SEBATAN CARA ISLAM ITU ADIL - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Isnin, 10 September 2018

SEBATAN CARA ISLAM ITU ADIL

SEBATAN CARA ISLAM ITU ADIL

Nampaknya sebatan cara Islam ni memang bisa kesannya. Sebat tu perlahan saja, tapi ramai yang di luar sana ikut tersebat sama, malah mereka pulak yang terjerit lebih lebih.

Impaknya berskala global, macam tsunami. Tempat mula tercetusnya tsunami itu sikit saja, tapi ombaknya selepas itu semakin besar dan membesar dengan kesannya yang sangat memusnahkan.
Tengoklah tu.. Yang sekular menampakkan diri, yang munafiq terjerit jerit. Yang ada penyakit hati nampak desprate. Sekarang, semua orang boleh melihat dan membuat perbandingan.

Akal manusia selalunya tertutup untuk melihat sesuatu kebaikan sehinggalah ia melihat dengan mata kepalanya sendiri. Nah.. Saksikanlah semua, apakah Islam itu kejam atau bagaimana?.
Padanlah ALLAH suruh sebat cara lembut,.. rupa rupanya ALLAH nak tunjukkan pada kita semua bagaimana berkesannya hukum Islam itu bila dijalankan. Ia tidak pentingkan sebatan yang menyambuk dan menyiat kulit kulit serta daging manusia, tetapi menyebat seketul daging dalam batin manusia yang berpenyakit lalu menyembuhkannya.
Fb Ustaz Karim Sidek



Tiada ulasan: