Kisah Benar
Sultan Abdul Hameed ke-2, dari Pemimpin Khilafah Uthmaniyyah, istiqomah wirid sebelum tidur dgn berselawat ke atas Nabi SAW. Sehingga Rasulullah kenal akan diri beliau..
اَللهُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØَÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØَÙ…َّدٍï·º
Satu hari, datang seorang pemuda bertemu dgn Sultan Abdul Hameed. Pemuda itu berkata, "Wahai Tuanku, engkau telah berhutang kepadaku". Terkejut Sultan mendengarnya kemudian berkata, "Mana mungkin aku berhutang denganmu?" Pembantu Sultan seraya menempelak, "Apa yang engkau katakan kepada Sultan? Janganlah membuang masa Sultan dan cepatlah selesaikan apakah tujuanmu ke sini?"
Kemudian pemuda menjawap, "Duhai Tuanku, dengarkan dulu penjelasanku.. Aku adalah seorang ahli perniagaan. Dahulu perniagaanku amat bagus, sehingga tiba di satu ketika, aku mengalami kerugian yg besar. Sedangkan aku mempunyai hutang yang banyak. Lalu aku memohon kepada Allah Subhanahu wa Taala agar aku mendapat duit untuk menyelesaikan hutang-hutangku. Tiba disatu malam aku bermimpi Rasulullah. Tersentak Sang Sultan sambil berkata, "Sallallahu alaihi wasalam". Sambung Pemuda, Rasulullah bersabda: "Katakanlah kepada Hameed kami, "Sesungguhnya dia mengingatiku dengan selawat dan salam disetiap malam, dan dia telah terlupa mengingatiku di malam tadi. Maka pergilah engkau kepada Hameed kami, dan mintalah hajatmu kepadanya."
Sultan amat terkejut lalu bingkas bangun dari singgahsananya kerana berasa amat dahsyat sekali mendengar cerita pemuda tersebut, lalu berkata, "Apakah yang dikatakan Rasulullah?" Pemuda itu menjawap, "Hameedna.." (Hameedku). Dengan perasaan yang sangat hiba dan terkejut lantas Sultan terus menghulurkan seuncang emas kepada Pemuda. Berkata Sang Sultan lagi, "Bolehkah engkau ulang apakah yg dikatakan Rasulullah???" "Hameedna.." jawap Sang Pemuda. Bergetar jantung Sultan Hameed lantas menghulurkan lagi seuncang emas. Wajahnya menunjukkan betapa terkelu tidak mampu bicara mendengar ucapan dari Sang Pemuda tersebut. Sultan berkata lagi, "Tolonglah ucapkan sekali lagi kepadaku, apakah yg telah Baginda berkata..?" Pemuda menjawap, ketika aku melihat Rasulullah dalam mimpiku, Baginda berkata, "Hameedna" (Hameedku). Sultan terus menghulur seuncang lagi emas. Berkata Sultan lagi dengan wajah penuh terharu, "Katalah lagi sekali kepadaku, apakah yg dikatakan Rasulullah?" Pemuda menjawap, "Hameedna" (Hameedku).
Pembantu Sultan mencelah kepada Sang Pemuda, "Adakah masih tidak cukup apa yg telah engkau dapat dari Sultan?" Pemuda menjawap, "Ya, semuanya sudah cukup dan aku akan bayar hutang-hutangku sekarang". Sultan lantas menjawap, "Maaassalamah".
Setelah pemuda keluar, pembantu Sultan yang dari tadi agak pelik dengan kejadian berkata kepada Sultan, "Wahai Tuanku, dia telah hampir habiskan semua harta yang bersamamu". Sultan menjawap, "Apakah yg kamu katakan ini? Wallahi (demi Allah) Andai dia minta semua hartaku dan kesultananku, aku sanggup berikan kepadanya". Sang Pembantu Sultan tetunduk malu dan sedar akan kesalahan bicaranya kepada Sang Sultan.
Sambung Sang Sultan. "Sebenarnya, malam tadi aku terlalu penat sehingga tertidur di atas meja, dan aku tidak membaca selawat ke atas Rasulullah. Aku telah bersalah wahai Basya. Semoga Allah mengampunkanku." Kemudian menangislah Sang Sultan dan pembantunya mengenang dengan kejadian yang hebat itu.
Diterjemah kpd saya oleh Abu A'isyah @ Syeikh Mahmoud Al Wosabi
________________
Sungguh, di dalam Selawat terkandung "khazanah" yg tak mampu dibeli dgn emas permata

InsyaAllah istiqomah paling kurang 300x selawat ke atas Rasulullah setiap hari. Kemudian kita biasakan dengan 1000x selawat setiap hari. Berkata Ulama dari Yaman, Sesungguhnya 1000 kali selawat itu tidaklah banyak. Hanya syaitan sahaja yang sengaja menjadikan kita rasa 1000x selawat itu terlalu banyak. Lihat sahaja orang-orang solehin yang mampu berselawat lebih 15000 kali sehari. Mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Taala menjadikan lidah kita ringan untuk berselawat dan meninggalkan berkata yang sia-sia. InsyaAllah.
Copy FB

Tiada ulasan:
Catat Ulasan