عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ مَرِضْتُ عَامَ الْفَتْحِ مَرَضًا أَشْفَيْتُ مِنْهُ عَلَى الْمَوْتِ فَأَتَانِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُودُنِي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِي مَالًا كَثِيرًا وَلَيْسَ يَرِثُنِي إِلَّا ابْنَتِي أَفَأُوصِي بِمَالِي كُلِّهِ قَالَ لَا قُلْتُ فَثُلُثَيْ مَالِي قَالَ لَا قُلْتُ فَالشَّطْرُ قَالَ لَا قُلْتُ فَالثُّلُثُ قَالَ الثُّلُثُ وَالثُّلُثُ كَثِيرٌ إِنَّكَ إِنْ تَدَعْ وَرَثَتَكَ أَغْنِيَاءَ خَيْرٌ مِنْ أَنْ تَدَعَهُمْ عَالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ وَإِنَّكَ لَنْ تُنْفِقَ نَفَقَةً إِلَّا أُجِرْتَ فِيهَا حَتَّى اللُّقْمَةَ تَرْفَعُهَا إِلَى فِي امْرَأَتِكَ
Daripada 'Amir bin Sa'd bin Abu Waqqash dari bapaknya dia berkata; Pada tahun Fathu Makkah (pembukaan Kota Mekah), aku ditimpa sakit dan aku merasa akan mengalami kematian. Kemudian Rasulullah SAW telah datang menziarahiku, lalu aku pun bertanya kepada baginda, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku memiliki harta yang banyak, sedangkan tidak ada orang yang akan mewarisiku kecuali anak perempuanku seorang diri. Bolehkah aku membuat wasiat terhadap semua hartaku?" Baginda menjawab: "Tidak." Aku bertanya lagi: "Jika duapertiga daripada hartaku?" Baginda menjawab: "Tidak." Aku bertanya lagi:, "Atau separuh darinya?" baginda menjawab: "Tidak." Aku bertanya lagi:, "Kalau begitu, sepertiga darinya?" Akhirnya baginda bersabda: "Sepertiga. Namun, sepertiga adalah jumlah yang banyak. Sesungguhnya, bila kamu meninggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya adalah lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan fakir dan meminta-minta kepada manusia. Dan sesungguhnya setiap yang engkau belanjakan kerana mengharapkan keredhaan Allah, nescaya engkau akan diberi ganjaran pahala, walaupun sesuap makanan yang engkau berikan kepada isterimu." (Sunan Tirmidzi No: 2042) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Mukmin yang kaya lebih baik daripada mukmin yang miskin
2. Setiap mukmin hendaklah membelanjakan harta kepada jalan yang membawa kepada kebajikan, bersederhana dan tidak pula sampai mengabaikan hak dan kewajipan.
3. Harus berwasiat sepertiga harta yang ditinggalkan untuk tujuan kebajikan seperti wakaf, sedekah dan sebagainya.
4. Meninggalkan ahli waris agar menjadi kaya dengan harta pusaka adalah lebih baik daripada membiarkan mereka miskin serta meminta-meminta kepada orang lain.
5. Seorang mukmin yang kuat dan kukuh ekonominya, mempunyai kekayaan dengan jalan yang terhormat seperti hasil pewarisan harta faraid dari ibu bapa bukan dengan jalan tipu daya adalah suatu kebaikan.
6. Membelanjakan harta dengan ikhlas kepada anak isteri serta menyimpan harta untuk keperluan ahli waris adalah mendapat pahala kerana menjaga silaturahim. Berbuat kebajikan kepada kaum kerabat adalah lebih utama daripada pemberian kepada orang lain.
Antara amalan yang digalakkan kepada mereka yang sakit juga yang akan bermusafir ialah berwasiat. Bagi yang akan bermusafir mengerjakan ibadat haji bolehlah melakukan wasiat terhadap harta mereka.
#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan