Kaab bin Zuhair r.a telah menggunakan, dan menjaga selendang itu ketika hayat Baginda saw, dan setelahnya Kewafatannya saw.
Ketika Muawiyah r.a mengambil kekhalifahan, beliau telah mengumpulkan segala peniggalan Rasulullah saw, seperti, pedangnya, jubbahnya, busar panahnya, selendang, bendera, dan berbagai lagi barang-barang peninggalan Rasulullah saw.
Muawiyah r.a pernah beberapa kali menawarkan kepada Kaab supaya menjual selendang itu kepadanya dengan harga 10 000 dirham, tetapi beliau menolaknya. Kemudian setelah beliau meninggal dunia, Muawiyah r.a telah menawarkan kepada ahli waris Kaab, untuk membelinya dengan harga 20 000 dirham, lalu mereka mempersetujuinya.
Selendang ini terus digunakan oleh para khalifah islam setelah Muawiyah r.a khususnya pada hari-hari perayaan tertentu. Imam Ibnu al-Anbari (wafat 328h) di dalam kitabnya Syarah al-Qasaid as-Sab'ah merakamkan, "Selendang Kaab ini lah yang digunakan oleh para sultan islam hari ini.
Setelah Kekhalifahan Bani Umayyah memindahkan pusat pemerintahannya ke Syam, barang-barang peninggalan Rasulullah saw ini juga turut dipindahkan ke sana. Dan apabila jatuhnya Bani Umayyah, Barang-barang berharga ini telah diambil alih oleh Kekhalifahan Bani Abbasiyyah, Barang-barang ini pun telah dipindahkan ke Baghdad.
Ianya terus diwarisi oleh para khalifah Abbasiyyah silih berganti, sehinggalah berlakunya peristiwa hitam penyerobohan tentera Tartar atau Monggol. al-Baijuri di dalam al-Isaa'd menukilkan pendapat Imam Syamsuddin as-Syami, yang menjelaskan bahawa selendang itu telah hilang atau binasa pada peristiwa ini.
Namun para sejarawan islam lainnya menjelaskan bahawa, selendang itu telah dibawa lari bersama Khalifah al-Mutawak 3 ke Mesir ketika kejadian itu,dan berada di dalam penjagaan peribadi beliau. Sehinggalah pada tahun 1517, tentera Uthmaniyyah telah memasuki kota Mesir. Lalu Barang-barang berharga ini telah dihadiahkan kepada Sultan Salim 1, sebagai tanda berpindahnya kekhalifahan kepada beliau.
Apabila Barang-barang berharga ini tiba di Istanbul, Sultan Salim sendiri telah menyambut barang-barang ini, dengan penuh penghormatan. Barang-barang ini diarak di atas kenderaan yang indah, sepanjang perjalananya ke istana. Di Istanbul, Barang-barang ini telah dirawat dengan sangat hati-hati. Barang-barang ini telah dimuliakan oleh para sultan di dalam kekhalifahan Uthmaniyyah. Sultan Ahmad 1, telah membina sebuah singgahsana yang lebih tinggi daripada singgahsana beliau, untuk meletakkan Barang-barang berharga ini.
Ketika pemerintahan Sultan Abdul Aziz selendang peninggalan Rasulullah saw yang berusia hampir satu abad ini telah terkoyak sedikit. Maka beliau telah memerintahkan supaya selendang ini diletakkan di dalam peti yang diperbuat daripada emas, dan diukir pada pintu peti itu, dua rangkap syair yang berbunyi,
عبدالعزيز الذي من آل عثمان يرجو الشفاعة من رسول الرحمان
لكسوة الرسول أنشأ محافظة الله يحفظه من كل إنسان
"Abdul Aziz yang merupakan ahli keluarga uthman, mengharapkan syafaah daripada utusan (Rasul) bagi ar-Rahman.
Untuk menjaga selendang (kiswa) Rasulullah saw, Allah swt lah yang memiharanya daripada seluruh manusia".
Dan setelah Jatuhnya Kekhalifahan Uthmaniayyah, Barang-barang ini telah di letakkan di dalam sebuah kamar khas di dalam istana Topkapi di Istanbul, yang mana pada tarikh yang sama dengan hari ini pada 95 tahun yang lalu, istana ini dengan rasminya telah dijadikan muzium.
Maka tinggallah 'sanad' ini di sana, menunggu khalifah yang seterusnya...
FB Jemaah Tabligh Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan