“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa, tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati.”
PERBUALAN SEORANG USTAZ DAN MURIDNYA
MURID : Ustaz, saya ada seorang kawan. Dia suka menyakitkan hati saya. Sering buat saya terasa dan kecil hati. Apa hukumnya ustaz?
USTAZ : Hukumnya dia berdosa dan kamu pula lebih berdosa.
MURID : Eh, kenapa orang kecilkan hati saya, saya pula lebih berdosa ustaz??
USTAZ : Kerana jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi, dosa kita lebih besar dari dosa dia.
MURID : Uikk, tapi kenapa pulak?? Saya tak buat apa² pun kan??
USTAZ : Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada ALLAH.
MURID : *Blurrr* 🤨🤔
USTAZ : Cuba tanya diri, kenapa kita dihina oleh orang itu? Kerana itu adalah ujian daripada ALLAH. Kenapa ALLAH hadiahkan kita ujian itu? Kerana ALLAH nak mengingatkan diri kita yang sering leka dengan dunia ni. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang ALLAH turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi sebenarnya kita kecil hati dengan ALLAH.
USTAZ : Lebih parah lagi, bila kita pun cerita pada kawan² kita... kononnya 'dia dah banyak buat macam ni, macam tu..' dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain... 'Kesian kawan kita tu, budak tu dah banyak sakitkan hati dia..' jadi keredhaan kita terhadap ujian ALLAH tu akan lesap..
MURID : 😔
USTAZ : “Jadi kesimpulannya, jangan mudah terasa hati.. Kalau kita terasa hati, Maknanya kita tak redha dengan takdir ALLAH. Nanti ALLAH pun tak redha dengan kita...”
Tabarakallah...
“Tazkirah... adakalanya kita yang hanya bertaraf ‘hamba’ ni lebih cepat terasa..sikit² nak terasa asbab dari perbuatan orang pada kita..
Sedar tak sedar, mereka yang hadir itupun dengan izin Allah. ALLAH nk uji kita...ALLAH nak tegur dan beri peringatan pada kita...
Kalau nak ikutkan 'TERASA' maka ALLAH-lah yang lagi banyak terasa dengan perbuatan kita asbab perilaku kita yang teruk dan sering melupakan-Nya.. tapi ALLAH masih nak bagi peringatan pada kita supaya kita sedar dan masih beri kita pelbagai nikmat...” 😔
Wallahua'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan