SIAPAKAH QARIN? - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Jumaat, 9 Ogos 2019

SIAPAKAH QARIN?




Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah SAW sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was2, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sbgainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga utk menghalang dampingannya membuat ibadah & kebaikkannya.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utus malaikat. Ia akan membisikkan hal2 kebenaran & mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kpd setiap manusia membuat pilihan mengikut pengarus mana yg lebih kuat. Walau bagaimanapun orang2 Islam mampu menguasai & menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, bnyk berzikir, membaca al-Quran & taat melaksanakan perintah Allah SWT.

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan di tempatkan di alam berzakh sedangkan qarin terus hidup krn lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nnt maka kedua2nya akan dihadapkan di hadapan Allah SWT utk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan & tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Tiada ulasan: