Kriteria Ahli Syurga - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Isnin, 21 Oktober 2019

Kriteria Ahli Syurga


Kriteria Ahli Syurga

عَنْ ثَوْبَانَ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَنْ فَارَقَ الرُّوحُ الْجَسَدَ وَهُوَ بَرِيءٌ مِنْ ثَلَاثٍ دَخَلَ الْجَنَّةَ مِنْ الْكِبْرِ وَالْغُلُولِ وَالدَّيْنِ

Daripada Tsauban, bekas hamba Rasulullah SAW, dari Rasulullah SAW, bahawasanya baginda bersabda: "Barang siapa ketika ruhnya berpisah dengan jasad dan ia bebas dari tiga perkara maka ia akan masuk syurga, iaitu; sombong, ghulul (khianat) dan hutang." (HR Ibnu Majah No: 2403) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Allah mengurniakan syurga kepada Mukmin yang ketika ruhnya dicabut, ia tidak memiliki sifat sombong dan bangga diri, tidak khianat diatas amanah yang diberi (seperti mengambil yang bukan hak) dan tidak berhutang.

2.  Menjadi kewajipan setiap Mukmin untuk menjauhi sifat sombong dan bongkak kerana ia adalah sifat iblis.

3.  Muslim juga perlu menjaga amanah yang diberi dan jangan sesekali khianat, sama ada amanah kepada Allah dan Rasul, amanah terhadap tanggungjawab diri dan keluarga, amanah kepada tanggungjawab pekerjaan mahupun masyarakat dan Negara.

4.  Berhutang juga menjadi penghalang seseorang untuk masuk syurga. Pastikan segala hutang kita segera dilunaskan sebelum nyawa dicabut. Jangan ambil mudah hutang kita terhadap orang lain.

Jauhilah sifat sombong, khianat dan berhutang. Moga sehingga di penghujung hayat, kita dijauhi dari sifat sombong, khianat dan berhutang

Tiada ulasan: