SENTIASA TIDAK CUKUP DENGAN HARTA - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Khamis, 25 Oktober 2018

SENTIASA TIDAK CUKUP DENGAN HARTA


SENTIASA TIDAK CUKUP DENGAN HARTA


عَنْ عَطَاءٍ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَوْ كَانَ لِابْنِ آدَمَ وَادِيَانِ مِنْ مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا وَلَا يَمْلَأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلَّا التُّرَابُ وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ

Dari 'Atha` dia berkata; saya mendengar Ibnu Abbas RA berkata; saya mendengar Nabi SAW bersabda: "Sekiranya anak Adam memiliki harta sebanyak dua bukit, nescaya ia akan mengharapkan untuk mendapatkan bukit yang ketiga, dan tidaklah perut anak Adam itu dipenuhi melainkan dengan tanah, dan Allah menerima taubat siapa saja yang bertaubat." (HR Bukhari No: 5956) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Manusia sentiasa tidak pernah merasa puas memiliki harta kecuali mereka yang mendapat taufik daripada Allah. 

2.  Ramai orang yang menghabiskan waktunya hanya untuk urusan dunia, terus menerus mengumpulkan harta dan kemewahan, sampai lalai dari ketaatan dan hati menjadi sibuk dengan dunia sehingga meninggalkan akhirat.

3.  Manusia yang sibuk mencari harta, walaupun telah memiliki sejumlah harta, masih tidak merasa cukup dengan apa yang ada sehingga harta yang dihimpun tidak mengambil kira dari sumber yang halal atau haram.

4.  Manusia yang tidak mendapat taufik akan terus menerus memenuhi nafsu dirinya dengan menghimpun harta sampai ia mati dan di kuburnya isi perutnya dipenuhi dengan tanah kuburan bukan pahala ganjaran.

5.  Bagi yang diberikan taufik, ia segera bertaubat dan memohon ampun, Allah menerima taubat setiap hamba. 

6. Carilah harta dengan berpada namun jangan sampai melekat dihati. Cukuplah ia ditangan yang bila-bila masa menjadi dermawan bersedia untuk diinfak.

Ingatlah, harta berkepuk yang kita himpun mungkin menjadi bala dan musibah di hari akhirat

Tiada ulasan: