Memberi Kemudahan Kepada Orang Berhutang - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Isnin, 21 Oktober 2019

Memberi Kemudahan Kepada Orang Berhutang

Memberi Kemudahan Kepada Orang Berhutang


عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الْوَلِيدِ بْنِ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ …رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقُولُ مَنْ أَنْظَرَ مُعْسِرًا أَوْ وَضَعَ عَنْهُ أَظَلَّهُ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ

Daripada Ubadah bin Walid bin Ubadah bin Samit… Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang menangguhkan tempoh pembayaran hutang kepada orang yang tidak mampu atau memaafkan hutangnya, Allah akan menaunginya dalam naunganNya." (HR Muslim No: 5328)  Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan seperti memberi pinjaman adalah amalan yang mulia

2.  Orang yang  memberi kemudahan kepada orang yang berhutang dengan menangguhkan tempoh pembayaran hutang kepada mereka yang masih kesulitan untuk menjelaskannya, akan mendapat naungan di sisi Allah pada hari Kiamat nanti.

3.  Orang yang menghalalkan atau memaafkan hutang orang lain padanya dengan apa juga sebab seperti kesulitan yang dialaminya, nescaya Allah  akan menaunginya dalam naunganNya.

4.  Allah menjanjikan ganjaran yang besar kepada mereka yang memudahkan bantuan kepada orang yang berhutang. Firman Allah:

وَإِن كَانَ ذُو عُسۡرَةٖ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيۡسَرَةٖۚ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ٢٨٠

Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan dan sebaliknya bahawa kamu menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui (pahala yang besar yang kamu akan perolehi kelak). Al-Baqarah: 280.

Namun bagi orang yang berhutang menjadi kewajipan menjelaskan hutang dengan segera jika berkemampuan.

Tiada ulasan: