Islam Is Great : QURAN

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Memaparkan catatan dengan label QURAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label QURAN. Papar semua catatan

Selasa, 29 Mac 2022

SURAH AL-QAMAR

9:33:00 PTG 0
SURAH AL-QAMAR

SURAH AL-QAMAR


SURAH AL-QAMAR


Surah al-Qamar ini merupakan surah yang ke-54 dalam susunan 114 surah ini mengandungi 55 ayat dan merupakan surah Makkiyyah.

Surah ini dinamakan Al-Qamar yang bererti bulan kerana menerangkan suatu keadaan yang mana bulan terbelah dua sebagai tanda menunjukkan mukjizat Nabi Muhammad SAW.

Baginda telah diminta oleh kaum musyrikin untuk menunjukkan tanda kenabiannya. Setelah bulan terbelah dua, mereka tetap mendustakan nabi dan mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh nabi itu adalah sihir. Hakikatnya, apa yang berlaku itu ialah mukjizat Nabi Muhammad SAW.

Nama surah ini terdapat pada ayat 1 dalam surah ini iaitu:

ٱقۡتَرَبَتِ ٱلسَّاعَةُ وَٱنشَقَّ ٱلۡقَمَرُ

Maksud : Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.

(Surah Al-Qamar : Ayat 1)

Objektif surah ini menegaskan Allah telah memudahkan penurunan Al-Quran sebagaimana mudahnya Allah membelah bulan.

Hal ini dibuktikan dengan pengulangan ayat yang sama pada ayat 17, 22, 32 dan 40 dalam surah ini. 

Pengajaran surah ini :

1) Kiamat pasti akan berlaku dan buatlah persiapan

Pada ayat 1 - 8 menceritakan kiamat semakin hampir dan inilah gambaran apa yang bakal berlaku kepada kaum Quraisy.

2) Ambil peringatan daripada kisah umat terdahulu.

Dalam surah ini terdapat kisah daripada kaum Nabi Nuh, Hud, kaum Soleh, dan kaum Luth yang dihancurkan kerana mendustakan Allah dan Rasul-Nya.

3) Allah memudahkan al-Quran untuk dihafal dan difahami.

Pada ayat ke-17 dijelaskan bahawa Al-Quran adalah petunjuk jalan agar selamat daripada seksaan dan ia dipermudahkan untuk manusia tadabbur dan ambil pengajaran darinya.

Moga tulisan ini membantu anda memahami surah ini.


SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 

RUGINYA SELAMA NI KITA BACA AL-QURAN, TAPI TAK FAHAM APA APA! 

.

Baca al-Quran, tanpa kita memahami isi kandungan al-Quran itu masih belum mencukupi.

.

Tingkatkan kefahaman al-Quran dengan mulakan langkah anda memahami kisah disebalik nama-nama surah.

SURAH AR-RAD
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI 





Surah Ar-Rahman

9:32:00 PTG 0
Surah Ar-Rahman

Surah Ar-Rahman


Surah Ar-Rahman

Surah Ar-Rahman ini merupakan surah yang ke 55 dalam susunan 114 surah. Surah ini juga mengandungi 78 ayat dan merupakan surah Makiyyah.

Surah ini dinamakan Ar-Rahman kerana Ar-Rahman merupakan salah satu nama-nama Allah S.W.T. 

Sebahagian besar surah ini menerangkan tentang Maha Pemurahnya Allah S.W.T kepada hambaNya. 

Pelbagai kenikmatan yang tidak terhingga diberikan sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Nama surah ini diambil daripada ayat 1 dalam surah ini iaitu

ٱلرَّحۡمَٰنُ

Maksud : (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

(Surah Ar-Rahman : Ayat 1)

Pengajaran surah ar-Rahman :

1) Allah memerhati setiap tindakan makhluk-Nya termasuk manusia dan jin

Dalam ayat 31 surah ini ada menyatakan tentang Allah memerhatikan sepenuhnya tindakan manusia dan jin.

Malah ayat yang paling banyak diulang dalam surah ini juga ditujukan kepada dua makhluk ini iaitu jin dan manusia

2) Nikmat Allah perlu disyukuri bukan didustai

Antara nikmat Allah yang paling penting dalam surah ini adalah keseimbangan yang diletak Allah pada langit, bumi dan semua makhluk.

Hakikatnya, kebanyakkan manusia masih melanggar keseimbangan ini dan akhirnya melakukan kerosakan pada alam ini.

Nikmat Allah perlu disyukuri supaya bertambah keimanan dan keberkatan atas setiap nikmat yang diberikan.

Moga tulisan ini membantu anda memahami surah ini.


SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 

RUGINYA SELAMA NI KITA BACA AL-QURAN, TAPI TAK FAHAM APA APA! 

.

Baca al-Quran, tanpa kita memahami isi kandungan al-Quran itu masih belum mencukupi.

.

Tingkatkan kefahaman al-Quran dengan mulakan langkah anda memahami kisah disebalik nama-nama surah.

SURAH AR-RAD
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI 




SURAH AL-WAQIAH Bermaksud Apabila berlaku hari kiamat

9:31:00 PTG 0
SURAH AL-WAQIAH Bermaksud Apabila berlaku hari kiamat

SURAH AL-WAQIAH


SURAH AL-WAQIAH Bermaksud Apabila berlaku hari kiamat


Surah al-Waqiah ini merupakan surah ke-56 dalam susunan 114 surah.  Surah ini juga mengandungi 96 ayat dan merupakan surah makkiyah.

Nama surah ini diambil daripada ayat 1 dalam surah ini :

إِذَا وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ

Maksud : Apabila berlaku hari kiamat itu

(Surah Al-Waqi'ah : ayat 1)

Surah ini dinamakan Al-Waqiah kerana surah ini menerangkan tentang keadaan hari kiamat dan huru-hara yang berlaku ketika di ambang kiamat. 

Terdapat tiga golongan manusia pada hari kiamat nanti iaitu:

i. Golongan kanan (mendapat buku catatan amalan dari tangan kanan dan majoritinya ialah ahli Syurga)

ii. Golongan kiri (mendapat buku catatan amalan dari tangan kiri dan merupakan ahli Neraka)

iii. Golongan terdahulu beriman dan dekat dengan Allah S.W.T 

(Golgan yang hampir dengan Allah S.W.T dan lebih beruntung daripada golongan kanan dan mereka merupakan pemimpin golongan kanan.

Mereka terdiri daripada para Rasul, para Nabi, para Siddiqin dan para syuhada')

Moga tulisan ini membantu kita untuk memahami surah ini.


SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 

RUGINYA SELAMA NI KITA BACA AL-QURAN, TAPI TAK FAHAM APA APA! 

.

Baca al-Quran, tanpa kita memahami isi kandungan al-Quran itu masih belum mencukupi.

.

Tingkatkan kefahaman al-Quran dengan mulakan langkah anda memahami kisah disebalik nama-nama surah. 

SURAH AR-RAD
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI 





Surah Al-Hadid bermaksud besi.

9:30:00 PTG 0
Surah Al-Hadid bermaksud besi.

Surah Al-Hadid 


Surah Al-Hadid bermaksud besi.

Surah Al-Hadid ini merupakan surah ke-57 dalam susunan 114 nama-nama surah.

Surah ini mempunyai 29 ayat dan merupakan surah Madaniyyah.

Al-Hadid bermaksud besi.

Nama surah ini terdapat dalam ayat ke-25 dalam surah ini iaitu :

لَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا رُسُلَنَا بِٱلۡبَيِّنَٰتِ وَأَنزَلۡنَا مَعَهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡمِيزَانَ لِيَقُومَ ٱلنَّاسُ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَأَنزَلۡنَا ٱلۡحَدِيدَ فِيهِ بَأۡسٞ شَدِيدٞ وَمَنَٰفِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعۡلَمَ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥ وَرُسُلَهُۥ بِٱلۡغَيۡبِۚ إِنَّ ٱللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٞ

Maksud : Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-Rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. 

(Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

(Surah Al-Hadid: ayat 25)

Surah ini dinamakan Al-Hadid kerana dalam ayat ke-25 menyebut tentang kekuatan dan manfaat besi kepada manusia sama ada ketika aman mahupun ketika peperangan.

Dalam ayat ini, manfaat besi itu untuk dilihat Allah S.W.T siapakah yang memanfaatkannya untuk agama ini.

Dalam kehidupan kita, sememangnya besi sangat membantu memudahkan kehidupan seharian seperti pembinaan jambatan, pembuatan alat pengangkutan seperti kereta, motor dan lori, pembuatan pedang, baju besi dan sebagainya.

Pelbagai manfaat yang boleh didapati daripada besi tetapi persoalannya penggunaan tersebut digunakan untuk tujuan sia-sia atau untuk membantu agama Allah S.W.T.

Moga tulisan ini membantu kita untuk memahami surah ini.


SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 

RUGINYA SELAMA NI KITA BACA AL-QURAN, TAPI TAK FAHAM APA APA! 

.

Baca al-Quran, tanpa kita memahami isi kandungan al-Quran itu masih belum mencukupi.

.

Tingkatkan kefahaman al-Quran dengan mulakan langkah anda memahami kisah disebalik nama-nama surah.

SURAH AR-RAD
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI 




Surah Al-Mujadalah

9:29:00 PTG 0
Surah Al-Mujadalah

Surah Al-Mujadalah


Surah Al-Mujadalah

Surah Al-Mujadalah ini merupakan surah yang ke-58 dalam susunan 114 nama-nama surah.

Surah ini mengandungi 22 ayat dan merupakan surah Madaniyyah.

Al-Mujadalah bermaksud wanita yang bersoal-jawab.

Surah ini dinamakan Al-Mujadalah kerana di permulaan surah ini, seorang perempuan bernama Khaulah binti Tha'labah yang membantah suaminya bernama Aus bin Ash-Shamit yang telah menziharkannya.

Khaulah telah bertemu Rasulullah S.A.W bagi mengadu hal tersebut dan menuntut supaya baginda memberi keputusan yang adil dalam persoalan ini.

Zihar ialah perbuatan suami yang menyamakan isterinya dengan ibunya. 

Suami yang menziharkan isteri haram untuk bersetubuh dengan isterinya sehingga menyelesaikan kafarahnya.

Kafarah bagi penzihar ialah memerdekakan seorang budak atau berpuasa selama dua bulan berturut-turut atau memberi makan kepada 60 fakir miskin sebelum kembali menggauli isterinya.

Nama surah ini diambil daripada ayat 1 dalam surah ini :

قَدۡ سَمِعَ ٱللَّهُ قَوۡلَ ٱلَّتِي تُجَٰدِلُكَ فِي زَوۡجِهَا وَتَشۡتَكِيٓ إِلَى ٱللَّهِ وَٱللَّهُ يَسۡمَعُ تَحَاوُرَكُمَآۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعُۢ بَصِيرٌ

Maksud : Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

(Surah Al-Mujadalah : ayat 1)

Pengajaran Surah ini :

1) Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui setiap apa yang kita lakukan.

Ayat 1 - Allah Maha Mendengar perkataan wanita yang bersoal jawab dengan suaminya

Ayat 7 - Allah Maha Mengetahui segala yang di langit dan bumi

2) Jauhi diri daripada sifat orang munafik

Ayat 8 : Membongkar rahsia tersembunyi orang munafik

Ayat 14 - 15 : Sifat orang munafik yang selalu bersumpah untuk berbohong dan hubungan erat mereka dengan musuh 

Moga Allah berikan kita kefahaman dan kekuatan untuk kita beramal dengan surah ini


SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 

RUGINYA SELAMA NI KITA BACA AL-QURAN, TAPI TAK FAHAM APA APA! 

.

Baca al-Quran, tanpa kita memahami isi kandungan al-Quran itu masih belum mencukupi.

.

Tingkatkan kefahaman al-Quran dengan mulakan langkah anda memahami kisah disebalik nama-nama surah.

SURAH AR-RAD
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI 





Surah Al-Hasyr bermaksud pengusiran

9:28:00 PTG 0
Surah  Al-Hasyr bermaksud pengusiran

Surah  Al-Hasyr 


Surah  Al-Hasyr bermaksud pengusiran

Surah al-Hasyr ini merupakan surah ke-59 dalam susunan 114 surah.

Surah ini mengandungi 24 ayat dan merupakan surah Madaniyyah.

Al-Hasyr bermaksud pengusiran. Nama surah ini terdapat pada ayat ke-2 dalam surah ini :

هُوَ ٱلَّذِيٓ أَخۡرَجَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَٰبِ مِن دِيَٰرِهِمۡ لِأَوَّلِ ٱلۡحَشۡرِۚ مَا ظَنَنتُمۡ أَن يَخۡرُجُواْۖ وَظَنُّوٓاْ أَنَّهُم مَّانِعَتُهُمۡ حُصُونُهُم مِّنَ ٱللَّهِ فَأَتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِنۡ حَيۡثُ لَمۡ يَحۡتَسِبُواْۖ وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمُ ٱلرُّعۡبَۚ يُخۡرِبُونَ بُيُوتَهُم بِأَيۡدِيهِمۡ وَأَيۡدِي ٱلۡمُؤۡمِنِينَ فَٱعۡتَبِرُواْ يَٰأُوْلِي ٱلۡأَبۡصَٰرِ

Maksud : Dia lah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab - dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.

(Surah Al-Hashr : Ayat 2)

Surah ini dinamakan Al-Hasyr kerana dalam surah ini menceritakan pengusiran suku kaum Yahudi di Madinah iaitu Bani Nadhir.

Mereka diusir kerana mengkhianati perjanjian dengan umat Islam.

Perjanjian genjatan senjata telah dilakukan antara umat Islam dengan mereka tetapi mereka mengkhianati perjanjian tersebut dengan mahu menyerang umat Islam. Akhirnya, mereka berjaya diusir oleh Rasulullah S.A.W dan umat Islam yang lain.

Pengajaran surah :

1) Orang yang tidak bakhil akan berjaya

Ayat 9 : Orang yang diselamatkan dari sifat kedekut adalah orang yang berjaya seperti mana yang dilakukan oleh golongan Ansar kepada Muhajirin

Hamka pada Tafsir Azharnya menukilkan riwayat dari ‘Abd al-Rahman bin Zaid bin Aslam, bahawa Rasulullah bersabda kepada para Ansar, 

“Saudara-saudara, mereka telah meninggalkan harta benda mereka dan anak-anak mereka dan datang menumpang kepada kalian”. 

Maka kaum Ansar menjawab, 

“Harta benda kami ini kami beri sahaja kepada mereka”.

2) Berharap semata-semata kepada Allah 

Ayat 10 : Doa dan pengharapan orang yang beriman setelah golongan Muhajirin dan Ansar

Doa dan pengharapan ini ditemani perasaan kasih dan rindu dalam diri mereka kepada orang beriman yang terdahulu lalu mereka mengucapkan, “Wahai Tuhan kami, Engkaulah yang Maha Penyantun, Maha Penyayang”.

Moga kita diberi kefahaman dan kekuatan untuk memahami dan mengamalkan surah ini.


SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 

RUGINYA SELAMA NI KITA BACA AL-QURAN, TAPI TAK FAHAM APA APA! 

.

Baca al-Quran, tanpa kita memahami isi kandungan al-Quran itu masih belum mencukupi.

.

Tingkatkan kefahaman al-Quran dengan mulakan langkah anda memahami kisah disebalik nama-nama surah.

SURAH AR-RAD
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI 





Surah As-Saff bermaksud barisan

9:26:00 PTG 0
Surah As-Saff bermaksud barisan

Surah As-Saff

Surah As-Saff bermaksud barisan


Surah As-Saff ini merupakan surah ke-61 dalam susunan 114 nama-nama surah. Surah ini mengandungi 14 ayat dan merupakan surah Madaniyyah.

Surah ini dinamakan As-Saff kerana menggambarkan sesuatu yang diwajibkan kepada kaum muslimin untuk merapatkan barisan mereka seperti bangunan yang kukuh.

Ini merupakan antara salah satu kunci kemenangan dalam peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah S.A.W iaitu merapatkan barisan mereka dengan teguh dan tidak mudah dipecahkan.

Nama surah ini diambil daripada ayat ke-4 dalam surah ini iaitu

إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِهِۦ صَفّٗا كَأَنَّهُم بُنۡيَٰنٞ مَّرۡصُوصٞ

Maksud : Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

(Surah As-Saf : Ayat 4)

Pengajaran surah :

1) Jangan cakap sesuatu yang tidak kamu lakukan

Ayat 2 : Larangan Allah supaya kita tidak berkata sesuatu yang tidak kita lakukan.

Maksud ayat ini secara umum adalah teguran Allah kepada manusia yang tidak sama perbuatan dengan percakapannya. Selalu kita kata: cakap tak serupa bikin.

Ini adalah sifat yang buruk. Kalau kita tidak mahu melakukan sesuatu atau tidak mampu, janganlah kita cakap. Janganlah jadi seperti orang munafik kerana ini adalah sifat mereka seperti yang disebut dalam hadis:

“آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ: إِذَا حَدَّث كَذَبَ، إِذَا وَعَد أَخْلَفَ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ”

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2) Perniagaan yang menyelamatkan daripada azab

Ayat 10 - 11 : Beriman kepada Allah dan Rasul dan berjihad ke jalan Allah dengan jiwa dan harta.

3) Bersatulah untuk membantu agama Allah

Ayat 14 :  Allah menyuruh orang yang beriman bersatu untuk membantu agama Allah.

Komitmen kepada agama bukan sekadar dengan solat puasa dan membaca al-Quran tetapi dengan menjadi penolong agama Allah.

Kaedah ini bukan hanya kepada umat nabi Muhammad sahaja namun telah menjadi tuntutan yang harus dipenuhi oleh pengikut para Nabi terdahulu seperti Nabi Isa.

Moga Allah beri kita kefahaman dalam mendalami ilmu al-Quran


SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 

RUGINYA SELAMA NI KITA BACA AL-QURAN, TAPI TAK FAHAM APA APA! 

.

Baca al-Quran, tanpa kita memahami isi kandungan al-Quran itu masih belum mencukupi.

.

Tingkatkan kefahaman al-Quran dengan mulakan langkah anda memahami kisah disebalik nama-nama surah. 

SURAH AR-RAD
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI 




Surah Al-Jumu'ah kerana surah ini menyebut tentang hukum solat Jumaat.

9:25:00 PTG 0
Surah Al-Jumu'ah kerana surah ini menyebut tentang hukum solat Jumaat.

Surah Al-Jumu'ah

Surah Al-Jumu'ah kerana surah ini menyebut tentang hukum solat Jumaat.


Surah Al-Jumu'ah ini merupakan surah ke-62  dalam susunan 114 nama surah. Surah ini mengandungi 11 ayat dan merupakan surah Madaniyyah.

Surah ini dinamakan Al-Jumu'ah kerana surah ini menyebut tentang hukum solat Jumaat. 

Surah ini mengajak kaum lelaki untuk segera mengerjakan solat Jumaat dan haram bagi mereka berjual beli ketika azan Jumaat dikumandangkan.

Selain itu, di akhir surah ini, diberikan peringatan kepada orang yang berpaling dari menunaikan solat Jumaat kerana sibuk dengan urusan perniagaan atau urusan lain-lainnya.

Nama surah ini diambil daripada ayat 9 dalam surah ini iaitu 

يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوۡمِ ٱلۡجُمُعَةِ فَٱسۡعَوۡاْ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَذَرُواْ ٱلۡبَيۡعَۚ ذَٰلِكُمۡ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

Maksud : Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),

(Surah Al-Jumu'ah : ayat 9)

Pengajaran surah ini :

1) Tugas menyampaikan Islam 

Ayat 2 : menerangkan para Rasul menyampaikan Islam seperti mana khatib yang menyampaikan khutbah dengan melaksanakan 3 perkara

1- membaca dan tadabbur ayat Quran
2- menyucikan jiwa
3- ajarkan kitab dan hikmah

2) Bersegeralah ingat kepada Allah

Ayat 9 : menunjukkan bukti komitmen kepada Allah adalah bersegera menuju masjid untuk bersama dengan kaum muslimin yang lain dengan meninggalkan segala urusan dunia yang melalaikan.

Moga Allah menambah kefahaman kita terhadap al-Quran.

SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 

RUGINYA SELAMA NI KITA BACA AL-QURAN, TAPI TAK FAHAM APA APA! 

.

Baca al-Quran, tanpa kita memahami isi kandungan al-Quran itu masih belum mencukupi.

.

Tingkatkan kefahaman al-Quran dengan mulakan langkah anda memahami kisah disebalik nama-nama surah.

SURAH AR-RAD
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI 







Surah Al-munafiqun bermaksud orang-orang munafik

9:21:00 PTG 0
Surah Al-munafiqun bermaksud orang-orang munafik

Surah Al-munafiqun


Surah Al-munafiqun bermaksud orang-orang munafik


Surah Al-munafiqun bermaksud orang-orang munafik.

Surah ini merupakan surah ke-63 dalam susunan 114 nama surah. Surah ini mengandungi 11 ayat dan merupakan surah madaniyah.

Surah ini dinamakan Al-Munafiqun kerana surah ini menyatakan tentang sifat-sifat orang munafiq. Orang munafiq sememangnya sukar untuk diketahui kerana kita tidak boleh mengetahui isi hati manusia.

Antara ciri orang munafiq ialah apabila dia berjanji dia akan mungkiri, diberikan amanah dia akan khianati dan bila berkata-kata dia akan berdusta. Orang munafiq, sikapnya seperti mahu memperjuangkan Islam tetapi hakikatnya di hati mereka, mereka yang akan meruntuhkan agama Islam.

Sikap munafiq ini telah berlaku pada zaman Rasulullah SAW lagi antaranya sekitar 300 orang berpatah balik dalam peperangan Uhud menentang 300 tentera musuh.

Nama surah ini disebut pada ayat 1 dalam surah ini iaitu :

إِذَا جَآءَكَ ٱلۡمُنَٰفِقُونَ قَالُواْ نَشۡهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُۥ وَٱللَّهُ يَشۡهَدُ إِنَّ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ لَكَٰذِبُونَ

Maksud : Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.

(Surah Al-Munafiqun : Ayat 1)

Pengajaran surah ini :

1) Sifat orang munafik yang suka berdusta

Ayat 1 : menunjukkan orang munafik yang mendustakan keimanan yang mereka lafaz kepada Rasulullah

2) Kemuliaan hanya buat orang beriman

Ayat 8 : ayat ini menolak orang munafik sebagai orang yang hebat dan mulia sedangkan kemuliaan yang sebenar hanya buat orang beriman

3) Jangan terlena dengan harta dan anak- anak

Ayat 9 : ayat ini mengingatkan orang yang beriman supaya tidak menjadikan harta dan anak-anak punca utama yang menyebabkan kita lalai daripada mengingati Allah.

Moga Allah menambah kefahaman kita terhadap al-quran.


SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 

RUGINYA SELAMA NI KITA BACA AL-QURAN, TAPI TAK FAHAM APA APA! 

.

Baca al-Quran, tanpa kita memahami isi kandungan al-Quran itu masih belum mencukupi.

.

Tingkatkan kefahaman al-Quran dengan mulakan langkah anda memahami kisah disebalik nama-nama surah.

SURAH AR-RAD
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI 





Surah At-Taghabun bermaksud hari diperlihatkan segala kesalahan.

9:20:00 PTG 0
Surah At-Taghabun bermaksud hari diperlihatkan segala kesalahan.

Surah At-Taghabun

Surah At-Taghabun bermaksud hari diperlihatkan segala kesalahan


Surah At-Taghabun bermaksud hari diperlihatkan segala kesalahan.

Surah ini merupakan surah yang ke-64 dalam susunan 114 nama-nama surah. Surah ini mengandungi 18 ayat dan merupakan surah Madaniyah.

Surah ini dinamakan At-Taghabun kerana surah ini memaparkan keadaan kaum mukmin yang tidak mahu menambah ketaatannya dan orang kafir yang meninggalkan keimanannya.

At-Taghabun bermakna hari memperlihatkan segala kesalahan dan At-Taghabun juga yang merupakan salah satu daripada nama hari kiamat.

Nama surah ini terdapat pada ayat yang ke 9 iaitu

يَوۡمَ يَجۡمَعُكُمۡ لِيَوۡمِ ٱلۡجَمۡعِۖ ذَٰلِكَ يَوۡمُ ٱلتَّغَابُنِۗ وَمَن يُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ وَيَعۡمَلۡ صَٰلِحٗا يُكَفِّرۡ عَنۡهُ سَيِّـَٔاتِهِۦ وَيُدۡخِلۡهُ جَنَّتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَآ أَبَدٗاۚ ذَٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ

Maksud : (Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), - itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. 

Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.

(Surah At-Taghabun : Ayat 9)

Pengajaran surah :

1) Balasan kepada orang yang ingkar kepada Allah

Ayat 6 : Diperlihatkan balasan orang yang ingkar dan tidak mahu mengambil pengajaran daripada kisah orang yang ingkar sebelumnya

2) Balasan orang yang beriman dan beramal Soleh

Ayat 9 : ayat ini memperlihatkan orang yang beriman dan beramal Soleh akan diampunkan dosa dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Moga Allah menambah kefahaman kita terhadap al-Quran.


SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 

RUGINYA SELAMA NI KITA BACA AL-QURAN, TAPI TAK FAHAM APA APA! 

.

Baca al-Quran, tanpa kita memahami isi kandungan al-Quran itu masih belum mencukupi.

.

Tingkatkan kefahaman al-Quran dengan mulakan langkah anda memahami kisah disebalik nama-nama surah. 

SURAH AR-RAD
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI 





Surah Al-Mulk bermaksud kerajaan.

9:19:00 PTG 0
Surah Al-Mulk bermaksud kerajaan.

Surah Al-Mulk

Surah Al-Mulk bermaksud kerajaan.

Surah Al-Mulk bermaksud kerajaan.

Surah ini merupakan surah yang ke 67 dalam susunan 114 nama-nama surah. 

Surah ini juga mengandungi 30 ayat dan merupakan surah Madaniyyah.

Surah ini dinamakan Al-Mulk kerana diambil daripada perkataan Al-Mulk yang bererti kerajaan atau kekuasaan. Sesungguhnya, Dialah Tuhan yang mengawal seluruh makhluk dan tiada siapa yang boleh menolak segala yang telah ditetapkanNya.

Surah ini juga dinamakan Tabaraq, Al-Maniah, Al-Munjiah dan Al-Waqiah.

Nama surah ini diambil daripada ayat 1 dalam surah ini iaitu :

تَبَٰرَكَ ٱلَّذِي بِيَدِهِ ٱلۡمُلۡكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ

Maksud : Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;

(Surah Al-Mulk : Ayat 1)

Pengajaran surah :

1) Hidup mati kita merupakan ujian 

Ayat 2 : Allah menjadikan segalanya sebagai ujian untuk menilai amalan manusia yang mana merupakan amalan terbaik.

2) Ganjaran besar bagi yang takut kepada Allah

Ayat 12 : Allah memberikan keampunan dan pahala yang besar kepada mereka yang takutkan Allah.

3) Keselamatan di akhirat hanya di tangan Allah

Ayat 28 - 30 : Ayat ini menerangkan keselamatan setiap makhluk di akhirat hanya ditentukan oleh Allah.

Moga kita diberi kefahaman dan kekuatan untuk beramal dengan al-Quran.


SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 

SURAH AR-RAD
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI 






Surah al-Qalam bermaksud pena

9:18:00 PTG 0
Surah al-Qalam bermaksud pena

Surah al-Qalam 

Surah al-Qalam bermaksud pena

 
Surah al-Qalam bermaksud pena. 
 
Surah ini merupakan surah yang ke 68 dalam susunan 114 nama-nama surah. 
 
Surah ini dinamakan Al-Qalam kerana mengambil daripada perkataan Al-Qalam yang bererti pena. Allah S.W.T telah bersumpah dengan pena ini demi mengagungkan surah ini. Sumpah tersebut merupakan peringatan Allah S.W.T kepada manusia yang diberikan akal dan kemampuan untuk menulis sehingga dapat menghasilkan dan menyampaikan ilmu. 
 
Satu kata-kata Syed Qutb yang menarik tentang penulisan ialah "Satu peluru boleh membunuh seorang tetapi dengan satu penulisan boleh membunuh beribu orang". 
 
Surah ini juga dinamakan surah Nun. 
 
Nama surah ini diambil daripada ayat 1 dalam surah ini iaitu : 
 
نٓۚ وَٱلۡقَلَمِ وَمَا يَسۡطُرُونَ 
 
Maksud : Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, - 
 
,(Surah Al-Qalam : Ayat 1) 
 
Pengajaran surah ini :  
 
1) Contohilah akhlak Rasulullah yang sangat agung dan mulia 
 
Ayat 4 : Menegaskan tentang Rasulullah mempunyai akhlak yang baik.  
 
Sebagai umat Nabi dan juga sebagai pendakwah kita perlu mencontohi akhlak dan peribadi Nabi. 
 
2) Orang yang bertakwa akan dimasukkan syurga 
 
Ayat 34 : Menerangkan tentang orang yang bertakwa akan mendapat syurga Adnin yang penuh kenikmatan. 
 
Moga Allah berikan kita kefahaman dan kekuatan untuk beramal dengan al-Quran.


SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 

SURAH AR-RAD
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI 




Surah al-Haqqah bermaksud hari kiamat.

9:16:00 PTG 0
Surah al-Haqqah bermaksud hari kiamat.

Surah al-Haqqah


Surah al-Haqqah bermaksud hari kiamat.


Surah al-Haqqah bermaksud hari kiamat.

Surah ini merupakan surah yang ke 69 dalam susunan 114 nama-nama surah.

Surah ini mempunyai 52 ayat dan merupakan surah Makiyyah.

Surah ini dinamakan Al-Haqqah kerana dalam surah ini menceritakan perihal hari kiamat. 

Pada ayat yang ketiga, Allah S.W.T telah bertanya "Tahukah kamu apakah hari kiamat itu".

Dalam surah ini juga, Allah S.W.T menceritakan tentang peringatan kedahsyatan hari kiamat, kehancuran segala makhluk, manusia akan menghadap Allah S.W.T, berita gembira bagi orang yang menerima buku catatan amalan dengan tangan kanan dan berita buruk bagi orang yang menerima buku catatan amalan dengan tangan kiri.

Nama surah ini diambil daripada ayat 1 dalam surah ini iaitu :

ٱلۡحَآقَّةُ

Maksud : Saat yang tetap berlaku itu -

(Surah Al-Haqqah : Ayat 1)

Pengajaran surah ini :

1) Dahsyat hari kiamat buat kita jauhi dosa dan maksiat

Ayat 1 - 7 : memperlihatkan kedahsyatan hari kiamat yang sepatutnya menimbulkan ketakutan untuk melakukan dosa dan maksiat

2) Belajar memahami al-Quran untuk beramal dengan al-Quran

Ayat 38 - 52 : menerangkan hakikat al-Quran, kesuciannya daripada kedustaan dan fungsi-fungsi al-Quran.

Moga Allah berikan kita kefahaman dan kekuatan untuk beramal dengan al-Quran.

SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 

SURAH AR-RAD
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI 





Surah al-Ma'arij bermaksud tempat-tempat naik.

9:14:00 PTG 0
Surah al-Ma'arij bermaksud tempat-tempat naik.

Surah al-Ma'arij


Surah al-Ma'arij bermaksud tempat-tempat naik.


Surah al-Ma'arij bermaksud tempat-tempat naik.

Surah ini merupakan surah yang ke-70 dalam susunan 114 nama-nama surah.

Surah ini mempunyai 44 ayat dan merupakan surah Makiyyah.

Surah ini dinamakan Al-Ma'arij kerana diambil daripada perkataan Al-Ma'arij pada ayat yang ketiga dalam surah ini. Al-Ma'arij bererti tempat-tempat naik. Ada pandangan yang menyatakan tempat tersebut ialah tingkatan-tingkatan langit.

Surah Al-Qalam membincangkan berkaitan akhlak para aktivis dakwah, sedangkan surah al-Ma'arij berkaitan ibadah.

Hal ini supaya pendakwah mampu menghimpun dua aspek tersebut secara seimbang dan tidak berlebihan di satu aspek hingga mengabaikan aspek yang lain.

Nama surah ini diambil daripada ayat 3 Dalam surah ini iaitu :

 مِّنَ ٱللَّهِ ذِي ٱلۡمَعَارِجِ 

Maksud :Dari Allah yang menguasai tempat-tempat Naik 

(Surah al-Ma'arij : Ayat 3)

Pengajaran Surah :.

1) Pendakwah perlu memiliki sifat sabar

Ayat 5 : Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya.

2) Ibadah yang istiqomah menghilangkan sifat bakhil dan gelisah

Ayat 19 - 23 : Orang yang sentiasa menjaga solat diangkat sifat bakhil dan resah-gelisah.

3) Hiasilah diri dengan sifat-sifat orang beriman

Ayat 23 - 35 : Berkaitan berapa sifat orang beriman dan balasan bagi mereka.

Moga Allah berikan kita kefahaman dan kekuatan untuk beramal dengan al-Quran.


SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 

SURAH AR-RAD
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI