RAHSIA BERSATU - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Rabu, 31 Julai 2019

RAHSIA BERSATU


RAHSIA BERSATU

Kalau dalam sembahyang barisan tidak dapat diluruskan
Itu perbuatan lahir
Hati lagi susah diluruskan
Kerana itu perbuatan batin
Kalau dalam sembahyang yang lahir tidak dapat disatukan
Apakah hati mudah disatukan?
Kalau berhadapan dengan Tuhan
Lahir tidak dapat disatukan
Hati lagi payah disatukan
Kalau dalam sembahyang tidak boleh bersatu
Bila berhadapan dengan Tuhan hati bercelaru
Dalam kehidupan boleh bersatu?
Di dalam negara boleh bersatu?
Dalam ekonomi boleh bersatu?
Dalam memburu ilmu boleh bersatu?
Jawap sendirilah
Jawapannya sama-sama akan tahu
Berhadapan dengan Tuhan tidak boleh bersatu
Di dalam kehidupan boleh bersatu?
Bersatu boleh berslogan
Bersatu boleh dicakap-cakapkan
Kalau hati tidak bersatu
Tidak semua hal boleh bersatu
Rahsia bersatu hanya kesatuan hati
Mereka sama-sama takut dan cintakan Tuhan
Kalau tidak sama-sama takut dan cintakan Tuhan
Manusia tidak akan boleh bersatu
Sekalipun satu agama dan satu bangsa
Bersatu hanya slogan
Tidak akan berlaku di dalam kehidupan
Tolong ambil ingatan
Terutama para pemimpin dan para ulama
Kalau mahu satukan manusia di dalam kehidupan

Tiada ulasan: