Peringkat Permulaan:
Mereka akan membuat Usrah,Tausiyah,Ceramah,Kem bimbingan berkonsepkan sunnah amali yang biasa kita ketahui dan amalkan. Pada peringkat ini, mereka cuba memikat audiens dengan menunjukkan sikap keterbukaan mengkritik dan dikritik. Juga, sikap lemah-lembut dalam menjawab dan memberi pandangan. Tidak lupa, mereka akan membaca Manaqib sendiri dengan menunjuk taraf pendidikan malah CGPA mereka ok!
Peringkat Pertengahan:
Mereka akan mula membuat daurah kitab yang masyhur kita dengar. Terutamanya dalam Bidang Hadith. Ini memang favourite lah, sebabnya orang awam mana tahu Bahasa Arab. Semua baca terjemahan langsung, dan syarahnya ikut mereka sendiri. Paling mereka gemar Sohih Bukhari, Fathul Bari, Riyadus Solihin, Bulughul Maram. Apa yang tertinggal? Kuttubus Sittah memang tak pernah didaurahkan oleh mereka. Main pont dia, mereka akan ambil Dalil hadith untuk mempersoal Fiqh Madzhab sedia ada. Kalau di Malaysia ni, Madzhab Imam Syafie r.h lah kan. Haaa, nanti kita boleh dengar mereka kupas bab batal wudhuk sesama suami isteri. Bacaan Qunut patut buat ka tinggal. Lepas tu yang paling didominasi adalah Bab Bid'ah. Ok, apa yang problem kt sini adalah. Mereka ni tak daurah Kitab Fiqah pun, mereka hanya daurah Hadith sahaja. Secara tak langsung, mereka vuba menjadi Mujtahid Mutlaq!
Peringkat Atas:
Dekat sini bila dia dah dapat pengikut, baru dia akan bagi BUAH JURUS utama iaitu menyesatkan para Ulama dan Ahli Sufi Akbar. Antara kitab yang selalu dibidas adalah Al Hikam Imam Ibn Atho'illah As Sakkandari r.h, Ihya' Ulumuddin karya Imam Al Ghazalai r.h, ni memang feveret puak ni. Lepas tu, mereka akan memperkenalkan Tauhid Rubbubiyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Asma' Wa sifat. Lepas perkenalkan TriTauhid mereka, lepas tu berbakul-bakul mereka akan menyesatkan Imam Abu Hassan Asy'ari r.h dan Imam Abu Mansur Al Maturiddi r.h sedangkan di Malaysia ni Fatwa JAKIM memang kita berpegang pada Aqidah di jalan Asy'ari Wal Maturiddi.
Peringkat Kempen:
BID'AH, kita akan selalu dengar mereka melabel amalan tinggalan Ulama sebagai Bid'ah sesat masuk neraka. Peringkat ini, mereka ingin menjadi TUHAN.
Nauzubillah min zalik.
Bersama-sama cakna sumber berkaitan Ugama Islam.
Wallahu 'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan