Ibadah yang wajib mungkin sukar untuk disembunyikan kerana ia syiar yang dikongsi bersama. Namun ibadah yang sunat merupakan pilihan yang sebolehnya kita usaha untuk sembunyikan daripada pengetahuan manusia.
Misalnya puasa enam Syawal. Tak perlu untuk didendangkan kita rajin nak berpuasa, dikhuatiri boleh mencalarkan keikhlasan dan menimbulkan riyak yang menghapuskan pahala amalan.
Selalu juga dengar orang cakap: "Kau dah habis puasa enam? Aku tinggal sehari je lagi".
Bukan tak boleh mengajak ke arah kebaikan atau saling memberi galakan, tapi berwaspadalah. Syaitan bijak menjerut hati kita dalam perkara yang dilihat baik atau tiada salahnya tanpa kita sedari.
Para salaf dulu sangat bimbang amalan sunat mereka diketahui, sehinggakan ada yang berpuasa sunat berpuluh tahun lamanya, namun keluarga sendiri pun tidak mengetahui. Ada pula yang tidak pernah dilihat bersahur atau berbuka kerana terlalu berhati-hati.
-Dr. Kamilin Jamilin-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan