Aku Orang Tabligh,
Ntah sape la yang bagi nama,
Sedangkan kita semua-kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab
bersama,
Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape
pula,
Tak kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yang kita nih, tak kan nak goyang kaki
saje-saje?
Orang Tabligh,
Lari!! Lari!! Orang Tabligh datang,
Yang tadi ramai,sekelip mata je dah
hilang,
Yang tadi segar-bugar dah tido
terlentang,
Yang sakit kaki pun boleh terjun
tingkap lari lintang-pukang,
Heh, betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya
keje senang.
Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti tak
pulang,
Yang baru dapat gaji pun kata takde
duit, nak bayar hutang,
Yang tadi sihat pun tiba-tiba migrain
plak datang,
Yang menganggur pun buat-buat sibuk
bukan kepalang,
Heh, dakwah ni stakat cakap je
memang la senang,
Cuba buat, memang nak kena sabar,
nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia,
berbondong-bondong org datang.
Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke
pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai la ke kutu,
Sume nak ditemu,
Nak di-ajak kepada Allah yang satu.
Orang Tabligh,
Jalan bawa periuk belanga,
Dipandang orang stakat sebelah mata,
Dituduh jahil, tinggal dunia perkara
biasa,
Walaupun kadang-kadang pedih juge
telinga,
Nabi dulu-dulu pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yang banyak salah, yang banyak dosa,
Takpe-takpe, Allah kan ada,
Yang Maha Mengetahui, yang mana
intan, yang mana kaca.
Orang Tabligh,
Kadang-kadang buat silap, adat la
manusia,
Memanggu tengah nak belajar tiru-tiru
sahabat(r.a.) yang dah terbukti
berjaya,
Terpancung, terlaser. Sori, bukannya
sengaja,
Nak dapat hikmah dalam berdakwah
memang amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.
Orang Tabligh,
Ada kat mana-mana,
Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, pelbagai perangai,
Tapi boleh makan dalam dulang yang
sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan
serupa,
Bila nak berpisah, isk3... Keluar plak air
ma
Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah, seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, memang ada
banyak lagi,
Kadang-kadang tu kena gak perli,
"Kita sekaranng kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah-sunnah nih!"
Jangan la mcm tu bang, kita kan nanti
mati,
Kang menyesal esok, sapa yang rugi?
Bukan ke diri sendiri?
Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli, sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, memang nak
dok rumah, bergurau dengan bini,
Or ajak anak main lari-lari,
Or layan PS2 sampai ke pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan
abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela. Hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekarang tak buat jyunbi
(persiapan), bila lagi
Orang Tabligh,
Malam-malam doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat esok semua selamat,
Orang skarang ingat hidayat bleh
senang-senang dapat,
Tak perlu susah-susah, tak perlu
keringat,
Dan tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu takde la kita ni "The Best
Ummat".
Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yang jadik
ikutan??"
Mmmm... kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yang bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yang Allah pandang bukan luaran tapi
kan Iman,
Bab mazhab jangan bimbang still
sendiri punye pegangan,
So tak jadik masalah la kan?
Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yang dah kawin tak nak berenggang
dgn isteri,
Yang si isteri mati-mati tak nak suami
dia pergi,
Berderai-derai air mata keluar mcm air
pili,
"Kalau abang nak pegi jugak, hantar
saya balik kampung esok pagi!!"
Heh, orang laki memang lemah bab air
mata nih,
Si suami pun letak balik beg, tak jadi
pergi,
Yang tadi josh(bersemangat) tak ingat
pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes-kes camni memang banyak terjadi,
Boleh tengok dengan mata kepala
sendiri,
Tapi kalau bab dunia(contoh: kursus
naik pangkat),
"No problem punyo!!!. Anytime kami
ready!!!"
Si isteri lambai pemergian suami
dengan wajah berseri-seri,
Hey, of course la, nanti husband I dpt
naik gaji,
Wife mana la yang tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak payah diajak pun semua
pakat-pakat reti,
Bab akhirat, masing-masing buat tak
kisah, tak amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!
Orang Tabligh,
Bukan nak takhta, harta, ataupun
kuasa,
Atau nak berlagak macam dah terer,
Tak jugak nak kafirkan sape-sape,
Atau sibuk-sibuk pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yang
sempurna,
Dengan korbankan sendiri punya diri,
duit dan masa,
Nak selamatkan manusia ke-semuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha, masukkan kita
dalam syurgaNya,
Itu saja...
Orang tabligh,
Seluruh dunia... Naik kapal terbang
Pakai selipar jepun sahaja,
Ikhlas, no sponsor, no subsidy,
Passport penuh cop many countries,
Ade yang kerja tukang kebun sahaja,
Nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin
baru,
Sama seperti balik dari fardhu haji,
Sayangkan bini tinggal-tinggalkan,
Sayangkan anak, rotan digantungkan.
Sunnah nabi,
Bukan untuk mendera, speed limit
sahaja,
Kenapa sibuk dakwah orang, keluarga,
anak isteri belum betul lagi,
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau
ikut. Kalau Nabi Nuh ikut teori
tersebut, tak naik bahteralah jadinye,
Abu Jahal bapa saudara Nabi
Muhammad SAW tak mau ikut,
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori
tersebut...
Tak buat dakwahlah Nabi, tak
sampailah Islam ke Malaysia ni...
~c&p~
FB Ahmad Taqi
FB Jemaah Usaha Atas Iman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan