Setiap orang selepas mati, mula-mula diperiksa sembahyangnya Sebelum amalan lain ditanya.
Ditanya apa bacaannya.
Syarat rukunnya, sah batalnya.
Khusyuk dan penghayatannya.
Kalau dia boleh berjemaah, Adakah dia ikut mendirikan sembahyang secara berjemaah.
Adakah dia sembahyang tepat di atas waktunya.
Adakah dia sembahyang terhubung dengan hidup hariannya.
Kalau sembahyang ditanya tak betul jawapannya, atau tidak tepat jawapannya.
Amalan lain tidak ada nilai di sisi Tuhannya.
Kalau dia kaya, pemurah orangnya, tidak ada nilai di sisi Tuhannya.
Kalau dia pandai, tawadhuk orangnya dan tidak berbangga, tidak ada harga pada Tuhannya.
Kalau dia pemimpin sekalipun adil dengan rakyatnya.
Sembahyang dicuai apatah lagi ditinggalkannya.
Keadilannya tidak diiktiraf oleh Tuhannya.
Kalau dia seorang miskin, sabar atau redha dengan kemiskinannya.
Semuanya itu tidak ada nilai di sisi Tuhannya.
Amalan yang lain selain sembahyang bernilai dan berharga setelah sembahyangnya sempurna segala halnya.
Kerana itulah di waktu hidup sempurnakan sembahyang segala aspeknya.
Kerana sembahyang tiang agama.
Kalau sembahyang tiang agama sudah dicuaikan.
Lain-lain perkara tidak berguna.
Amalan yang lain itu, bernilai dan berharga setelah sembahyang segala-galanya sempurna di seluruh aspeknya.
Ada orang pemurah dengan harta.
Sembahyang ditinggalkannya.
Ada orang sabar dan redha dengan kesusahan.
Tapi sembahyangnya tidak sempurna.
Ada orang tawadhuk dan tidak bangga dengan kepandaiannya.
Tapi sembahyang dicuaikannya.
Ada pemimpin adil dengan rakyatnya.
Tapi sembahyang dibuat tidak sempurna.
Apa-apa hal utamakan sembahyang terlebih dahulu.
Kemudian diikuti dengan amalan lain.
Barulah amalannya itu ada harga di sisi Tuhannya.
Sembahyang ‘Hablumminallah’ lebih utama.
Yang lain ‘Hablumminannas’ kategori kedua.
Biarlah amalan kategori kedua itu buah dari sembahyangnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan