Mana ada orang yang selera makannya selepas bangun tidur. Jam 4 - 5 pagi pulak tu. Bangun lawan mengantuk semata-mata nak makan?
Mustahil.. Kita bukan jenis yang 'kebulur' tengah pagi buta. Namun hakikatnya kita berjaya bangun atas nama 'sahur'..
Walau berat, namun sahur tetap diraikan. kita bangun tidur bukan kerana lapar.
Namun kita menyelak selimut, melawan mengantuk kerana 'IMAN' .. Tanpa iman, tidak terdaya selimut dialihkan walau ia juara angkat berat sekalipun.
Sedar atau tidak sedar, kita sebenarnya sedang dalam projek mega mencapai taqwa. Tangga taqwa perlahan lahan diredahi. Kadang rasa takut Allah itu sudah wujud dalam hati kita. Namun kita tidak sedari. Yang kita nikmati hanyalah kemanisan 'iman'.
Itulah Allah. Diberinya kasih sayang kepada hamba-Nya dengan menanamkan rasa 'iman' kepada-Nya.
*Seseorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi SAW:
السحور بركة٬ فلا تدعوه ولو أن يجرع أحدكم جرعة ماء
Ertinya: "Sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk air.
(Riwayat Ahmad)
Sahur adalah berkat kerana ia membantu menguatkan orang yang berpuasa.
#RamadanKareem
#InfoRamadan
#DakwahJakim
(Dipetik daripada facebook Bahagian Dakwah, Jakim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan