Jauhi Tiga Pintu Neraka Ini - Islam Is Great

Islam Information

Sabtu, 19 Mei 2018

Jauhi Tiga Pintu Neraka Ini

Jauhi Tiga Pintu Neraka Ini

Ada tiga pintu yang akan menjerumuskan manusia ke dalam api neraka.

Pintu pertama adalah pintu syubhat. Pintu syubhat ini membuatkan kita berada dalam keraguan. Ragu dengan Allah SWT. Ragu dengan nabi SAW. Ragu dengan Islam dan lain-lain.

Pintu kedua ialah pintu syahwat. Pintu syahwat ini membuatkan manusia mengutamakan nafsu dan kehendak diri daripada kehendak Allah dan rasul. Tidak peduli halal dan haram janji nafsunya dapat dipuaskan. Tidak risau jika tidak dapat redha Allah SWT.

Pintu ketiga adalah pintu ghodhob(amarah). Pintu ini membuatkan manusia hilang pertimbangan, membuatkan manusia berkelahi dan bermusuhan sesama sendiri.

Jauhilah tiga pintu yang menjerumuskan kita ke dalam neraka Allah SWT. Sesungguhnya panas neraka Allah itu tidaklah dapat kita bayangkan.

(Dipetik daripada facebook Zonkuliah)

Tiada ulasan: