Enam Perkara Jaminan Syurga
عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اضْمَنُوا لِي سِتًّا مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَضْمَنْ لَكُمْ الْجَنَّةَ اصْدُقُوا إِذَا حَدَّثْتُمْ وَأَوْفُوا إِذَا وَعَدْتُمْ وَأَدُّوا إِذَا اؤْتُمِنْتُمْ وَاحْفَظُوا فُرُوجَكُمْ وَغُضُّوا أَبْصَارَكُمْ وَكُفُّوا أَيْدِيَكُمْ
Dari 'Ubadah bin Ash Shamit RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Jaminlah enam perkara untukku dari diri kalian, aku akan menjamin syurga untuk kalian: jujurlah jika berbicara, tepatilah jika kalian berjanji, tunaikanlah amanah jika kalian diserahi amanah, jagalah kemaluan kalian, tundukkan pandangan kalian dan tahanlah tangan kalian." (HR Ahmad No: 21695) Status: Sanad Maqbul
Pengajaran:
Rasulullah SAW memberikan jaminan syurga kepada sesiapa yang memenuhi enam perkara berikut:
1. Jujur atau benar ketika bercakap (tidak berbohong serta ikhlas)
2. Menepati janji ketika berjanji (apabila berjanji, mesti ditunaikan)
3. Menunaikan amanah jika diberi amanah (jangan khianati amanah yang diberi)
4. Memelihara kemaluan
5. Menundukkan pandangan
6. Menahan tangan (mengelakkan diri dari membuat gangguan kepada orang lain termasuk mengambil yang bukan hak)
Berusahalah memelihara perkara yang menjamin syurga untuk kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan