TAKUT ALLAH ATAU TAKUT VIRUS. - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Jumaat, 20 Mac 2020

TAKUT ALLAH ATAU TAKUT VIRUS.


Saya tertarik dengan statemwnt oleh segelintir ahli tabligh yang degil mengeluarkan penyataan mereka lebih takutkan Allah dari virus.

Biarlah Mufti yang menjawabnya dibawah artikel ni. Kerana mereka nanti saya risau Islam akan sekali lagi di salah fahamkan. Istilah jangan terlalu taksub atau melebih-lebih adalah jalan senang kepada ahli tabligh. 

Takut kepada Allah tapi membutakan hati dan otak. Kononnya mati syahid...

Dari 10,552 orang tabligh yang disaring kes COVID-19 dari kes perhimouna  di Petaling Jaya ialah seramai 500 orang postif. Garis lengkung COVID-19 mencanak naik kerana mereka.



Jom baca penyataan Mufti ni.

Muhammad Azizi tertarik dengan jawapan Dr. Fatris Bakaram (bekas Mufti Singapura) apabila ada orang keluarkan pertanyaan;

'Takut Allah atau takut virus?'

Dia menjawab;

Manusia perlu takut kepada Allah, dan di antara bukti takut kepada Allah adalah mematuhi segala perintahNya.

Di antara perintahNya adalah;

1. Mensyukuri nikmat nyawa, tubuh badan dan kesihatan.
2. Memelihara kesihatan, nyawa dan hal mudarat.
3. Taat kepada perintahNya dan ajaran rasul, yakni menyuruh kita untuk mengelak dari wabak.

Maka, jika benar takut Allah - semua langkah untuk mengelakkan diri dari terkena jangkitan perlu diambil.

Dia turut memberi nasihat;

Takut kepada Allah memerlukan kewarasan akal, bukan dengan membutakan mata hati atau membekukan otak yang dikurniakan tuhan.

Tiada ulasan: