Hukum Solat Jumaat Bagi Orang Musafir  - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Jumaat, 29 Jun 2018

Hukum Solat Jumaat Bagi Orang Musafir 

Hukum Solat Jumaat Bagi Orang Musafir 
Soalan:
Hukum Solat Jumaat Bagi Orang Musafir

Jawapan:
Dalam Mazhab Syafie dan sebahagian darinya, mereka mengatakan kalau keluar bermusafir selepas terbit fajar maka wajib baginya jumaat.. Pendapat ini di bina atas hadith yang diriwayatkan oleh Al Imam Dar Al Qutni tapi hadith ini berlaku Munqati' yakni hadith ini Dhoif.. Maka pendapat ini tidak kuat.

Maka siapa yang keluar bermusafir pada Hari Jumaat maka boleh baginya solat JAMAK dan QASAR dan tidak wajib solat jumaat baginya.. Melainkan jika dia keluar betul-betul waktu jumaat dah masuk (maka kena solat jumaat).

Soalan:
Bolehkah Jamak Qasar sekali dengan Asar selepas solat jumaat ?

Jawapan:
Perkara ini tidak berlaku dalam apa-apa riwayat yang menunjukkan Nabi jamak Jumaat dan Asar.. Shaykh Muhammad Soleh Ibnu Uthaimeen mengatakan tidak boleh (Jamak dengan Asar) kerana ia tak boleh diqiaskan dalam hal ini.. Maka siapa yang solat jumaat, dia kena tunggu waktu asar masuk dan lakukanlah solat asar dua rakaat (tanpa jamak dengan jumaat).

Kalau tanya pandangan saya, saya bersetuju dengan pendapat yang mengatakan BOLEH jamak dengan Asar di atas sifat rukhshoh yang agama beri.

Wallahu Ta'ala A'lam.

DR MAZA

Tiada ulasan: