CARA MENASIHATI WANITA DALAM ISLAM - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Sabtu, 20 Oktober 2018

CARA MENASIHATI WANITA DALAM ISLAM


CARA MENASIHATI WANITA DALAM ISLAM




عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ فَإِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلَعٍ وَإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلَعِ أَعْلَاهُ فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهُ كَسَرْتَهُ وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ فَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ

Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Berilah nasihat kepada perempuan wasiat yang baik-baik. Sesungguhnya mereka itu diciptakan dari tulang rusuk (sesungguhnya tulang rusuk itu bengkok di bahagian atasnya), jika engkau cuba untuk meluruskannya maka dia akan patah namun jika engkau biarkan maka dia akan tetap bengkok. Oleh itu berilah nasihat dan wasiat yang baik kepada perempuan.  (HR Bukhari No: 3084) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW menyarankan agar kita sentiasa memberikan bimbingan dan nasihat kepada kaum wanita yang pada lazimnya wanita ini bergantung dan memerlukan kepada bimbingan kaum lelaki.

2.  Kaum lelaki disarankan agar memberikan bimbingan kepada kaum wanita sama ada isteri, anak perempuan ataupun orang lain dengan penuh hikmah ini kerana kebanyakan wanita mudah tersinggung dan memerlukan kepada kehalusan budi dan sentuhan.

3.  Walaupun suami dibenarkan untuk memukul isteri yang derhaka, namun hendaklah dimulai dengan menasihatinya dengan baik, jika masih enggan menerima nasihat hendaklah dijauhi dari tempat tidur, jika masih berdegil maka dibenarkan memukulnya ditempat yang diharuskan oleh syara dengan tujuan untuk mendidik bukan mencederakannya. Firman Allah:

وَٱلَّٰتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَٱهۡجُرُوهُنَّ فِي ٱلۡمَضَاجِعِ وَٱضۡرِبُوهُنَّۖ فَإِنۡ أَطَعۡنَكُمۡ فَلَا تَبۡغُواْ عَلَيۡهِنَّ سَبِيلًاۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيّٗا كَبِيرٗا 

“…. dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar” (an-Nisa: 34)

4.  Kaum lelaki adalah pemimpin kepada wanita dan bertanggungjawab membimbing dan menasihati mereka dengan baik. Jangan sampai diakhirat lelaki diseksa kerana kecuaian membimbing isteri dan anaknya.

5.  Kita dilarang menyakiti isteri dengan apa juga cara serta dicegah mengabaikan tanggungjawab kita.

Tiada ulasan: