Siapakah Orang Yang Muflis - Islam Is Great

Islam Information for all muslim in world. As a muslim we must share a knowledge to all

Jumaat, 4 Mei 2018

Siapakah Orang Yang Muflis


Rasulullah SAW bersabda: 


“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” 


Para sahabat menjawab: 


"Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun harta benda."


Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: Sebenarnya, orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. 


Lalu pada hari kiamat, orang yang dizalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah SWT akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah SWT mencampakkan dia ke dalam neraka.”


(Riwayat Muslim).


(Dipetik daripada facebook Bahagian Dakwah, Jakim)

Tiada ulasan: