MUJAHADAH DALAM DAKWAH - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Selasa, 27 November 2018

MUJAHADAH DALAM DAKWAH

MUJAHADAH DALAM DAKWAH

Kisah 1 :
Habib Umar hafizullah pergi berdakwah di luar negara. Sampai saja beliau di negara tersebut, beliau disambut dengan begitu hebat. Siap dengan buat majlis makan khusus kerana kedatangan beliau di negara tersebut. Usai majlis, Habib Umar masuk ke dalam kereta dan menangis. Ketika ditanya kenapa menangis, maka habib pun jawab "Kita berdakwah disambut dengan makanan & majlis-majlis. Rasulullah berdakwah disambut dengan batu"

Kisah 2 :
Guru Habib Umar yakni al Habib Muhammad al Haddar setiap kali berdakwah, semua orang menyambutnya dengan penuh hormat kerana beliau terkenal dengan alimnya dalam bidang ilmu agama. Tetapi beliau selalu berasa sedih. Anak murid beliau bertanya "kenapa engkau sedih wahai habib?" Maka jawab beliau "kerana aku belum merasai kesusahan Rasulullah dalam berdakwah". Suatu hari, beliau pergi berdakwah di dalam di tempat lain, beliau dicemuh oleh penduduk di situ. Kali ini beliau tersenyum gembira dan berkata "barulah terasa nikmat berdakwah"

Kisah 3 :
Satu hari Habib Kazim as Seggaf pergi ke Mukalla (lebih kurang 6 jam perjalanan dari Tarim). Beliau berdakwah di sebuah masjid di sana pada malam hari. Ketika tengah memberi tausiyah tiba-tiba lampu padam dan rupanya lampu masjid sengaja dipadamkan, ketika itulah beliau dibelasah oleh sebahagian pemuda di situ sehingga berdarah. 

Bila lampu dibuka, org awam terkejut melihat keadaan beliau & memapah beliau ke kereta. Ketika Habib Kazim sedang memandu pulang ke Tarim, beliau berasa tidak puas hati kerana keretanya masih dalam keadaan elok. Beliau pun patah balik ke masjid tersebut. Sampai saja di masjid, kereta beliau dipukul sehingga cermin pecah oleh pemuda-pemuda yang memukul beliau tadi. Kali ini habib tersenyum puas dan berkata "barulah lengkap sunnah dakwah" -uthmandaud-

FB Uthman Daud

Tiada ulasan: