalimah tasbih:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ
Maha Suci Allah, pujian untukNya
سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Maha Suci Allah yang Maha Agung
2. Kalimah tasbih ini adalah zikir yang diajar oleh Rasulullah SAW untuk kita lazimi.
3. Kedua-dua tasbih ini amat mudah untuk diucapkan namun ganjaran timbangannya amat berat.
4. Imam al-Syafie berkata: Aku tidak melihat sesuatu yang lebih bermanfaat berbanding tasbih ketika berlakunya wabak. (Hiyatul Awliya' 9:16).
5. Dalam suasana Negara kita menghadapi penularan wabak Covid 19 ini, marilah kita perbanyakkan zikir tasbih kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan