1. Haidh itu adalah suatu yang telah Allah tetapkan keatas kaum hawa. Redha dengan ketentuanNya juga satu ibadah yang besar.
2. Meniggalkan larangan ketika haid seperti solat, puasa dan lain-lain juga di kira sebagai ibadat, jika di niatkan mematuhi perintah Allah S.W.T. Sedangkan melakukan larangan tersebut dikira sebagai maksiat.
3. Berzikir dan berdoa tidak disyaratkan suci daripada haidh dan nifas. Ulanglah doa yang Nabi S.A.W ajar kepada Aisyah R.A iaitu:
اللَّهمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّيِ
Ertinya : Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf, sukakan kemaafan, maafkan kesalahan aku.
4. Berselawatlah kepada Nabi S.A.W banyak-banyak. Berselawat juga tidak disyaratkan bersih daripada haidh dan nifas. Kita berselawat kepada nabi sebagai ucapan terima kasih kepada baginda. Keistemewaan lailatul qadar ini hanya di berikan Allah kepada umat baginda S.A.W . Bagindalah "wasilah" bagi lailatul qadar ini.
Semoga kita semua memperolehi ganjaran lailatul qadar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan