CERITA MAKANAN TAK HALAL DI JUAL MUSLIM - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Ahad, 29 September 2019

CERITA MAKANAN TAK HALAL DI JUAL MUSLIM

Pagi ni saya betul-betul mahu kongsi kisah ni. 

Dia bawak Grab. Bila saya berpeluang duduk ngan dia dalam Grabnya saya tanya dia.

"Passenger duduk belakang la kan?"

Dia angguk. 
Dan cakap, "Kalau GRO duduk depan."

Saya pandang dia. Nak dengar dia cerita lagi.

"Ada macam-macam orang kita jumpa. Ada cina mabuk. Ada GRO. Ada Bangla. Ada skali tu Cina Myanmar. Muka sebijik cina lah. Kawin orang Malaysia. Dapat ic biru.

Dekat Myanmar dah ada suami. 2 anak. Kat Malaysia kawin suami lain. Dapat kerakyatan.

Dia kata sana hidup susah. Nak makan susah. Dapat makan nasi tu pun dah kira mewah.

Kat Malaysia ni makan mewah. Ayam murah. Daging murah."

Saya diam. Banyak berfikir apa dia ceritakan. Rasa bersyukur pun ada sebab lahir-lahir kat Malaysia.

"Diaorang boleh ek ada 2 suami?" Tanya saya sambil gelak sikit.

"Yang kat Malaysia ni mungkin boneka je. Untuk dapat kerakyatan. Kawin diorang bukan macam kita. Daftar je. Tak semestinya bersama." Sambung dia.

Ya juga. Fikir saya. Sebab dia dah bersuami kan.

"Dia kata kat Malaysia ni dia banyak simpan duit. Kalau dia takde duit dia tak naik Grab. Dia naik MRT je." 

"Habis kat Malaysia ni dia keje apa?" Tanya saya betul-betul ingin tau.

"Dia kata dia keje pukul 3 pagi. Bangun masak-masak. Siap bagi ke orang MELAYU jual. Mee kari, nasi lemak, mee goreng. Dia kata dia masak je. Orang Melayu ambik ngan dia jual tepi-tepi jalan."

"HUHHH?" Bulat mata saya. 
Terkejut betul saya dengar.

"Area mana tu? Ya Allahhh kenapalah orang Melayu kita ni." Terus terbayang muka-muka orang Melayu yang saya beli nasi lemak tepi jalan. Ya Allah janganlah ada aku terbeli ngan orang yang macam ni. 

"Dia taknak bagitau siapa yang jual. Dia cakap adala Malays yang jualkan."

Saya kata,
"Kan masa ambil dia tu kat rumah dia kan? Dia duduk area mana? Mesti dia jual area tu."

"Dia duduk kat Kajang." 

Saya terpaku. Kesal. Teringat kisah yang sama di Cameron. Yang jual di depan orang Melayu. Tokay, yang masak di belakang, orang Cina bukan islam.

Walapon lega dia bukan area saya tapi saya rasa kesian orang-orang yang terbeli makanan yang dimasaknya.

Ini bukan soal kaum ke bangsa. Ini tentang makanan yang dimasak tu halal ke tidak. Mencari yang halal itu wajib. 

Kawan,

Selidik dulu sebelum kita beli. Kalau boleh tanyalah penjual tu dia masak sendiri. Ya, saya tanya. Dan cubalah at least sebelum singgah mana-mana kedai ke gerai ke cuba doa dulu Allah hantarkan ke tempat orang islam yang bersih, yang halal.

Perhatikan cara penjual tu berpakaian. Tutup aurat ke tidak. Cara dia bercakap, bahasanya. Ini cuma langkah berjaga-jaga.

Sebab, Ustaz Abdul Somad penah menyebut, "terambil" yang haram menyebabkan kita dan anak-anak MALAS DAN BERAT UNTUK BERIBADAH.

Allah. Ini bukan main-main. "Tidak tahu" bukan isunya. Jika was-was jangan beli. 

Kisah ni ada banyak benda yang nak saya sampaikan. Saya harap anda juga dapat sesuatu.

#kopipes tanpa permit

Tiada ulasan: