KISAH IKAN MENGALAHKAN UMAT ISLAM - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Rabu, 24 Julai 2019

KISAH IKAN MENGALAHKAN UMAT ISLAM


KISAH IKAN MENGALAHKAN UMAT ISLAM

Diceritakan bahawa Winston Churchill - yg dianggap sebagai pahlawan Inggeris  tetapi gagal menaklukkan kerajaan Turki. 

Dia berdiri di hadapan kolam depan Istana, dikelilingi panglima2 Perang nya yang terbaik.  Dia memerintahkan 10 orang tenteranya yg terbaik untuk menangkap ikan didalam kolam... Berkali2, mereka cuba menangkap... tetapi mereka tetap gagal... Ikan amat tangkas dalam air dan sentiasa lolos dari tangan...

Setelah tentera tersebut kepenatan dan masih gagal menangkap ikan... Maka Winston Churchill berdiri dan mengatakan bahwa "ikan tersebut tidak akan berjaya ditangkap @ dibunuh jika ikan tersebut TETAP berada didalam air..."

Kemudian Winston Churchill perintahkan "keringkan kolam dengan gayung"... Maka tentera berkenaan segera mengambil gayung dan dengan perlahan2 kolam itu kering... Walaupun memakan waktu yang lama... tapi akhirnya ikan tersebut menggelepar... *"Fish out of water"*... hanya menunggu masa untuk ditangkap dan menunggu saat kematiannya... 

Begitulah cara 
Winston Churchill,  sang legendary pahlawan perang dunia ke-2, mengajar umat Kristian yang lebih ramai dari umat Islam bahawa mereka tidak akan dapat mengalahkan umat Islam yg mengamalkan keislamannya... 
Yg mengamalkan alQuran dan asSunnah dalam hidupnya...  Yg menjadikan mereka mencintai Allah swt dan Rasulullah saw melebihi cinta terhadap dunia, bahkan melebihi cinta terhadap diri sendiri dengan menjadikan syahid sebagai impian...

Dia melanjutkan, untuk menghancurkan Islam itu amat mudah,  "keringkan air nya!"...
keringkan "akidahnya"
keringkan "keimanannya",
keringkan "ilmunya",
keringkan "ekonominya,"
keringkan "amalannya",
Jauhkan mereka dari alQuran...
Jauhkan mereka dari asSunnah...
Jauhkan dari masjid...
Jauhkan dari menteladani Rasulullah...
Jauhkan dari majlis ilmu...
Muslim yg sudah jauh akidah yang benar, jauh dari alQuran,  jauh dari asSunnah, jauh dari solat, jauh dari rukun Islam jauh dari rukun Iman... jauh dari masjid... dari majlis ilmu, bagaikan ikan yg sedang menggelepar kekeringan... Umat Islam hanya menunggu saat kematian yang amat HINA.

Dan itulah yang sudah terjadi sekarang ini...!!!
Astaghfirullah...

Moga kita semua insaf dan kembali kepada janji2 kita kepada Allah swt. Ingat semula, kita telah bersumpah dan berjanji setiap hari bahawa : "sesungguhnya aku bersumpah dan berjanji bahawa aku akan mengikut semua perintah Allah yang tertulis didalam alQuran sama seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, susah dan senang, siang dan malam, sehingga mati." itulah makna sumpah dan janji kita ketika mengucapkan 2 kalimah syahadat. 

Allah... 😭😭😭

Viralkan kisah ini sebagai tanda KASIH kepada Ummah

Tiada ulasan: