AMALAN MEMBUAT 70 MALAIKAT PENAT MENULIS..WOW!! - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Selasa, 19 November 2019

AMALAN MEMBUAT 70 MALAIKAT PENAT MENULIS..WOW!!

AMALAN MEMBUAT 70 MALAIKAT PENAT MENULIS..WOW!!


AMALAN MEMBUAT 70 MALAIKAT PENAT MENULIS..WOW!!!
Posted by Islam Ia Great on Selasa, 19 November 2019

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini hadis palsu lah KUALA LUMPUR, 29 Okt — Jika wang kertas boleh dipalsukan apatah lagi hadis nabi. Lebih malang, jika hadis yang tiada asal-usul disebarkan golongan ustaz kepada masyarakat.

Situasi inilah yang mengundang teguran tegas seorang ilmuan hadis Dr Kamilin Jamilin melalui hantaran Facebook hari ini bertajuk, “Zikir yang memenatkan 70 malaikat mencatat pahalanya?”

Ahli majlis Fatwa Wilayah Persekutuan dan Perlis menyelar dua ustaz “yang menjadi rujukan masyarakat” menyebarkan kelebihan satu zikir yang jika dibaca pahalanya dicatat 70 malaikat selama 1,000 pagi.

Selepas menyelidik sanad dan riwayat hadis dari kitab ulama muktabar, Kamilin menyifatkan hadis berkenaan sebagai “mungkar” iaitu sangat lemah dan tidak boleh dijadikan sandaran hujah.

“Menakjubkan apabila ada orang suka menyebarkan hadis-hadis yang mungkar,” kata beliau menjawab soalan dalam satu video kuliahnya di Facebook.

“Saya seronok kalau orang boleh sebarkan hadis yang diriwayat daripada al-Bukhari dan Muslim atau daripada (kitab) sunan-sunan yang telah disunting.

“Itu lebih baik daripada menyebarkan hadis “mungkar” tentang amalan sekian-sekian.”


Kamilin juga menganggap hadis sedemikian tidak boleh digunakan atau beramal dengannya kerana ulama menetapkan hadis berkenaan “tidak boleh dipakai”.

“Pesan saya, sebarang amalan memerlukan sandaran dalil yang “sahih” atau “hasan” atau sekurang-kurangnya “dhaif” ringan yang bersyarat,” tulis beliau.

“Bezakan antara dhaif ringan yang ada toleransi dan dhaif berat yang tiada toleransi! Jangan borong semua atas nama beramal dengan hadis dhaif!”

THE AUTHOR berkata...

Ustaz yang dipercayai masakan ianya salah....